Gas asli adalah tiang seri ekonomi Eropah.
Brexit: masa hadapan GBP
2022-08-30 • Dikemaskini
Terlepas dari pengawasan radar
Sepanjang tahun 2020, Brexit telah menjadi salah satu tajuk utama media. Akhirnya, pada minggu terakhir bulan Disember, perjanjian UK-EU dipersetujui. Beberapa minggu telah berlalu sejak dari saat itu, dan kita hampir tidak terdengar apa-apa langsung tentang Brexit. Dalam masa yang sama, kesannya akan mula termanifestasi tidak lama lagi. Apakah ia?
Dari kaca mata pemenang
Menurut Boris Johnson, Brexit yang dimuktamadkan itu adalah satu kemenangan besar buat UK. Dan perjanjian Brexit – berbanding dengan opsyen tanpa perjanjian sebelum ini – adalah pencapaian yang lebih besar. Dari sudut pandangan humanistik, itu suatu yang boleh difahami. Boris Johnson dan penyokongnya telah lama menuntut pemisahan dari EU, dan akhirnya, mereka berjaya. Bagi mereka, ini adalah ganjaran untuk "perarakan sepanjang hari". Mereka melihat pemulihan kedaulatan Britain sepenuhnya sebagai hasil utama dari proses Brexit. UK tidak lagi terikat untuk mematuhi undang-undang yang mengatasi undang-undang mereka seperti yang terpakai sebelum ini ketika berada di dalam Kesatuan Eropah. Ini negara yang benar-benar berdaulat dan merdeka. Dalam konteks ini, Brexit tanpa perjanjian sekali pun sudah boleh dianggap sebagai satu kejayaan, cuma harga yang perlu dibayar lebih tinggi. Oleh itu, perjanjian dengan EU meletakkan UK di posisi yang lebih baik. Secara kasarnya beginilah cara Boris Johnson menggambarkan perjanjian tersebut: UK dapat menikmati perdagangan bebas dengan EU hampir sepenuhnya seperti sebelum ini, dan dalam masa yang sama ia juga dapat menikmati semua kebebasan dari kemandiriannya. Ia perjanjian ala-Kanada, menurut istilah PM UK itu sendiri. Dalam perkataan lain, sebuah kejayaan. Itulah tanggapan yang boleh dibuat setelah mendengar ucapan yang disampaikan Boris Johnson di Brussels pada 24 Disember.
Dari kaca mata pemerhati
Sebilangan besar penganalisis bersetuju sekarang bahawa UK akan lebih banyak menderita daripada untung setelah meninggalkan EU. Oleh itu, manfaat dari perjanjian tersebut nampaknya tidak mengatasi kerugian yang timbul daripada pemisahan strategik UK. Ya, perikanan – seperti yang disebutkan secara khusus oleh Boris Johnson dalam ucapannya – akan menyaksikan keuntungan: bahagian hasil tangkapan di Inggeris meningkat dari ½ menjadi 2/3 dalam beberapa tahun, dan kemudian menjadi tidak terhad sepenuhnya. Adil-adil sahaja: sebuah negara yang berdaulat boleh menangkap ikan sebanyak mana pun yang diinginkannya di perairannya sendiri. Tetapi perikanan menyumbang kurang dari 1% ekonomi Britain – dan bahkan satu peratus itu pun sebahagian besarnya datang dari penjualan ikan British ke pasaran Eropah, yang akan menjadi lebih selektif mulai dari saat ini. Begitulah keadaannya dengan situasi keseluruhan Brexit untuk UK: selagi mana ia ingin berniaga dengan EU, ia perlu mematuhi peraturan EU, dan kini UK harus menghadapinya sebagai orang luar. Dalam masa yang sama, banyak perniagaan, terutama perniagaan kewangan, telah memilih untuk kembali ke Perancis atau negara-negara Eropah yang lain kerana mereka tidak mempunyai permit yang sah untuk tinggal di UK. Secara strategiknya, akan ada lebih banyak birokrasi – dan dengan itu, lebih banyak fi dan halangan bukan tarif – untuk setiap perniagaan Britain yang ingin melakukan perdagangan dengan EU. Pelaburan antarabangsa juga akan melihat bahawa memasuki UK kini lebih sukar. Secara keseluruhannya, anggaran purata manfaat Brexit adalah seperti berikut: UK kini bebas melakukan apa yang disukainya, tetapi ia juga mungkin membuatkan minat pelabur antarabangsa yang lebih lemah, output ekonomi yang lebih rendah, aktiviti perniagaan yang lebih perlahan. Jadi, secara amnya, lebih rendah serba-serbi. Seberapa lebih rendah – kita hanya akan ketahui kemudian.
Dari kaca mata pound
0.90 telah menjadi aras asas untuk EUR/GBP sepanjang tahun lalu. Kini, setelah ketegangan Brexit sudah berakhir, dan elemen emosi dalam tingkah laku pasangan ini lebih lemah, ia berkemungkinan akan lebih banyak dipengaruhi fundamental. Dalam jangka masa sederhana, segalanya berkisar tentang ekonomi siapa yang lebih lemah dalam menangani saki-baki pandemik: UK atau Eropah. Dalam jangka masa panjang, apabila virus itu sudah hilang (lebih kurang, akhirnya), ia berkisar tentang ekonomi mana yang lebih kuat dan menarik bagi para pelabur. Tampaknya seperti EU calon yang lebih berpotensi untuk lebih mantap. Justeru, dalam jangka masa sederhana, EUR/GBP mungkin akan bermain di sekitar 0.90 dan mungkin menguji sehingga serendah 0.87. Namun, dalam jangka panjang, 0.93 mungkin sasaran yang sangat realistik untuk bulls.
Serupa
Penghujung tahun semakin hampir Apakah yang akan dibawakan oleh 2021 kepada kita? Jom ketahui apakah jangkaan di fikiran bank-bank besar!
Analisis fundamental EUR/CHF
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…