Kenaikan hara yang berlaku itu adalah sebelum mesyuarat FOMC di mana harga berjaya capai ketinggian 1…
Apa Yang Akan Terjadi Kepada EUR? Satu Perspektif Ekonomi
2023-05-10 • Dikemaskini
Dengan berlatarbelakangkan de-dolarisasi yang beransur-ansur dalam sistem ekonomi global, persoalan untuk menggantikan matawang negara AS semakin kerap dibangkitkan. Beberapa pakar telah mula bercakap tentang euro sebagai matawang pengganti. Tapi ini tidak mungkin berlaku, terutamanya dengan situasi konfigurasi ekonomi dan geopolitik EU di pentas dunia hari ini. Dimana silapnya EU, dan apakah nasib euro nanti? Semua ini dikupas dalam artikel kami hari ini.
Awak mati hari ini; saya akan mati esok.
Dalam novel "Gulag Archipelago" oleh penulis Rusia Alexander Solzhenitsyn, ungkapan "Awak mati hari ini, dan saya akan mati esok" sering ditemui. Ia sangat menggambarkan hubungan antara "polis dunia", iaitu Amerika Syarikat, matawang rizab dunianya, dolar, dan satelit utama Amerika Syarikat - negara-negara Kesatuan Eropah.
Untuk model ekonomi moden yang berpaksikan dolar, penawar bagi sebarang penyakit (krisis kewangan) adalah dengan menambahkan kecairan ke dalam pasaran.
Satu contoh "rawatan" ini boleh dilihat dalam tiga krisis besar yang terjadi dalam era ekonomi moden dan yang seharusnya sudah anda ketahui.
Krisis subprima 2008.
Setelah mencetuskan pembentukan gelembung besar dalam pasaran hartanah yang diakibatkan oleh pelepasan derivatif yang tidak terkawal, AS meningkatkan bekalan wang dengan agak mendadak (bekalan wang M2 "melonjak" naik pada awal 2008 dan 2009) dan pada masa yang sama kitaran panjang pemotongan kadar utama juga bermula yang membawanya hampir kepada paras sifar.
Memandangkan AS adalah pengimport bersih, ini telah mencetuskan pengurangan kadar utama dalam ekonomi EU secara beransur-ansur kepada 1% dan penurunan nilai Euro secara beransur-ansur berbanding dolar (nilai maksimum yang dicapai pasangan EURUSD pada tahun 2008 - 1.6038).
Kurangnya alternatif kepada dolar menyebabkan peningkatan mendadak pelaburan dalam bon perbendaharaan AS (baca: hutang AS). Sedangkan sebelum krisis subprima, nisbah Hutang/KDNK tidak melebihi 70%, tetapi selepas 2009, nisbah Hutang/KDNK telah melonjak kepada 82% dan terus meningkat.
Krisis COVID-19.
AS masih mengekalkan tindakan yang sama, tetapi kali ini dengan lebih agresif telah menyuntik lebih $4.5 trilion ke dalam sistem. Selepas kitaran kenaikan kadar selama 4 tahun, ia diturunkan dengan mendadak sekali lagi. Pada masa ini, ekonomi EU tidak lagi mempunyai ruang untuk bertindak balas dalam bentuk kadar utama. Sejak 2008, EU hampir tidak pernah langsung menghentikan kitaran menurunnya, dan euro telah turun nilai sebanyak 16.3% berbanding dolar AS pada masa itu.
Krisis 2022.
Krisis 2022 berlaku betul-betul selepas berakhirnya pandemik Covid-19, yang bermula dengan konflik antara Rusia dan Ukraine. Krisis ini mendedahkan masalah yang agak ketara yang tidak pernah diberi tumpuan sebelum ini tetapi telah semakin membengkak dari semasa ke semasa. Pertamanya, ia adalah masalah sumber tenaga murah yang menjadi asas inflasi rendah dalam ekonomi maju, yang seterusnya membolehkan kadar yang rendah dikekalkan dan kecairan terkumpul dalam sistem tidak disterilkan untuk jangka masa yang lama. Kedua, China dan India telah mendapat kekuatan dan kini menjadi pemain utama dalam arena geopolitik, seterusnya menimbulkan ancaman kepada penguasaan AS dan kepada dominasi dolar AS.
Isu kelangsungan hidup bagi AS dalam situasi ini ialah soal Amerika untuk bergabung tenaga dengan sekutu utamanya di EU dan menggunakan ekonomi mereka untuk memastikan kemampanannya. Barangkali, AS sedar bahawa "pengagihan semula dunia" sedang berlaku dan ia sekadar cuba untuk mengambil peluang daripada kedudukan geopolitik dan ekonomi yang paling menguntungkan dalam jangka panjang.
EU dan euro boleh memainkan peranan sebagai pihak kedua terpenting dalam situasi ini. Dengan tindakan mereka terhadap salah satu pembekal tenaga utama EU iaitu Rusia, ahli politik Eropah mengesahkan pematuhan mereka kepada prinsip pasaran Amerika. Berikutan keengganan mereka untuk membeli tenaga dari Rusia, pasaran EU telah dikawal sepenuhnya oleh syarikat minyak Amerika yang telah menunjukkan peningkatan besar dalam keuntungan. Pada tahun 2022 hasil Exxon Mobil meningkat lebih daripada 40%, hasil Chevron - sebanyak 57%, dan hasil Shell - hampir 46%.
Kebergantungan inilah yang membawa maksud ungkapan, "Mati hari ini, dan saya akan mati esok."
Dimana silapnya EU?
Mengapa EU dan matawangnya tidak dapat mencabar AS? Dengan mengabaikan aspek geopolitik dan ciri peribadi ahli politik Eropah dan dengan hanya memberikan tumpuan kepada komponen ekonomi, jawapannya agak mudah - kerencaman ekonomi.
Selama 40 tahun, EU terlampau memfokuskan kepada hal-hal peluasan sempadan dan pengintegrasiannya sehingga isu-isu ekonomi telah tercicir keluar dari "sudut pandangan". Pada masa yang sama, jika kita melihat KDNK 27 negara Kesatuan Eropah, gambarnya adalah seperti berikut:
Kesenjangan antara ekonomi EU pertama (Jerman) dan kedua (Perancis) adalah kira-kira 50% pada 2021. Jika kita membandingkan Jerman, contohnya, dengan Greece, kesenjangannya adalah kira-kira 20 kali ganda. Nisbah hutang kepada KDNK (debt-to-GDP ratio) semasa Jerman ialah 66.3%, manakala Greece ialah 171.4%. Nisbah di Sepanyol (bukan ekonomi terkecil di EU) ialah 113.2%. Dalam erti kata lain, cakap-cakap bahawa "burgher Jerman membayar untuk segala-galanya" adalah tidak munasabah. Ini satu faktornya.
Seterusnya, adalah hutang AS kepada EU. Secara kolektif, EU memegang kira-kira 1:15 daripada hutang asing AS. Jurubank Jean Paul Getty pernah berkata bahawa "Jika anda berhutang dengan bank $100, itu masalah anda. Jika anda berhutang dengan bank $100,000,000, itu adalah masalah bank." Ini terpakai sepenuhnya pada AS, di mana EU bertindak sebagai bank. Permasalahan dengan krisis semasa ialah, di satu pihak, AS tidak mampu untuk tidak menaikkan kadar utama kerana ini akan mempercepatkan inflasi. Sebaliknya, dengan menaikkan kadar dengan terlalu banyak, AS juga meningkatkan kos membayar hutangnya, sekaligus meningkatkan defisit belanjawan. Bagaimana hendak mencari wang untuk menampung defisit? Betul - dengan mengeluarkan lebih banyak perbendaharaan dan menjualnya kepada sekutu-sekutunya.
Apabila sistem ekonomi mengalami defragmentasi, pengagihan semula pemegang utama hutang AS akan bermula secara beransur-ansur. Akibatnya ialah peningkatan hutang AS kepada EU, yang akan turut menjejaskan EURUSD.
Analisis teknikal
Secara teknikalnya EURUSD sedang berada dalam downtrend global. Garis trend menuju ke bawah, dan semua purata bergerak juga menurun.
Pergerakan dalam tempoh lapan bulan lepas boleh dianggap sebagai pembetulan. Harga menembusi aras pembetulan Fibo 50% dan hampir mencapai 1.2226 (61.8% daripada pembetulan Fibo).
Dengan kemungkinan yang lebih besar untuk harga terus jatuh.
Kesimpulan. Prospek EURUSD.
Kini kita melihat dua kemungkinan senario global, dan kedua-duanya tidak menguntungkan untuk EUR.
Senario 1. Terdapat lebih banyak integrasi antara AS dan EU.
Dalam senario ini, pinjaman negara-negara EU mungkin meningkat, contohnya, ini akan meningkatkan lagi pergantungan ekonomi Eropah kepada negara Amerika.
Senario 2. Perpecahan negara EU tertentu. Perpecahan separa EU.
Senario ini hanya boleh berlaku jika terdapat krisis politik dalaman yang besar dalam negara individu blok Eropah dan jika Amerika Syarikat "melepaskan" "pemberontak" sedemikian daripada pengaruhnya. Ini adalah jalan yang tidak mungkin diambil, tetapi ia masih boleh dilakukan pada masa hadapan.
Serupa
Fundamental : …
Fundamental : …
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…