Coinbase (#COIN) menyaksikan hasilnya meningkat kepada $773 juta pada Q1 2024, peningkatan 23% daripada suku sebelumnya dan melepasi jangkaan penganalisis.
Laporan Perolehan Pendapatan Q3 Facebook
2021-10-26 • Dikemaskini
Facebook, salah satu syarikat teknologi terbesar di AS, telah menyiarkan keputusan kewangannya untuk suku ketiga selepas pasaran ditutup.
Keputusan
- EPS: $3.22 (jangkaan: $3.19)
- Pendapatan: $29.01B (jangkaan: $29.49)
Walaupun FB mencatatkan perolehan yang lebih kukuh daripada jangkaan, pendapatannya lebih rendah daripada jangkaan penganalisis. Sebab utamanya ialah perubahan pada dasar privasi Apple.
Masa yang sukar untuk media sosial dan sektor pengiklanan
Saham media sosial boleh menerima tekanan dari pindaan pada tetapan privasi Apple, yang membolehkan pengguna iPhone memilih untuk tidak menerima pengiklanan bersasar. Ia masalah yang parah untuk semua platform media sosial (Facebook, Google) kerana ia akan mengurangkan jualan iklan mereka.
Saham Snap jatuh hampir 30% pada hari Jumaat selepas pemilik app Snapchat memberi amaran bahawa dasar pengumpulan data Apple telah mewujudkan satu tembok penghalang untuk pengiklan menguji dan mengukur keberkesanan kempen mereka.
Selain itu, perniagaan kecil dan sederhana mengurangkan perbelanjaan iklan mereka kerana mereka menghadapi cabaran berkaitan isu rantaian bekalan dan kenaikan kos. Kemerosotan permintaan untuk pengiklanan negatif untuk Facebook dan syarikat media sosial lain.
Seterusnya bagaimana?
Facebook telah merosot dengan ketara sejak awal September. Ia mungkin akan terus jatuh dalam tempoh jangka pendek lantaran dari semua pancaroba yang disebutkan di atas. Walau bagaimanapun, saham ini pasti akan berpatah balik ke atas dalam jangka masa panjang. Oleh itu, penurunan semasa harus dilihat sebagai satu fasa pembetulan yang akan diatasi oleh saham ini. Berdasarkan prestasi masa lalunya, ia berjaya pulih selepas setiap krisis besar. Mengapa? Perniagaan lain tidak mempunyai pilihan untuk mengabaikan platform Facebook kerana capaian globalnya yang besar.
Tinjauan teknikal
Facebook telah gagal melepasi aras sokongan $320.00 purata pergerakan 200 hari dan berpatah balik ke atas. Jika ia berjaya melonjak melepasi aras pengunduran Fibonacci 23.6% di $333.00, jalan naik menuju ke aras 38.2% Fibo di $343.00 akan terbuka. Aras sokongan ialah MA 200 hari di $320.00 dan nombor bulat seterusnya ialah $310.00.
Tidak tahu cara untuk berdagang saham? Berikut ada beberapa langkah mudah.
- Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun app FBS Trader atau Metatrader 5. FBS membolehkan anda berdagang saham hanya menerusi perisian-perisian ini.
- Buka akaun di FBS Trader atau akaun MT5 di dalam laman peribadi anda.
- Mula berdagang!
Serupa
Saham-saham FAANG mula pulih. Mana satu yang terbaik menurut analisis fundamental?
Saham-saham AS telah menunjukkan prestasi setengah tahun pertama yang terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun kesan dari percubaan Fed untuk mengawal inflasi dan kebimbangan tentang kemelesetan.
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…