Powell mahukan pendaratan yang lembut untuk inflasi, seperti yang dilakukan oleh Greenspan pada tahun 1994. Tetapi nampaknya dia akan menempuh satu pendaratan yang sukar.
GBPUSD cuba melanggar trendline - analisis - 16-07-2019
2019-11-11 • Dikemaskini
Pasangan matawang GBPUSD untuk analisa hari ini dilihat bergerak agak tenang semenjak pagi tadi.Dari sudut teknikal,pergerakan sedemikian berlaku kerana harga semasa sedang mencuba melanggar trendline yang terbentuk dibawah paras harga semasa sekarang ini.Dari sudut trend,pada hari ini nampaknya harga masih akan dikuasai oleh trend bearish yang jelas.Pengesahan trend bearish adalah apabila harga semasa berjaya melanggar trendline yang telah ditandakan seperti didalam carta.Indikator MA menyokong penurunan harga ini dengan berada diatas paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah.Manakala indikator Stochcastik pula berada didalam zon oversold buat masa sekarang ini.
Meningatkan kepada anda bahawa jika harga semasa berjaya melakukan pelanggaran pada trendline yang telah ditandakan maka harga semasa akan cuba turun dan mendekati zon sokongan kukuh diparas 1.24526.Melanggar zon sokongan kukuh ini pula menandakan penerusan trend menurun akan terus berlaku dan sasaran seterusnya terletak pada sokongan di jangka masa daily iaitu di paras 1.21548.Sebaliknya kegagalan melanggar paras trendline yang telah ditandakan ini akan menyebabkan harga semasa membuat kenaikan dan membatalkan analisa kita sebelum ini.Kenaikan akan berlaku sehingga ke paras rintangan pertama diparas 1.25320.Melanggar paras ini akan menyebabkan harga memasuki zon rintangan kukuh diparas 1.25682
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.24526 dan rintangan 1.25682
trend : bearish
Serupa
Tahun 2020 akhirnya melabuhkan tirainya. Akhirnya. Mari kita lihat apa yang berlaku di pasaran Forex sepanjang tahun berkenaan dan cuba mencari tahu apa yang mungkin berlaku pada tahun berikutnya.
Baru-baru ini, emas telah mendaki melepasi paras harga $1750 menghampiri aras rintangan bulan Mei, di $1764.
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…