USDCAD sideway - analisis - 18-07-2019
Pasangan matawang USDCAD hari ini bergerak tenang didalam paras corak segitiga menunjukkan kelemahan pasangan matawang ini.Selepas keluarnya data cpi m/m dari CAD semalam,CAD menunjukkan reaksi kuat dan menunjukkan penurunan dan pada hari ini candle menunjukkan sideway.Dilihat dari sudut trend di jangka masa harian,kita dapat lihat bahawa trend masih lagi dalam keadaaan BEARISH buat masa sekarang ini.Indikator MA menyokong penurunan ini dengan berada diatas paras harga semasa dan memberi tekanan ke arah bawah.Indikator stochcastik pula dilihat sekarang ini bermain-main diparas 50 dan tidak menunjukkan reaksi agresif buat masa sekarang ini.Untuk hari ini saya akan terus memerhatikan pasangan matawang ini.
Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa berjaya melanggar paras sokongan saya diparas 1.30207 maka saya akan menganggap harga semasa menunjukkan isyarat penerusan trend BEARISH dan saya akan mensasarkan paras sokongan kukuh terdekat iaitu diparas 1.28119 sebagai kawasan pertama sokongan.Sekiranya harga semasa mampu untuk melakukan pelanggaran pada paras sokongan ini maka harga semasa akan cuba untuk turun ke paras sokongan utama diparas 1.255599.Sebaliknya jika harga semasa berjaya melanggar paras rintangan diparas 1.31344 maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan mendekati paras terkumpul MA iaitu diparas zon rintangan 1.32206-1.32650
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.25119 dan rintangan 1.2650
trend : neutral