Faacebook telah menukar namanya kepada Meta

Baca artikel ini di laman web FBS

Facebook telah menukar namanya kepada Meta untuk memadam khabar angin lama dan membina jenama baru, membebaskan dirinya dari dipertikaikan dan stigma kebocoran data peribadi. Apakah yang akan berubah bagi para pelabur dan pedagang bila syarikat ini selesai melaksanakan transformasinya?

Sebab-sebab perubahan

Pertama, pertukaran nama ini, yang diumumkan pada sidang realiti maya Facebook, mencerminkan cita-cita syarikat itu yang semakin berkembang melangkaui media sosial. Mark Zuckerberg berkata dia mahu mencipta Alam Semesta baharu, bukan jauh di angkasa lepas, tetapi di web.

imgonline-com-ua-Resize-oQlKqGD3U4T.jpg

Metaverse, sebahagiannya, adalah impian untuk masa depan Internet yang terbina dari dunia 3D, avatar manusia sebenar dan profil dalam talian mereka. Ia dijangka menjadi lapisan kedua dalam kehidupan seharian kita yang mampu memberi kita suatu pengalaman yang belum pernah kita alami sebelum ini.

"Hari ini kami dilihat sebagai sebuah syarikat media sosial, tetapi dalam DNA kami, kami adalah syarikat yang membina teknologi untuk menghubungkan orang ramai, dan metaverse adalah sempadan seterusnya sama seperti rangkaian sosial ketika kami baru bermula," kata Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg. Perubahan itu akan memberi kesan ke atas dasar syarikat-syarikat Meta: Instagram, Facebook (nama yang akan kekal tidak berubah), Facebook Messager dan WhatsApp.

Penjenamaan semula itu juga muncul setelah syarikat itu mendapat liputan berita yang bertubi-tubi sepanjang bulan lalu. Facebook, dan secara peribadinya Mark Zuckerberg, dituduh bertanggungjawab di atas kebocoran data peribadi, masalah privasi, dan iklan yang manipulatif.

Sekarang bagaimana?

Syarikat itu berkata minggu ini ia akan membelanjakan kira-kira $10 bilion pada tahun depan untuk membangunkan teknologi yang diperlukan untuk membina metaverse. Facebook akan didagangkan dengan ticker “MVRS” mulai dari 1 Disember. Syarikat itu kini sedang membangunkan headset VR dan AR baharu, perkhidmatan internet dan mungkin akan bekerja keras untuk mencapai reputasi yang lebih baik dari yang terpalit pada Facebook sebelum program transformasi ini.

Berkenaan carta, Facebook kelihatan stabil, dengan pola head and shoulder bullish songsang hampir lengkap terbentuk. Jika harga berjaya kekal di paras $320 dan pasaran tidak memulakan pembetulan, uptrend mungkin akan berterusan.

Carta harian Facebook

Rintangan: $350; $385; $420: $460

Sokongan: $320; $305

FACEBOOKDaily.png

LOG MASUK

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.