EURCHF : dijangka membuat penurunan - 24-10-2019
Pasangan matawang EURCHF untuk analisa hari ini melihatkan kepada kita bahawa harga semasa gagal untuk melanggar paras rintangan kukuh yang telah disentuh lebih 3 kali iaitu diparas 1.10318.Akibat dari kegagalan melanggar paras rintangan ini,kita menjangkakan penurunan smeentara boleh berlaku untuk pasangan matawang ini.Walaupun trend semasa masih menunjukkan kekuatan bullish pada pasaran tetapi,penurunan sementara boleh dicadangkan buat masa sekarang ini.Oleh itu saya akan mensasarkan paras sokongan kukuh diparas 1.09763 sebagai kawasan sasaran utama untuk hari ini.Namun sebelum itu,harga semasa perlu melanggar paras sokongan diparas 1.09964 terlebih dahulu.Melanggar paras ini akan mengesahkan penurunan yang dijangkakan untuk hari ini.Sebaliknya kegagalan melanggar paras sokongan ini akan mengakibatkan kenaikan berlaku dan harga semasa akan cuba untuk menguji paras rintangan 1.10318 kembali.
SIGNAL HARI INI
SELL LIMIT EURCHF 1.10318
SL : 1.10397
TP : 1.09763