Bank-Bank Pusat di Persimpangan: Melawan Inflasi vs. Membantu Ekonomi

Bank-Bank Pusat di Persimpangan: Melawan Inflasi vs. Membantu Ekonomi

2022-01-24 • Dikemaskini

Bank-bank pusat utama akan menempuh laluan yang berbeza pada tahun 2022. Ada yang akan bertindak balas terhadap ancaman inflasi, manakala yang lain akan terus memberikan tumpuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pulih daripada wabak.

Penggubal dasar akan melangkah memasuki tahun baru dengan berhati-hati. Bertindak dengan cepat untuk mengawal harga boleh merencat pertumbuhan ekonomi, terutamanya jika inflasi berkurangan dengan sendirinya. Di satu sisi lain, menunggu untuk tempoh yang lebih lama untuk memastikan pemulihan mungkin akan merancakkan lagi inflasi, dan ia akan memerlukan langkah yang lebih kuat dan lebih teruk di hari kemudian.

Rizab Persekutuan

Fed telah memilih untuk bertindak balas terhadap inflasi, kerana sudah tidak lagi sesuai untuk memanggilnya "peralihan", dan akan mengetuai pasukan pro pengetatan.

Pengerusi Fed Jerome Powell akan mula menaikkan kadar faedah secepat yang mungkin, pada mesyuarat bulan Mac. Ekonomi AS berhadapan dengan kadar inflasi yang tertinggi untuk tempoh hampir 40 tahun.

Bank pusat AS itu bertindak pantas menarik balik rangsangan daripada pasaran. Dengan ekonomi yang pulih dan semakin kukuh, Fed menggandakan rancangan pengurangan pembelian bon daripada $15 bilion sebulan kepada $30 bilion sebulan, selepas menyatakan bahawa rangsangan yang berterusan akan mendorong kenaikan inflasi.

Pada kadar ini, Fed akan menamatkan program pembelian bonnya menjelang Mac. Pegawai Fed telah menetapkan untuk menaikkan kadar 3 kali sepanjang 2022 dengan kadar suku mata setiap kali ia dilakukan, dengan unjuran bahawa inflasi dan kadar pengangguran akan turun ke sekitar 3.5% menjelang akhir tahun.

Bank of England

Britain menjadi ekonomi G7 yang pertama menaikkan kadar faedah sejak COVID-19 bermula, bahkan sebelum Fed.

Bank of England telah menaikkan kadar kepada 0.25% daripada 0.1%, kerana inflasi dijangka melonjak kepada 6% in April, tiga kali ganda daripada sasaran bank.

Pedagang bertaruh bahawa BoE akan meneruskannya dengan satu siri kenaikan kadar, yang paling ketara dalam tempoh tiga dekad. Mereka menjangkakan BoE akan menaikkan kadar kepada 0.5% pada mesyuarat Februari akan datang. Pasaran percaya bahawa kadar penanda aras itu akan mencapai 1% menjelang November.

Bank Pusat Eropah

Walaupun Fed dan BoE memilih untuk mengetatkan dasar, ECB lebih gemar untuk meneruskan rangsangan.

ECB telah mengumumkan rancangan untuk meningkatkan pembelian bonnya dan menyediakan lebih banyak rangsangan dan kecairan untuk ekonomi Eropah. Negara-negara Eropah sedang menunggu rangsangan kerana banyak yang tertakluk kepada sekatan lockdown yang teruk akibat omicron. Walau bagaimanapun, rancangan ECB termasuk mengurangkan pembelian bon pada bulan Mac.

Walaupun inflasi telah mendorong Fed dan BoE untuk mengubah dasar, Presiden ECB Christine Lagard berkata bahawa wabak itu sekali lagi mengakibatkan mengurangkan perbelanjaan di kawasan euro dan mengancam pertumbuhan.

ECB telah menyatakan bahawa tiada sebarang kenaikan kadar pada tahun 2022. Bank itu telah mengesahkan bahawa ia akan menggunakan pendekatan yang paling santai dalam menangani inflasi. ECB juga telah menegaskan bahawa tahun-tahun keluar dari politik pelonggaran akan berlangsung dengan perlahan.

Bank Jepun

Bank Jepun akan kekal jauh daripada mengetatkan dan menaikkan kadar, kerana ia tidak melihat adanya inflasi.

Permintaan untuk produk dan barangan di Jepun tidak sama seperti negara lain. Orang Jepun tidak menikmati kenaikan gaji seperti pekerja Amerika. Di Jepun, sukar untuk menukar pekerjaan, jadi kurang tekanan untuk meningkatkan gaji untuk menarik pekerja atau mengekalkan tenaga kerja mahir. Akibatnya, inflasi di Jepun masih rendah. Korporat yang menaikkan harga cenderung kehilangan pelanggan dengan cepat.

BoJ akan mengurangkan pembelian hutang pada akhir Mac dan akan mengambil langkah untuk mengurangkan sokongan pandemik secara beransur-ansur. Jepun dijangka mengurangkan rangsangan ekonomi pada kadar yang lebih perlahan berbanding negara lain.

Pada 2022, Bank Jepun akan beralih secara beransur-ansur daripada sokongan pandemik kepada cubaan untuk meningkatkan inflasi kepada 2%, yang hampir tidak stabil di atas 0%.

Bank Rakyat China

Bagi China, kami menjangkakan ia akan mengurangkan kadar pada tahun ini sambil cuba mengurangkan kelembapan di ekonomi No. 2 dunia.

Pada 2022, kesenjangan yang hebat antara Washington dan Beijing akan mencapai kemuncaknya, setelah sektor perdagangan, kewangan dan teknologi sudah pun menerima kesannya. Bank-bank pusat akan bergerak dalam arah yang bertentangan, dengan Fed memulakan kitaran pengetatan, manakala PBOC pula akan mula mengepam rangsangan.

Akhirnya, dunia ekonomi terbahagi kepada wilayah-wilayah berasingan yang diketuai oleh bank-bank pusat utama dan dasar mereka yang saling bercanggah tahun ini. Ini adalah dinamik baharu untuk pasaran dan satu wilayah yang belum pernah diterokai sebelum ini di mana mereka tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk bergerak. Jika tidak ada perkara lain yang berubah, kadar yang lebih tinggi adalah positif untuk matawang, manakala rangsangan adalah negatif. Akibatnya, USD mungkin akan menjadi matawang yang paling kukuh tahun ini. 

Serupa

Dolar AS Masih Raja, Tetapi!
Dolar AS Masih Raja, Tetapi!

Walaupun ia susut sedikit daripada paras-paras tertingginya sejak 2002, sekitar julat 109, itu hanyalah satu pembetulan, dan sang raja hijau, dolar AS, akan meneruskan ralinya semula…

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera