2020: ramalan baharu

2020: ramalan baharu

2020-05-25 • Dikemaskini

Koronavirus telah merubah segalanya. Bila para penganalisis memberikan unjuran untuk 2020 pada akhir tahun lalu, tiada siapa yang dapat meramalkan dunia akan menjadi lumpuh kerana pendemik. Sama ada anda memanggilnya "black swan" atau tidak, penting untuk kita semua menilai semula situasi ini dan melaras semula unjuran jangka sederhana dan jangka panjang. Di bawah anda akan temui analisis pendorong-pendorong utama Forex dan gambaran keseluruhan prospek komoditi utama.

Kemelesetan ekonomi AS

Pada tahun 2019, ahli-ahli ekonomi menaruh rasa gusar akan kebarangkalian berlakunya kemelesetan ekonomi di AS. Nah, mereka benar bukan sahaja berkenaan AS, tetapi juga tentang seluruh dunia bila lockdown menjerumuskan setiap negara ke kemelesetan yang teruk. Sekarang sudah jelas bahawa pandangan tersebut sebenarnya lebih optimistik. Kadar pengangguran dan NFP AS di penghujung 2019 benar-benar membuat kita teruja! Pada masa tersebut kita tidak dapat bayangkan bahawa lebih 33 juta rakyat Amerika akan kehilangan pekerjaan dan aktiviti ekonomi akan jatuh ke paras terendah dalam sejarah. Fed mengunjurkan satu senario kemelesetan yang berpanjangan di AS. Semua langkah yang diperlukan telah diambil, hampir 3 trilion dolar telah diperuntukkan untuk mendukung pasaran dan dijangkakan akan ada bantuan-bantuan tambahan. Walau apa pun, dolar AS terus meningkat naik sebagai matawang perlindungan. Kebarangkalian USD akan meleset sangat tipis sekali.

Dasar monetari bank-bank pusat

Pada bulan Disember, kita mengharapkan Federal Reserve bersabar dalam membuat keputusan dasar monetari. Pada masa yang sama, kita tidak meremehkan kesan penurunan kadar justeru dari kebimbangan berlakunya kemelesetan. Wabak Coronavirus membuatkan keadaan jadi sebaliknya di mana Federal Reserve mengumumkan langkah-langkah yang luar biasa untuk menyokong ekonomi yang sakit. Pemotongan kadar yang pertama dari 1.5-1.75% menjadi 1-1.25% berlaku pada awal bulan Mac dan diikuti dengan penurunan kadar yang lebih besar lagi ke julat 0-0.25% hanya seminggu setelah itu.  Dalam masa yang sama, regulator itu mengumumkan pembelian tanpa had sekuriti yang disokong gadai janji dan merancang untuk membeli bon korporat dan bon yang disokong dengan hutang pengguna. Selain itu, Pengerusi Fed Jerome Powell tidak mengecualikan kemungkinan kadar faedah negatif. Walaupun ramalan kami tidak 100% tepat, kenaikan USD memang ternyata terhad.  Untuk pasaran saham pula, setelah gelombang kejutan yang disebabkan oleh Covid-19, dasar monetari yang sangat longgar telah mendorong kenaikan indeks.

Bank-bank pusat utama lain juga turut sama mengumumkan pelonggaran. Bank Rizab Australia dan New Zealand mengurangkan kadar faedah mereka ke paras terendah dalam sejarah iaitu 0.25%.  Bank of England dan Bank Kanada masing-masing menurunkan kadar faedah kepada 0.1% dan 0.25%.  Bagi Bank Pusat Eropah, ia mengekalkan kadar faedah sifar. Alat sokongan yang dikemukakan oleh ECB adalah Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) bernilai 750 bilion euro yang bertujuan untuk mengatasi risiko serius terhadap prospek zon Euro.

Oleh kerana semua bank pusat utama melaksanakan dasar pelonggaran yang hampir serupa, pasangan Forex boleh berubah-ubah dalam julat tertentu untuk jangka masa yang panjang.  Itu sebenarnya berita yang baik untuk para pedagang julat (range bound traders), kerana terusan harga (price channels) dijangka terus kuat.

ECB

Bank Pusat Eropah memberitahu pasaran bahawa ia akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menyelamatkan kawasan euro dari kerosakan koronavirus. Namun, masalah datang bertimpa-timpa: Jerman sudah letih menjadi penaja program pembelian bon tanpa had ECB sehinggakan mahkamah Jerman mendakwa bahawa ia sebenarnya melanggar peruntukan perlembagaan. Kini, ECB ada tiga bulan untuk menjelaskan bahawa pembelian adalah "berkadaran".  Kredibiliti ECB terancam kerana Jerman mungkin menarik diri dari pembelian bon ECB berikutnya.  Keadaan ini menjadikan euro tidak stabil.

Brexit

Boris Johnson masih belum melunaskan janjinya untuk "memastikan Brexit terlaksana". Namun, kita boleh memaafkan beliau kerana tahun ini membawa masalah yang lebih teruk untuk ditangani.  Sekarang, ketika negara-negara sudah mula mengatasi kejutan koronavirus, UK dan EU harus mengadakan pusingan terakhir rundingan perdagangan dan memuktamadkan perjanjian pada akhir Disember.  Beberapa penganalisis ragu-ragu mengenai perkara itu. Mereka berpendapat bahawa tarikh akhir mungkin dilanjutkan melewati akhir bulan Disember, menyebabkan UK dikenakan tarif untuk kebanyakan barangan.  Ini akan membawa padah besar ke atas pound Britain.  Semakin cepat UK dan EU membuat perjanjian, semakin baik untuk GBP.

Minyak

Tahun lalu harga minyak bermain di antara $50 hingga $70.  Disember positif di mana AS dan China bersetuju untuk gencatan senjata dalam perang perdagangan dan OPEC melanjutkan pemotongan pengeluaran. Kemungkinan senario di mana harga jatuh ke 0 dan ke bawah sama sekali tidak dapat difahami walaupun bagi pemerhati yang paling pesimis, namun ia telah menjadi kenyataan. Permulaan tahun 2020 penuh dengan keributan yang tak pernah dilsaksikan di dalam sejarah, walaupun jika kita kecualikan penularan koronavirus.

Namun, dalam jangka panjang, harga minyak memiliki semua fundamental untuk kembali ke kedudukan asalnya. Namun, itu tidak akan berlaku tahun ini. Para pemerhati meramalkan harga minyak akan pulih ke paras $55-60 jika tidak ada faktor lain yang menghalangnya pada tahun ini. Jika tidak, $30 dilihat sebagai aras asas paling selamat bagi komoditi ini di tahun 2020.

Saham

Seperti di tahun 2019, permulaan tahun 2020 bagi pasaran saham seperti sebuah mimpi ngeri. S&P susut 35%, dengan nilai beberapa saham susut lebih 50%. Menjelang ketibaan musim panas, pasaran melihat 50% dari kerugian telah pulih dalam kebanyakan sektor. Walaupun bentuk pemulihan masih menjadi perbincangan, kebanyakan penganalisis bersetuju bahawa selepas Q2 yang terburuk, S&P akan terus mengembalikan nilainya.

Sila maklum bahawa situasinya berbeza-beza untuk setiap saham. Terkekang dengan larangan anti-virus, kebanyakan dari populasi dunia terpaksa menghabiskan masa berminggu-minggu dan malah berbulan-bulan di rumah menghadap TV, laptop, dan desktop mereka. Ini telah membuatkan saham syarikat-syarikat berkaitan internet mekar mengharum, jadi kita telah melihat Amazon dan Netflix meningkat lebih tinggi dari nilai sebelum tercetusnya wabak. Sebaliknya, sektor penjagaan kesihatan yang berhempas-pulas untuk mencipta vaksin Moderna, BionTech, Inovio, dan beberapa syarikat farmaseutikal lama dan baharu melonjak ke paras tertinggi baharu.

Syarikat-syarikat IT dan komunikasi internet juga berkemungkinan tinggi akan mendapat lebih banyak perhatian pada tahun ini bila virus memberikan kita peluang untuk melihat dengan lebih jelas jenis perniagaan yang bagaimanakah yang dapat bertahan dengan paling baik di era informasi. Google, Nvidia, Disney, Apple, dan banyak lagi di sektor IT dan Internet mempunyai potensi penuh untuk menerajui S&P pada tahun 2020 dan seterusnya.

Laporan ini disediakan oleh Pasukan FBS

BERDAGANG SEKARANG

 

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera