Adakah kenaikan harga minyak sudah berakhir?

Adakah kenaikan harga minyak sudah berakhir?

2022-11-30 • Dikemaskini

Pada hari Khamis, 2 Jun, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Plus (OPEC+) telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 648,000 tong sehari (bpd) pada bulan Julai dan Ogos. Keputusan itu menggantikan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak sebanyak 432 000 bpd yang telah disepakati sebelum ini. Walaupun pakatan ini mengambil langkah-langkah yang jelas untuk membendung kenaikan harga minyak, pasaran tidak begitu tertarik dengannya. Kedua-dua WTI (XTIUSD) dan Brent (XBRUSD) ditutup hijau selepas pengumuman tersebut pada hari Khamis. Apakah sebab di sebalik tingkah laku pasaran minyak ini dan apakah yang harus kita jangkakan seterusnya?

Sebab-sebab disebalik tindak balas minyak

Momentum kenaikan harga minyak kekal utuh lantaran kerana beberapa sebab. Yang pertama adalah berkaitan dengan fakta bahawa Rusia masih lagi salah satu ahli pakatan OPEC+. Walaupun terdapat beberapa seruan dari negara-negara pengimport minyak utama untuk memencilkan Rusia daripada senarai ahli, kumpulan itu memutuskan untuk tidak melakukannya. Akibatnya, ia menyukarkan pakatan itu untuk mencapai sasarannya. Pengeluaran dari Rusia telah pun menurun sebanyak 1 juta bpd sejak ia memulakan perangnya dengan Ukraine dan berkemungkinan akan meneruskan trend penurunan ini. Selain itu, pakej sekatan baharu oleh Kesatuan Eropah yang dibentangkan pada hari Jumaat, 3 Jun, termasuklah sekatan import ke atas minyak Rusia.

Kedua, Angola dan Nigeria, ahli OPEC+ berhadapan dengan masalah dalam pengeluaran mereka. Dengan cara ini, perubahan pengeluaran minyak ini dilihat sebagai tidak mencukupi. Oleh kerana peningkatan pengeluaran ini dibahagikan secara berkadaran di kalangan semua negara anggota, Angola dan Nigeria akan terkecuali dari menyertai langkah ini.

Ketiga, China melonggarkan lockdown Covid-19 di bandar-bandar terbesarnya pada akhir Mei. Kerajaan China telah berjanji untuk menyokong ekonomi. Pemulihan permintaan dari China mungkin akan melebihi bekalan jika tiada perubahan pada output. Akibatnya, harga minyak berpeluang untuk tembus lebih tinggi.

Akhir sekali, angka-angka yang dibentangkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada 2 Jun menunjukkan inventori minyak mentah AS merosot sebanyak 5.1 juta tong pada minggu lepas. Ia juga menaikkan harga minyak.

 Apa yang boleh mendorong harga minyak turun?

Satu-satunya perkara yang boleh mengubah trend minyak sekarang ialah permintaan dari China. Jika sekatan lockdown baharu dikenakan, harga minyak akan menjadi lebih rendah. Juga, berita dari Rusia dan Ukraine juga boleh memberi kesan kepada harga minyak.

Aras-aras untuk XBRUSD dan XTIUSD

Harga Brent (XBRUSD) telah didagangkan dalam pola baji menaik (ascending wedge). Jika ia menembus naik melepasi aras $120, sasaran seterusnya akan terletak di $123. Selepas melepasi tahap ini, pembeli berpotensi tinggi akan menguji semula paras tertinggi 8 Mac di $130. Di bahagian bawah, sokongan pertama terletak di $110.20

XBRUSDDaily.png

Bagi XTIUSD, sasaran pertama untuknya di carta harian terletak di $120. Aras penting seterusnya terletak di $124. Sokongan untuk WTI terletak di $120.

XTIUSDDaily.png

Jika anda ingin dagangkan minyak di FBS, ikuti langkah-langkah mudah ini:

  1. Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun aplikasi FBS Trader atau Metatrader 5.
  2. Buka akaun di FBS Trader atau akaun MT5 di Laman Peribadi anda.
  3. Mula berdagang!

Serupa

Mengapa rali harga minyak di dalam bahaya?
Mengapa rali harga minyak di dalam bahaya?

Ya, harga minyak sedang terbakar menyala-nyala sekarang, dan, akibatnya, inflasi semakin memanas di seluruh dunia. Namun begitu, momentum kenaikan harga minyak sedang terancam.

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera