Emas Menghitung Hari

Emas Menghitung Hari

2023-02-07 • Dikemaskini

Emas salah satu aset perdagangan yang paling popular di dunia, dengan sejarah yang amat panjang dan permodalan pasaran yang luar biasa besar sebanyak $11 trilion. Terdapat 100 auns emas dalam setiap 1 lot, dan saiz pesanan tersebut bernilai $1.8 juta. Oleh itu, jika anda ingin mengawal urusniaga anda di aplikasi FBS Trader atau Meta Trader 4/5, anda boleh berdagang serendah 0.01 lot emas (iaitu hanya 1 auns logam tersebut). Artikel ini akan membimbing anda tentang kesudahan-kesudahan yang mungkin terjadi dari pergerakan semasa emas selepas AS mendedahkan data ekonomi mereka dan menjelaskan amaun kenaikan kadar yang akan datang. Jadi selesakan diri anda, dan mari mulakan!

Apa yang menggerakkan emas?

Emas menikmati berpuluh-puluh pergerakan yang menguntungkan pada 2020 dan 2021. Apabila dunia beranggapan bahawa ekonomi sudah mula hendak memulih, permodalan aset yang berkilauan ini susut 19% dalam masa hanya beberapa bulan. Tetapi kemudian, satu lagi strain koronavirus telah muncul. Jadi tidak kira sama ada anda seorang pedagang bull atau bear; pergerakan emas pada tahun 2021 memberi peluang kepada semua orang, dengan 13% kenaikan dan 11% kemerosotan.

Minggu depan kita akan berhadapan dengan beberapa acara yang akan mempengaruhi harga emas. Yang pertama ialah jualan runcit teras AS pada 16 Februari, 15:30 GMT+2. Ia menunjukkan perubahan dalam nilai jualan total di peringkat runcit, tidak termasuk jualan kenderaan. Angka yang tinggi menandakan ekonomi mantap. Justeru itu, emas mungkin meleset lebih rendah selepas pengumuman ini. Yang kedua ialah minit mesyuarat FOMC, di mana kita akan mendapat lebih banyak maklumat mengenai kenaikan kadar dan pengetatan monetari. Rekod itu akan disiarkan pada 16 Februari, 21:00 GMT+2. Nada yang hawkish daripada anggota-anggota Fed akan menekan emas. Anda boleh mendapatkan data ini di kalendar ekonomi FBS; ia pantas, menyenangkan dan mudah digunakan.

Unjuran untuk emas

Jangkaan kenaikan kadar, kebimbangan inflasi dan koronavirus menekan harga emas. Pasaran bakal menentukan nasib logam itu untuk tahun 2022. Setakat yang kita tahu, tahun ini, lima kenaikan kadar dijangkakan akan dilakukan untuk melawan inflasi di AS dan di negara lain. Lantaran dari pemulihan ekonomi yang agak perlahan, wang mengalir bukan ke emas tetapi ke aset yang lebih defensif, seperti yen Jepun dan franc Switzerland. Kami menjangkakan jika inflasi berhenti pada paras semasa (7-8%), XAU/USD akan payah untuk meningkat dan mungkin turun ke paras 2020 ($1700-1600).

Bagi bulan Februari, emas mungkin mencapai sempadan atas garisan trend menurun pada $1855, dan ia adalah peluang terbaik untuk menunggu pembalikan atau penembusan pada tahap ini. (Masukkan posisi hanya selepas menerima pengesahan daripada carta).

Carta harian XAU/USD

Rintangan: 1850; 1870

Sokongan: 1790; 1765; 1725

XAUUSDDaily.png

Di rangka masa yang lebih besar, emas bergerak menjajar (sideways) dalam segitiga simetri. Segitiga adalah formasi harga yang rumit kerana ia seringkali tidak andal. Cara terbaik untuk meramalkan pergerakan harga masa hadapan ialah dengan menunggu penembusan terjadi dan kemudian berdagang dalam arah penembusan. Selain daripada indikator teknikal, kami berpendapat emas akan melemah untuk beberapa bulan akan datang lantaran dari kenaikan kadar dan pemulihan ekonomi. Kami menjangkakan logam itu akan mencapai aras $1725 dan $1685 dalam tempoh 2-3 bulan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai analisis teknikal dan mendapatkan idea perdagangan setiap hari, lawati laman web FBS; kami menyiarkan buah fikiran kami tentang pasaran setiap hari dan anda pasti akan mendapati ia bermanfaat.

Carta mingguan XAU/USD

Rintangan: 1870; 1915

Sokongan: 1765; 1725; 1685

XAUUSDWeekly.png

Anda boleh dagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) XAU/USD di FBS. Tidak kira sama ada anda membeli atau menjual; anda boleh menikmati syarat-syarat yang menyenangkan hati untuk semua keperluan perdagangan anda. Dan masa yang terbaik untuk membuka urusniaga ialah sekarang. Selamat berjaya!

Serupa

Emas tidak menyelamatkan pelabur daripada inflasi
Emas tidak menyelamatkan pelabur daripada inflasi

Ramai pelabur menganggap emas sebagai satu perlindungan daripada inflasi. Walau bagaimanapun, minggu lalu, emas kehilangan sokongan utamanya dan turun walaupun inflasi meningkat. Mengapa ia berkelakuan seperti ini?

Fed Berpura-pura Mengawal Pasaran
Fed Berpura-pura Mengawal Pasaran

Pada 4 Mei, Rizab Persekutuan AS mendedahkan kadar dana persekutuan untuk dua bulan yang akan datang. Walaupun kenaikan 50 mata asas itu sudah dijangka secara meluas, masa depan masih tidak begitu jelas.

Adakah Syarat-syarat untuk Trend Menaik Emas Dipenuhi?
Adakah Syarat-syarat untuk Trend Menaik Emas Dipenuhi?

Selain daripada tekanan inflasi, semua faktor lain bertindak sebagai penghalang kepada emas selepas mencapai paras $2000 pada bulan Ogos 2020. Tetapi inflasi bersama dengan kelembapan ekonomi global adalah faktor yang menjadikan emas bersinar dengan lebih cerah.

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera