Coinbase (#COIN) menyaksikan hasilnya meningkat kepada $773 juta pada Q1 2024, peningkatan 23% daripada suku sebelumnya dan melepasi jangkaan penganalisis.
Bagaimanakah Harga Amazon Bertindak Balas Terhadap Pemecahan?
2022-12-21 • Dikemaskini
Apa yang akan terjadi?
Amazon mengumumkan syarikat itu akan membuat pemecahan saham 1 – 20 pada 3 Jun selepas sesi perdagangan ditutup (23:30 GMT+3). Pelabur akan menerima 20 unit saham untuk setiap unit saham yang mereka miliki sekarang.
Syarikat itu juga berkata lembaga itu membenarkannya untuk membeli balik saham bernilai $10 bilion.
Bagaimanakah pemecahan mempengaruhi harga?
Pemecahan saham adalah kosmetik dan secara fundamentalnya tidak mengubah apa-apa tentang syarikat berkenaan. Walau bagaimanapun, berdasarkan rekod, lebih 70% syarikat menunjukkan pertumbuhan selepas prosedur ini.
Terdapat dua sebab mengapa saham berprestasi lebih baik selepas pemecahan:
- Pelabur melihat pemecahan saham sebagai tanda keyakinan pihak pengurusan.
- Pemecahan meningkatkan kecairan dengan menjadikan saham lebih mudah diakses oleh pelabur runcit. Bagi Amazon, ramai pelabur ingin memiliki saham ini dalam portfolio mereka, tetapi mereka tidak mampu membelinya lebih dengan harga yang lebih daripada $3 000. Walau bagaimanapun, mereka boleh mencipta permintaan yang besar selepas pemecahan dan menyebabkan kenaikan harga.
Bagaimanakah ia boleh mempengaruhi harga saham Amazon?
Saham Amazon kini didagangkan pada penilaian yang rendah berdasarkan permodalan berbanding EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan) dan metrik harga berbanding jualan.
Satu petunjuk lain bahawa syarikat mungkin terkurang nilai ialah pengurusan membeli semula saham, yang jarang-jarang dilakukan. Kali terakhir ia berlaku pada tahun 2011, semasa satu lagi episod kejatuhan harga saham.
Pemecahan saham biasanya membawa kepada pertambahan minat daripada pelabur runcit, tetapi ini berlaku dalam tempoh biasa di pasaran saham. Pada masa ini, ekonomi AS mungkin mengalami kemelesetan yang mendalam, dan wujud kemungkinan saham Amazon boleh turun lebih rendah.
Walau bagaimanapun, selain dari senario yang melampau itu, banyak berita buruk sudah difaktorkan ke dalam harga pada hari ini.
Analisis teknikal
Amazon, carta bulanan
Saham itu telah susut lebih 43% dari nilai tertinggi sepanjang masanya. Harga sudah tiba di aras sokongan sejarah $2030. Jika ia menembusi aras ini, ia boleh menjunam kepada $1720. Namun, kami meraguinya.
Pada pendapat kami, pelabur runcit akan suka membeli sebahagian daripada syarikat gergasi sedemikian hanya dengan harga kira-kira $100, bukannya $3000 beberapa bulan sebelum ini. Kami percaya harga akan berpatah balik pada $2030 dan terbang ke arah purata bergerak 50 bulan di $2430, iaitu keuntungan kira-kira 20%.
Kesimpulan
Pasukan penganalisis FBS percaya saham Amazon wajar dipantau menjelang pemecahan yang bakal menjelang kerana beberapa sebab:
- Syarikat itu terlebih jual berdasarkan beberapa petunjuk asas.
- Saham mencapai zon sokongan global.
- Lembaga itu akan membelanjakan $10 bilion untuk pembelian balik.
- Pemecahan 1 – 20 akan menurunkan harga saham daripada $2000 kepada $100, memberikan peluang yang besar kepada pelabur runcit untuk menjadi sebahagian daripada syarikat gergasi ini.
Serupa
Indeks S&P500 telah meningkat untuk empat bulan terakhir tahun semasa. Sepanjang suku tahun yang lalu, indeks telah meningkat 3.85%. Bull hampir berjaya menembusi penanda 4300 poin. Namun terdapat beberapa keraguan tentang kesinambungan pertumbuhan selanjutnya. Apakah yang sedang berlaku?
Jenis perniagaan: Syarikat teknologi Amerika, pemproses grafik, dan pembina sistem dalam cip.
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…