
Fuh Bukan Main Tinggi Gold Pacak !
2023-05-25 • Dikemaskini
Laporan minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan pada awal pagi tadi melihatkan perpecahan di kalangan para penggubal dasar Federal Reserve (Fed).
Beberapa pembuat dasar melihat keperluan untuk lebih banyak kenaikan manakala yang lain menjangkakan kelembapan dalam pertumbuhan untuk menghentikan pengetatan.
Walaupun keputusan untuk menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat baru-baru ini adalah sebulat suara, tetapi minit itu melihatkan tiada persetujuan untuk langkah seterusnya.
Akhirnya, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan mengundi untuk tidak lagi menyebut dalam kenyataan susulannya bahawa “penegasan dasar selanjutnya mungkin sesuai”.
Analisis Teknikal (XAUUSD)
XAUUSD pada hari ini dilihat dalam perjalanan menuju Sokongan terdekat 1957.60-1955.80. Setelah itu ia dijangka akan membuat kenaikan secara berperingkat mencari Rintangan terdekat 1963.10. Jika harga berjaya menembusi Rintangan tersebut maka harga akan membuat kenaikan lagi untuk menguji paras Rintangan seterusnya di 1967.50.
Serupa


Pasaran mata wang kembali normal pada hari Selasa dengan pasaran Amerika Syarikat dan UK akan dibuka semula selepas cuti hujung minggu yang panjang…
Berita terkini

Emas berjaya mengakhiri bulan Mei dengan lebih kukuh berikutan kenyataan bernada dovish daripada beberapa pembuat dasar Federal Reserve (Fed)…

Dagangan emas masih belum mampu mengukir senyuman di wajah para pelabur minggu ini dengan harga yang semakin menunjukkan penyusutan pada hari Selasa…

Pelabur kini memberi tumpuan kepada data-data ekonomi yang akan diterbitkan minggu ini untuk dijadikan petunjuk tentang dasar Federal Reserve (Fed) yang seterusnya…