Minyak & Gas Berada Di Paras Tertinggi. Masih Sempatkah Untuk Anda Beli?
Apa yang sedang berlaku dengan gas?
Penganalisis HSBC mengumumkan hasil tinjauan pandangan mereka mengenai harga tenaga. Mereka menjangkakan harga gas akan menjadi "sangat tinggi" pada musim sejuk kali ini karena kekurangan bekalan di peringkat global mendorong beberapa firma tenaga ditutup. Penawaran akan menjadi lemah, sementara permintaan akan meningkat tajam pada musim sejuk, mendorong harga gas naik lebih tinggi lagi. Menurut Bloomberg, ‘harga gas Eropah melonjak hampir 500% dalam tempoh setahun yang lalu dan ia diniagakan menghampiri harga rekod’. Harga tenaga yang tinggi pula seterusnya memaksa pengeluar di Eropah untuk mengurangkan pengeluaran, yang mampu meningkatkan kos bagi petani dan berpotensi memburukkan lagi inflasi makanan global.
Sumber: Bloomberg
Apa yang sedang berlaku dengan minyak?
Kombo permintaan yang kuat dan penawaran yang lemah telah menyebabkan harga minyak meningkat tinggi ke paras yang belum pernah dilihat sejak tahun 2018. Musim sejuk kali ini akan baik untuk pembekal minyak tetapi bukan untuk penggunanya, yang beralih dari gas ke minyak yang lebih murah. Vitol Group, peniaga minyak terbesar di dunia, menjangkakan permintaan minyak akan meningkat sebanyak setengah juta tong sehari pada musim sejuk ini. Ini akan menyokong harga minyak.
Mengapa ia penting untuk pedagang?
Ada beberapa instrumen perdagangan minyak dan gas yang semakin popular di kalangan pedagang: XBR/USD (minyak Brent), XTI/USD (minyak WTI), dan XNG/USD (gas).
Tinjauan teknikal
Lihat sahaja XBR/USD . Ia telah dibuka hari ini dengan seggang menaik (gap up), semakin mendekati aras psikologi $80.00 setong. Lonjakan di atas aras ini akan membuka pintu menuju aras tertinggi tiga tahun di $84.00. Aras sokongan ada di $75.00 dan $70.00.
XTI/USD cenderung bergerak seiring sejalan dengan XBR/USD, tetapi ia telah kali ini ia telah meninggalkan rakannya itu. Ia telah mencapai paras tertinggi tiga tahun, iaitu di $75.00. Kita boleh menjangkakan pullback yang singkat sebelum harga minyak meneruskan rally ke atas. Apabila minyak ditutup di atas $75.00, ia boleh melonjak naik ke $80.00. Arasa sokongan terletak di $70.00 dan $65.00.
Corak "Cup and Handle" hampir terbentuk di carta XNG/USD. Sekiranya gas menembusi paras tertinggi pertengahan September di $5.50, ia mungkin melonjak ke 5.70! Aras sokongan berada pada purata bergerak 50 dan 100: $5.15 dan $5.00.