Walmart Akan Melaporkan Perolehan Pada 17 Februari

Baca artikel ini di laman web FBS

Apa yang akan terjadi?

Walmart, sebuah syarikat peruncitan multinasional Amerika, akan membentangkan laporan perolehannya untuk suku keempat pada 17 Februari sebelum pasaran saham dibuka (16:30 GMT+2). Selain itu, pengurusan Walmart akan mengadakan webcaset soal jawab secara langsung pada 15.00 MT, 17 Februari, untuk membincangkan keputusan kewangan dan perniagaannya.

Mengapakah ia begitu penting?

Walmart menempuhi era Covid tanpa sebarang impak buruk ke atas perniagaannya. Syarikat itu menjual barangan keperluan yang akan dibeli oleh pengguna tanpa mengira keadaan ekonomi. Oleh itu, Walmart kelihatan seperti saham yang bagus untuk dibeli walaupun dalam keadaan inflasi terus meningkat.

Pada tahun 2021, syarikat itu mencapai kejayaan besar dalam membangunkan perniagaan berbilang salurannya. Ia satu langkah yang penting, dan Walmart berjaya memberikan Amazon satu persaingan yang sengit. 

Jika kita melihat dari segi kewangan, kedua-dua pendapatan dan perolehan meningkat dari tahun ke tahun. Selain itu, dengan inflasi yang berkemungkinan akan kekal berada pada paras yang tinggi dalam sejarah, sektor jualan runcit tampak seperti tempat yang terbaik untuk melabur. 

Selain itu, Walmart telah meningkatkan dividen selama 48 tahun, dan segala-galanya memberitahu bahawa trend ini akan berterusan.  

Semua fakta ini meningkatkan daya tarik Walmart di mata para pelabur di seluruh dunia, dan laporan pendapatan Q4 yang lebih baik daripada jangkaan mungkin akan melonjakkan sahamnya ke paras tertinggi baharu.

Analisis teknikal

Walmart, carta harian

WALMARTDaily.png

Saham ini didagangkan betul-betul di atas $133, aras 23.6 Fibonacci. Seperti yang kita boleh lihat, capahan bullish berlaku pada carta RSI. Kami menjangkakan harga akan mencecah $143 dalam masa beberapa hari selepas tersiarnya laporan yang lebih baik daripada yang dijangkakan.

Sebaliknya, jika laporan itu lebih teruk daripada yang dijangkakan, harga mungkin turun ke $127. Walau bagaimanapun, $127 adalah sokongan utama untuk saham ini, jadi kami amat meragui ia mampu menembusinya. Itulah sebabnya mengapa anda juga boleh membuat beberapa pesanan beli pada aras ini.

  1. Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun  app FBS Trader  atau  Metatrader 5. FBS membolehkan anda berdagang saham hanya menerusi perisian-perisian ini.
  2. Buka  akaun di  FBS Trader  atau   akaun MT5 di dalam  laman peribadi anda.
  3. Mula berdagang!

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.