Mengapa kenaikan kadar faedah dapat mengurangkan inflasi?

Baca artikel ini di laman web FBS

Inflasi AS telah melonjak kepada 7.5% pada bulan Januari, merekodkan kenaikan tahunan tertinggi dalam tempoh 40 tahun. Kenaikan harga ini merupakan kenaikan terpantas inflasi sejak tahun 1982.

Salah satu tugas Fed adalah untuk mengawal inflasi daripada berada di luar kawalan — dan menurunkannya setiap kali ia melebihi sasaran bank iaitu 2%. Bagi mengekang inflasi terkini, perancangan Fed adalah untuk menaikkan kadar faefah beberapa kali pada tahun ini - berkemungkinan sebanyak lima kali.

Para pelabur sedang menanti Fed menaikkan kadar faedah pada mesyuarat bulan Mac ini. Persoalan kini bukanlah samada Fed akan menaikkan kadar atau tidak, tetapi kenaikan tersebut sebanyak 50 atau 25 mata asas.

Mengapa kenaikan kadar faedah dapat mengekang inflasi?

1. Kadar faedah yang tinggi akan menurunkan permintaan

Rizab Persekutuan mengawal kadar dana persekutuan, yang lebih dikenali sebagai kadar sasaran. Ia juga merupakan kadar yang digunakan oleh pihak bank untuk menawarkan pinjaman overnight dengan bank yang lain. Pihak bank meminjam wang bagi memberikan pinjaman kepada pelanggan dan sektor perniagaan. Justeru, apabila Fed menaikkan kadar, ia akan meningkatkan kos pinjaman bank yang memerlukan wang untuk meminjamkannya kepada pihak yang lain ataupun bagi mematuhi syarat-syarat kawal selianya. Semestinya, pihak bank akan mengenakan kos yang tinggi ini kepada para pelanggan dan perniagaan. Jika Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas atau 0.25%, para pelanggan dan perniagaan akan membayar lebih untuk meminjam wang.

Oleh disebabkan kos pinjaman meningkat, tahap permintaan dan aktiviti ekonomi akan menurun. Sebagai contoh, jika satu pinjaman kenderaan menjadi lebih mahal, anda sebagai pengguna akan memutuskan bahawa sekarang bukan waktu yang sesuai untuk membeli kereta baru. Ataupun, mungkin, syarikat akan kurang berminat untuk melabur pada kilang baru dan menggaji pekerja tambahan sekiranya kadar faedah yang perlu dibayar untuk mendapatkan pinjaman untuk perniagaannya meningkat. Itu adalah kesannya apabila Fed menaikkan kadar.

2. Permintaan yang rendah akan mengurangkan inflasi

Memandangkan kenaikan kadar akan mengurangkan permintaan dan akan memperlahankan ekonomi, itulah caranya memperlahankan inflasi. Kebiasaanya, harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat apabila permintaan terhadapnya meningkat, dan membuatkan inflasi meningkat. Namun, oleh disebabkan pinjaman menjadi semakin mahal, tahap permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan menurun dalam ekonomi.

Harga tidak semestinya turun dan kembali kepada kadar lamanya selepas kenaikan kadar, tetapi sekurang-kurangnya kadar inflasinya akan menurun.Fed akan mengikut kitaran ini untuk mengawal inflasi. Inflasi meningkat dengan mendadak, jadi bank pusat AS menaikkan kadar sehingga tahap permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan menurun, dan harga akan menurun, begitu juga inflasi. Adakah Fed akan berjaya kali ini?

Amira Mohey

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.