China Akan Mengungguli Pasaran Global Pada 2022

China Akan Mengungguli Pasaran Global Pada 2022

2022-12-15 • Dikemaskini

Apa yang berlaku?

Rangsangan pandemik memangkin segala-galanya daripada saham sehingga kripto dan hartanah di seluruh dunia pada tahun 2021. Malangnya, China bertindak sebaliknya apabila para pegawai di Beijing bertindak mengempiskan buih.

Natijahnya, terhasil satu perbezaan yang paling melampau antara pasaran-pasaran kewangan utama di dalam sejarah kontemporari. Penjualan besar-besaran di indeks HK50 pada tahun ini bermakna penanda aras itu ketinggalan sebanyak 37 mata peratusan berbanding pesaing globalnya, satu jurang yang paling ketara sejak 1998.

Apa sebenarnya yang menekan pasaran China?

Pelabur kekal terdedah kepada penggubalan dasar Parti Komunis yang tidak sukar diramalkan. Harapan bahawa tindakan keras Beijing terhadap sektor teknologi hampir tamat telah hancur berkecai apabila Didi Global Inc. telah diminta untuk menyahsenarai daripada AS.

Perselisihan yang semakin panas di antara Beijing dan Washington juga mengancam keuntungan syarikat. Pada 15 Disember, saham bioteknologi China menjunam selepas Financial Times melaporkan bahawa Jabatan Perdagangan AS merancang untuk melarang beberapa syarikat dari industri terbabit daripada menggunakan teknologi Amerika.

Mengapa ia penting?

Sejarah mengajar kita bahawa biasanya inilah waktu yang menawarkan peluang yang paling menarik. Penganalisis dan pakar Wall Street meramalkan bahawa indeks China boleh menghasilkan sehingga 40% keuntungan pada tahun 2022, terutamanya apabila Beijing beralih kepada pelonggaran dasar monetari.

Pasaran global menjangka penggubal dasar akan menyokong ekonomi pada 2022 untuk mengelak dari pemerlahanan ekonomi yang drastik. Ini bermakna tekanan kawal selia yang telah menjejaskan penilaian aset China harus dikurangkan. Bank Rakyat China mengukuhkan konsensus itu bulan ini apabila ia membebaskan kecairan untuk pemberi pinjaman. Selain itu, pada hari Isnin, 20 Disember, kerajaan menurunkan kadar utama daripada 3.85% menjadi 3.8%.

Pendapat Bank Global

Komen utama:

Goldman Sachs

"Kami percaya saham-saham China akan melihat tahun yang lebih baik pada 2022 apabila pasaran pulih daripada pembetulan besar dan beralih ke fasa 'harapan', di mana pengembangan P/E lazimnya mengatasi pertumbuhan fundamental yang lemah dan memacu keuntungan ekuiti yang mantap."

Morgan Stanley

"MSCI China mengalami penurunan prestasi relatif terburuk berbanding pasaran baru muncul yang luas pada tahun 2021...walaupun ia mencatatkan prestasi lemah yang terburuk dalam sejarah, kami masih melihat ada beberapa risiko yang berlarutan yang condong ke arah kemeruapan yang lebih tinggi atau lebih banyak penurunan dalam tempoh terdekat. Ini membuatkan kami percaya bahawa sekarang belum lagi masa yang sesuai untuk bertindak bullish dalam konteks yang menyeluruh."

HSBC

"Kami fikir pasaran terlalu bersemangat dalam menjual saham China... kebanyakan dana kurang wajaran (underweight) dan apabila tumpuan kembali kepada pertumbuhan di China, kami fikir pasaran ini akan kembali pulih."

Analisis teknikal & pendapat FBS

Carta mingguan HK50

HK50 Monthly.png

HK50 didagangkan di atas garisan trend global pada carta mingguan.

MONTHLY RSI CHINA.png

RSI bulanan telah menemui sokongannya di aras 39.50.

Kami menjangkakan harga akan mengukuh di antara 23 000 dan 24 000 pada suku pertama 2022. Selepas itu, indeks China akan memulakan perjalanannya ke puncak dengan sasaran terletak di 26 000 dan 29 000.

MULA BERDAGANG

Serupa

Tiada keputusan dijumpai

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera