Covid-19 Akan Berakhir Pada Tahun 2022, Benarkah?

Baca artikel ini di laman web FBS

Dua tahun telah berlalu sejak kes pertama jangkitan koronavirus dikesan. Lebih daripada 275 juta orang telah dijangkiti, dan lima juta jiwa telah kecundang. Strain baharu terus muncul, dan vaksin tidak sentiasa berkesan seperti yang kita mahukan. Selain itu, pelbagai syarikat cuba melemahkan virus itu dengan menggunakan kaedah perubatan lain, seperti pil. Di dalam artikel ini, kami membincangkan kaedah-kaedah utama yang digunakan untuk memerangi Covid-19, menyentuh tentang kadar vaksinasi di seluruh dunia, dan membuat ramalan tentang peluang pemulihan sepenuhnya daripada wabak abad ke-21 ini.

Penularan koronavirus kini semakin memperlahan

Mari kita berterus terang sahaja. Kebanyakan negara di dunia ini tidak menangani Covid dengan cukup serius. Ada puluhan negara yang telah mengatakan bahawa ia tidak lain hanyalah satu lagi virus seakan-akan selesema yang akan lenyap sendiri dengan cepat. Nah, mereka ternyata salah. Akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab ini, muncullah beberapa gelombang penularan virus, kerugian ekonomi yang sukar dipercayai, dan gangguan rantaian bekalan di seluruh dunia.

Bagi kita, contoh paling penting ialah AS, yang bertindak balas dengan terlalu perlahan. Selain itu, negeri-negeri di negara itu juga telah mengambil pendekatan dan tindakan yang berbeza-beza, yang akhirnya meningkatkan jumlah kes dan kerosakan sosial & ekonomi. Lebih dari 800K orang telah terkorban di AS dan bilangannya terus bertambah di saat ini. Disebabkan oleh pencetakan wang secara besar-besaran, inflasi hampir mencecah 7% dan ia masih terus meningkat. Pada masa ini, lebih daripada 61% penduduk AS sudah divaksinasi. Imuniti kelompok memerlukan 80%+ dari penduduk kebal terhadap virus berkenaan. Bagaimana pun, kemenangan untuk rakyat sudah hampir dicapai. Perkara yang sama tidak boleh dikatakan tentang ekonomi. Hutang negara meningkat dengan begitu pantas sehingga AS perlu menaikkan ambang hutangnya setiap beberapa bulan untuk mengelakkan negara itu daripada muflis.

Namun begitu, koronavirus sedang memperlahankan keaktifannya di AS dan di seluruh dunia. Lihatlah angka-angka berikut.

{8B394834-DD96-4464-B782-D9D5A3CE07FE}.png

Walaupun jangkitan gelombang keempat hampir sekuat gelombang ketiga, ia kebanyakannya kerana strain Omicron lebih menular namun kurang membawa maut. Ini disahkan oleh statistik kes kematian.

 {D33DCB5C-6F54-4140-B6ED-74CCE5A2BDD9}.png

Tidak seperti kes harian, carta kematian harian tidak mempunyai gelombang keempat, dan bilangannya terus berkurangan, dengan perlahan dan stabil. Jika trend ini kekal tidak berubah, kita sudah dekat dengan penghujung Covid-19.

Moderna, Pfizer, dan lain-lain mencari pil ajaib

Pada masa ini, ada beberapa syarikat yang berusaha memerangi virus itu, dan anda kenal kesemua syarikat berkenaan. Mari kita analisa apa yang kita ada untuk mengalahkan Covid.

Moderna mempunyai satu vaksin (mRNA-1273) dengan dua kes penggunaan yang berbeza. Pertama, anda perlu menerima dua suntikan, berselang 28 hari antara setiap suntikan. Sesetengah orang (yang menghadapi masalah kesihatan tertentu) harus mendapatkan suntikan primer tambahan (dos ketiga) sekurang-kurangnya 28 hari selepas suntikan kedua. Selain itu, orang yang berumur 18 tahun ke atas yang menerima siri primer Moderna harus mendapat suntikan penggalak sekurang-kurangnya enam bulan selepas melengkapkan siri primer mereka.

mRNA-1273 95% berkesan terhadap kebanyakan varian Covid-19, tetapi dengan menularnya Omicron, kami akan menumpukan fokus pada strain terkini itu kerana ia dianggap yang paling mudah berjangkit. Penyelidikan syarikat tersebut menunjukkan bahawa dos ketiga vaksin Covid-19 Moderna meningkatkan tahap antibodi terhadap varian Omicron (peningkatan 32 kali ganda berbanding dengan vaksinasi dua suntikan). Selain itu, Moderna sedang menguji vaksin versi baharu untuk menangani Omicron dengan lebih cekap (mRNA-1273.529). Syarikat itu menjangkakan akan dapat memulakan ujian klinikal pada awal 2022.

imgonline-com-ua-Resize-87nHAjuDGa.jpg

Sedikit ulasan tentang pesaing terbesar Moderna, Pfizer dan BioNTech. Mereka menawarkan dua suntikan, berselang 21 hari antara setiap suntikan. Selain itu, semua orang yang berumur 16 tahun ke atas boleh mendapatkan suntikan penggalak sekurang-kurangnya enam bulan selepas melengkapkan siri primer Pfizer-BioNTech mereka. Apa yang peliknya ialah orang dewasa boleh mendapatkan mana-mana vaksin Covid-19 yang dibenarkan di AS untuk suntikan penggalak mereka, bukan hanya vaksin keluaran Prizer. Kajian makmal menunjukkan peningkatan perlindungan terhadap varian Omicron sebanyak 25 kali ganda jika berbanding dengan vaksinasi dua dos. Moderna menunjukkan hasil yang lebih baik, walaupun sebarang perlindungan adalah lebih baik daripada tiada perlindungan langsung.  

Tetapi Pfizer mempunyai andalan baru, pil antiviral. Pfizer berkata pil Covid-19 antivirusnya menunjukkan keberkesanan hampir 90% dalam mencegah kemasukan ke hospital dan kematian pada pesakit berisiko tinggi, dan data makmal terkini mencadangkan bahawa ubat itu mengekalkan keberkesanannya terhadap varian Omicron yang menular pantas.

imgonline-com-ua-Resize-3ttahbINj0hQ.jpg

Merck, satu lagi gergasi farmaseutikal, juga merancang untuk memperkenalkan pil ke pasaran. Walau bagaimanapun, pil Merck mengurangkan risiko penyakit teruk, kemasukan ke hospital dan kematian sebanyak 30%. Tidak syak lagi, keberhasilan itu jauh dari sempurna. Malangnya, pengeluaran hanya mungkin dilakukan selepas Krismas, lebih lewat daripada yang dijangkakan oleh Merck. Tetapi lebih baik lewat daripada tidak sama sekali!

Jika ia menerima kebenaran dari Food and Drug Administration, rawatan di rumah ini boleh dipreskripsikan oleh doktor dan diambil di farmasi tempatan untuk mengurangkan risiko sakit tenat. Sudah tentu, pil tersebut (dan versi vaksin yang baharu) adalah sangat bullish untuk harga saham syarikat-syarikat berkenaan. Tetapi berapa lamakah masa yang diperlukan untuk dunia membangunkan imuniti kelompok? Dan, apa yang lebih penting, adakah Covid akan berakhir pada tahun 2022?

Tarikh pengakhiran Covid

Mari kita berterus terang sekali lagi, dan lihat kadar kemajuan program vaksinasi di seluruh dunia. Pertama, kita perlu memastikan sekurang-kurangnya 80% dari populasi Bumi mempunyai antibodi yang kuat terhadap Covid. Selain itu, segala-galanya menjadi lebih mencabar dengan strain baharu yang muncul setiap enam bulan, tetapi kita sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

imgonline-com-ua-Resize-3l4pUH6lO499t.jpg

57% dari penduduk dunia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. 8.78 bilion dos telah diberikan secara global, dan kini 36.07 juta dos diberikan setiap hari. Dalam masa beberapa minggu, 57% itu akan menerima dos kedua dan boleh dikatakan sudah menjadi kebal terhadap Covid. Pada masa ini, 3.63 bilion orang telah divaksinasi sepenuhnya, iaitu hampir 47% dari populasi dunia.

imgonline-com-ua-Resize-AnKDUFRBjb47lu.jpg

Kadar vaksinasi yang paling teruk adalah di seluruh Afrika. Bagi benua lain, imuniti kumpulan sudah agak hampir dicapai. Oleh itu, kita boleh katakan (namun dengan berhati-hati) bahawa hari-hari terburuk era Covid telah berlalu. Virus itu mungkin akan menjadi lebih seperti selesema bermusim, yang masih lagi satu bentuk jangkitan yang berbahaya tetapi lebih terkawal dan kurang membawa maut. Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa selesema juga mampu mengejutkan kita dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, "selesema babi" pada tahun 2009 membawa kepada 491 juta kes yang disahkan dan lebih daripada 284,000 kematian.

Idea pelaburan untuk 2022

Pertimbangkan apa yang telah kami katakan di atas, dan anda akan dapat idea yang ingin disampaikan: vaksin akan menjadi kurang diperlukan jika syarikat tidak mencipta pil untuk melawan Covid. Bagi Moderna, ia adalah penting, kerana syarikat itu mempunyai beberapa produk di pasaran, dan pendapatannya bergantung pada mRNA-1273. Hasil yang lebih sedikit bermakna harga sahamnya akan kembali ke harga purata jangka panjang atau malah menggelongsor lebih rendah. Jadi dalam jangka masa panjang, Moderna berkemungkinan akan jatuh.

Carta harian Moderna

Rintangan: 380.0; 455.0; 515.0

Sokongan: 265.0; 230.0; 190.0

MRNADaily.png

Bagi Prizer, angka mereka jauh lebih positif. Syarikat itu mempunyai pil yang sangat cekap yang akan muncul di pasaran pada awal tahun. Di samping itu, aliran pendapatan yang besar dari produk-produk lain akan membantu mengekalkan pendapatan yang tinggi. Dari segi teknikal, saham itu telah menembusi pengukuhan besar selama sembilan tahun.

PFIZERWeekly.png

Selepas membuat pullback kerana capahan (divergence) pada RSI mingguan dan harian, kami menjangkakan Pfizer akan mencecah $66 untuk sesaham, dengan prospek untuk mencecah $75 menjelang akhir 2022. Walau bagaimanapun, kami tidak boleh meramalkan berita yang muncul secara rawak, jadi berhati-hati dan perhatikan reaksi terhadap tahap aras $46.5 dan $42.

Carta harian Prizer

Rintangan: 66.0; 75.0

Sokongan: 55.0; 52.0; 46.5; 42.0; 38.0

 PFIZERDaily.png

LOG MASUK

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.