Powell mahukan pendaratan yang lembut untuk inflasi, seperti yang dilakukan oleh Greenspan pada tahun 1994. Tetapi nampaknya dia akan menempuh satu pendaratan yang sukar.
Ulasan trend matawang penghujung tahun 2020
2020-12-21 • Dikemaskini
EUR/USD: berakhirnya sebuah dekad
Tahun 2020 bermula dengan EUR/USD menyentuh dasar 1.08 kerana ia sebelumnya membuka jalan untuk downtrend sepanjang tahun 2019. Selepas mengalami kejutan besar, yang terlihat jelas sebagai turun naik besar di bulan Februari-Mac, pasangan ini menyongsang dan mula mendaki naik dengan aktif. Akhirnya nilai EUR meningkat melawan USD, setinggi 1.20 di bulan Disember, dan malah mendekati paras 1.22. Dengan mendaki setinggi ini, EUR/USD mendapat semula semua yang hilang akibat penyusutannya pada tahun 2019 dan kembali ke paras tinggi Januari-April 2018.
Di carta bulanan, penembusan aras 1.22 mencabar downtrend selama sedekad EUR/USD setakat ini. Namun, secara teknikal, penyongsangan strategik ini hanya boleh disahkan dengan merobohkan benteng 1.24 – itulah yang mungkin akan berlaku pada tahun 2021 sekiranya bull terus mendorong EUR mengasak USD. Secara dasarnya, perlu ada kelesuan yang berterusan pada USD untuk membolehkan itu terjadi. Apakah ada faktor-faktor di sebalik kelemahan USD? Ada. Fed AS mengekalkan kadar faedah pada tahap yang rendah dan mungkin akan meneruskan pelonggaran kuantitatif untuk memastikan ekonomi AS boleh terus bergerak, tatacara penglibatan Amerika dalam ekonomi global perlahan-lahan memberikan ruang kepada kuasa global lain, dan gerakan-gerakan tektonik yang lain. Adakah ia mencukupi untuk mendorong EUR/USD naik ke 1.24? Kemungkinannya sangat tinggi.
EUR/GBP: kenaikan yang simetri
Pasangan matawang ini telah menghabiskan sebahagian besar dari tahun 2020 berayun di antara 0.89 dan 0.91. Ada beberapa lonjakan tajam menuju 0.93 tetapi itu hanyalah kes-kes terpencil – dan setiap lonjakan diikuti oleh pembetulan ke bawah ke paras yang sama iaitu 0.89.
Di carta bulanan, gerakan menghampiri paras tinggi 0.90 melengkapkan pemulihan sepanjang lima tahun EUR/GBP, simetri dengan penurunan 0.70 yang berlaku sepanjang 2010-2015. Jika penilaian itu benar, trajektori menuju 0.93 dan seterusnya sangat mungkin untuk pasangan ini di tahun hadapan. Secara fundamentalnya, ada asas untuk tanggapan tersebut: pound British mempunyai lebih banyak faktor berkenaan dengannya berbanding euro. Suku pertama 2021 akan menjadikan semuanya lebih jelas.
USD/JPY: menguji sokongan
Setelah kejutan besar pada Januari-Februari 2020, USD/JPY memasuki trajektori menurun dari 110.00 hingga 103.00. Nampaknya, tidak banyak bukti teknikal yang menunjukkan bahawa trend ini akan menyaksikan perubahan ketara pada masa akan datang.
Dari sisi pandang strategik, gerakan menurun dari 110.00 ke 100.00 adalah kelangsungan organik downtrend besar yang bermula jauh di atas, di 120.00, sejak tahun 2015. Sementara itu, kawasan sekitar 100.00 telah berfungsi sebagai sokongan untuk gerakan pasangan matawang ini sejak sebelum 2015 lagi, dan tahun-tahun berikutnya. Pada masa ini, USD/JPY berada betul-betul di aras sokongan ini jadi hati-hati: secara teknikalnya lantunan ke atas sangat mungkin terjadi pada tahun hadapan.
Serupa
Baru-baru ini, emas telah mendaki melepasi paras harga $1750 menghampiri aras rintangan bulan Mei, di $1764.
Pasangan matawang EURJPY untuk analisa hari ini melihatkan bahawa candle telahpun mencuba sebanyak hampir 3 kali berturut-turut untuk melakukan pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh diparas 117…
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…