Fed menaikkan kadar dan saham pula sedang naik...  Apa yang berlaku?

Fed menaikkan kadar dan saham pula sedang naik... Apa yang berlaku?

2022-06-24 • Dikemaskini

Era wang murah COVID-19 sudah berakhir. Siapakah yang takut terhadap kitaran pengetatan Fed? Nampaknya bukan pasaran saham!  

Dalam langkah untuk memerangi inflasi terburuk dalam tempoh 40 tahun, Rizab Persekutuan telah mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 0.25% pada 16 Mac. Ia kali pertama dalam masa lebih dari tiga tahun Fed menaikkan penanda aras kadar faedah. Kenaikan terakhir adalah pada bulan Disember tahun 2018. Kenaikan 25 mata asas menjadikan kadar faedah terkini berada dalam julat 0.25%-0.5%. Semua perkara ini telah dijangka dan pasaran telah lama priced in terhadap kenaikan ini. Namun, perkara yang pelik adalah reaksi pasaran saham AS selepas kenaikan itu. Pasaran tidak bertindak seperti yang sepatutnya.

Secara teori, kadar yang tinggi akan menjadikan pasaran lebih digemari, kerana kadar yang tinggi bermaksud kos pinjaman yang tinggi untuk perniagaan dan pelanggan, yang akan menurunkan perbelanjaan keseluruhan. Hasilnya, keuntungan akan terjejas, seperti mana ditunjukkan pada harga pasaran saham. Walau bagaimanapun, pada kali ini, para pelabur telah memberontak terhadap mutiara kata tradisional ini, dan telah menerkam pasaran saham. Pasaran AS melonjak selepas pengumuman kenaikan kadar yang ditunggu-tunggu daripada Fed dan memberikan bayangan kemungkinan enam lagi kenaikan pada tahun ini. S&P 500 ditutup 2.2% lebih tinggi pada hari tersebut.

Mengapakah saham-saham AS melonjak selepas kenaikan kadar Fed?  

  1. Saham-saham AS telah membuat kenaikan berterusan kerana saham-saham kebiasaanya mencerminkan apa yang terbaik untuk ekonomi. Dan, kenaikan kadar pada hari ini adalah penyelesaian terbaik untuk ekonomi. Para pelabur akhirnya lega apabila Fed mengambil langkah menangani paras inflasi tertinggi dalam puluhan tahun.  
  2. Fed mengejutkan pasaran dengan menunjukkan kemungkinan menaikkan kadar dalam semua baki enam mesyuarat, menunjukkan bahawa ekonomi AS kukuh dan boleh menahan kitaran pengetatan.  
  3. Petanda bahawa konflik antara Rusia dan Ukraine mula memasuki peringkat penyelesaian dan penyelesaian.  
  4. Tanda-tanda dari China bahawa ia akan melonggarkan tindakan keras pengawalseliaannya.

Apa yang sejarah ceritakan apabila berlakunya kenaikan kadar dan saham-saham AS? 

Sepanjang dua tahun lalu, pasaran saham telah melonjak dan kekal kukuh dalam menghadapi pandemik global terburuk dalam satu abad, salah satu pilihan raya presiden yang paling memecahbelahkan dalam sejarah AS, dan serangan terhadap bangunan Capitol. Kini saham menghadapi perang darat terbesar di Eropah sejak Perang Dunia II, dan inflasi terpantas sejak 1980-an. Sejarah menunjukkan bahawa saham AS bersedia untuk menghadapi lebih banyak kemeruapan selepas kenaikan kadar. Namun, ini bukan memberi maksud bahawa pasaran bull sudah tamat. Sebenarnya, dalam lapan kitaran pengetatan sebelum ini, S&P 500 lebih tinggi setahun selepas kenaikan kali pertama, menurut LPL Financial.  

Berikut adalah pandangan sejarah tentang pasaran saham AS apabila Fed mula menaikkan kadar:

65c22407-6cfb-4d0c-9297-17dbdcca8469.jpg

e2372728-a3aa-4af7-90b6-5f1a37ec8970.jpg

Akhir sekali, wang percuma daripada Rizab Persekutuan merupakan hadiah hebat kepada pasaran saham semasa pandemik dan mereka ketagih padanya. Oleh itu, walaupun kadar yang tinggi mungkin menimbulkan cabaran kepada pasaran saham AS, ia mungkin dapat mengatasinya menjelang akhir tahun. Pedagang mesti menguruskan kemeruapan ini dengan berhati-hati untuk mendapat keuntungan daripadanya.

Serupa

Saham-saham Terbaik untuk Dibeli di Bulan April! 
Saham-saham Terbaik untuk Dibeli di Bulan April! 

Menjelang bulan April, para pelabur sedang mencari peluang terbaik dalam pasaran saham. Terdapat dua industri yang berkembang pesat yang kelihatan positif untuk jangka masa terdekat; saham-saham kenderaan elektrik (EV) dan perbankan.

Berita terkini

Ini Masa Untuk Emas Meroket
Ini Masa Untuk Emas Meroket

Fundamental : Pelabur emas menyambut baik kenyataan bernada dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell tentang kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan tidak lama lagi…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera