
EMAS Melantun Semula, Arah Tujunya Jadi Tanda Tanya?
2023-05-24 • Dikemaskini
Melangkah ke pasaran komoditi, emas kembali diniagakan stabil pada hari Rabu ketika pelabur kini memberi tumpuan kepada terbitan laporan minit mesyuarat FOMC.
Sentimen pasaran kembali suram susulan perbincangan siling hutang Amerika Syarikat terus menemui jalan buntu.
AS kini semakin hampir tejerumus dalam situasi ‘default’ kerana kerajaan persukutuan akan kehabisan dana menjelang 1 Jun jika isu siling hutang tak dapat diselesaikan.
Laporan minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada awal pagi Khamis kini menjadi tumpuan pelabur untuk mendapatkan petunjuk mengenai penetapan dasar Federal Reserve yang seterusnya.
Analisis Teknikal (XAUUSD)
XAUUSD pada hari ini dilihat dalam perjalanan menuju Sokongan terdekat 1975.30-1973.30. Setelah itu ia dijangka akan membuat kenaikan secara berperingkat mencari Rintangan terdekat 1980.80. Jika harga berjaya menembusi Rintangan tersebut maka harga akan membuat kenaikan lagi untuk menguji paras Rintangan seterusnya di 1986.10.
Serupa


Pasaran mata wang kembali normal pada hari Selasa dengan pasaran Amerika Syarikat dan UK akan dibuka semula selepas cuti hujung minggu yang panjang…
Berita terkini

Emas berjaya mengakhiri bulan Mei dengan lebih kukuh berikutan kenyataan bernada dovish daripada beberapa pembuat dasar Federal Reserve (Fed)…

Dagangan emas masih belum mampu mengukir senyuman di wajah para pelabur minggu ini dengan harga yang semakin menunjukkan penyusutan pada hari Selasa…

Pelabur kini memberi tumpuan kepada data-data ekonomi yang akan diterbitkan minggu ini untuk dijadikan petunjuk tentang dasar Federal Reserve (Fed) yang seterusnya…