Tahun 2020 akhirnya melabuhkan tirainya. Akhirnya. Mari kita lihat apa yang berlaku di pasaran Forex sepanjang tahun berkenaan dan cuba mencari tahu apa yang mungkin berlaku pada tahun berikutnya.
GBPNZD bermain dalam corak segitiga - analisis - 21-06-2019
2019-11-11 • Dikemaskini
Pasangan GBPNZD pada analisa hari ini menunjukkan bahawa harga semasa masih bergerak tenang untuk hari ini diatas garis trend menaik dibawah harga semasa sekarang ini.Boleh dilihat secara jelas bahawa candle sedang bergerak didalam corak segitiga kenaikan harga.Candle sekarang ini sedang mencuba melakukan pelanggaran terhadap MA50 yang sekarang ini menjadi rintangan kukuh didalam corak ini.Manakal stochcastik pula memberi tunjuk arah bahawa akan berlaku kenaikan ke arah zon overbought iaitu diatas paras 80-100.Untuk analisa pasangan matawang ini hari ini,saya akan lebih memerhati kawasan corak segitiga ini sebelum melakukan apa-apa perdagangan.
Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa cuba melanggar MA50 dan berjaya melanggarnya,harga akan cuba pula menyentuh garis trend dari atas dan akan cuba membuat sentuhan diparas rintangan diparas 1.93955.Melanggar paras rintangan ini akan mengesahkan kenaikan harga dan lawatan seterusnya terletak pada paras rintangan 1.94771.Paras ini adalah paras tertinggi pada bulan februari 2019.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar MA50 ini harga akan cuba membuat penurunan dan akan cuba melanggar garis trend dari bawah.Melanggar garis trend ini akan membawa harga menyentuh dan akan cuba melanggar paras sokongan diparas 1.92243.Melanggar paras sokongan ini akan mengesahkan penurunan harga ke arah sokongan seterusnya diparas 1.90936.Paras ini adalah paras terendah pada bulan jun 2019
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.90936 dan rintangan 1.94771
trend : neutral
Serupa
Pasangan matawang NZDJPY untuk analisa hari ini menunjukkan pelanggaran terhadap saluran kenaikan harga yang telah ditandakan semalam…
Pasangan matawang NZDUSD untuk analisa minggu ini melihatkan kegagalan melanggar paras rintangan kukuh diparas 0…
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…