Masih Awal Minggu, Tetapi Harga Minyak Tak Menetu

Masih Awal Minggu, Tetapi Harga Minyak Tak Menetu

2023-01-30 • Dikemaskini

Harga minyak dibuka lebih tinggi pada awal minggu sebelum keuntungan yang diraih mula berkurangan di tengha-tengah kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat OPEC. Pada pembukaan sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada $87 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat stabil pada $80 setong. Kedua-dua penanda aras mencatatkan penyusutan kentara pada akhir minggu lalu, di mana dagangan Brent merosot sekitar 1.4% dan WTI AS pula susut 2.1%. Ini susulan laporan mengenai jangkaan bekalan minyak Rusia yang lebih tinggi, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap lebihan bekalan dalam pasaran. Muatan minyak dari pelabuhan Baltik Rusia diramalkan meningkat sebanyak 50% pada bulan ini berikutan penjualan cuba memenuhi permintaan kukuh di Asia. Dalam pada itu, pelabur kini menantikan mesyuarat OPEC+ pada hari Rabu (1 Februari ). Kumpulan itu dijangkakan secara meluas akan mengekalkan dasar pengeluaran minyak semasa tidak berubah. Pelabur juga mengharapkan pemulihan permintaan yang kuat dari China selepas berakhirnya musim cuti perayaan Tahun Baru China. Pada hari Sabtu, kabinet China berjanji untuk menggalakkan pemulihan penggunaan sebagai pemacu utama ekonomi dan meningkatkan import.

China Gagal Rangsang Reaksi Mata Wang

Pegerakan mata wang kekal tidak menentu apabila melangkah masuk ke sesi Eropah walaupun terdapat faktor positif dari pembukaan semula pasaran di China selepas seminggu bercuti. China pada hujung minggu telah berjanji untuk menggalakkan pemulihan penggunaan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan peningkatan import negara itu. Ini membantu mata wang yuan didagangkan lebih kukuh pada pembukaan pasaran hari ini susulan laporan yang menunjukkan perjalanan domestik dan perbelanjaan pulih dengan kentara sepanjang minggu lalu. Walaupun begitu, dolar Aussie dan New Zealand yang sensitif kepada ekonomi China, gagal mempamerkan peningkatan daripada sentimen tersebut,sebaliknya didagangkan merosot berbanding US dolar.

TEKNIKAL ANALISA ( XTIUSD )XTIUSDDaily.png

Pasangan matawang ini dilihat berpotensi akan membuat kenaikan sementara untuk mencari paras Rintangan 84.60 - 86.20 dan di jangka akan membuat penurunan sementara untuk mencari Sokongan terdekat 81.30 jika harga semasa berjaya menembusi Sokongan tersebut maka jangkaan kami harga semasa akan memebuat penerjunan lagi untuk menguji Sokongan seterusnya berada di sekitar harga 79.10.

TEKNIKA ANALISA ( XBRUSD )

XBRUSDDaily.png

Jika harga semasa membuat kenaikan untuk mencari Rintangan terdekat berada di paras harga 92.00 - 93.20 kami menjangka harga semasa akan membuat penerjunan semula untuk mencari Sokongan terdekat berada disekitar harga 89.00 jika harga semasa berjaya menembusi Sokongan tersebut maka harga semasa akan membuat penerjunan lagi untuk menguji Sokongan seterusnya berada di harga 85.80.

Serupa

Pasaran Minyak Gempar UAE Nak Tinggalkan OPEC!
Pasaran Minyak Gempar UAE Nak Tinggalkan OPEC!

Pasaran minyak mentah digegarkan oleh laporan bahwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempertimbangkan untuk keluar daripada pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) Ini susulan laporan Wall Street Journal yang memetik kenyataan pegawai Emirati…

Ulasan trend matawang penghujung tahun 2020
Ulasan trend matawang penghujung tahun 2020

Tahun 2020 akhirnya melabuhkan tirainya. Akhirnya. Mari kita lihat apa yang berlaku di pasaran Forex sepanjang tahun berkenaan dan cuba mencari tahu apa yang mungkin berlaku pada tahun berikutnya.

Berita terkini

Akhirnya! Silicon Valley Bank Ada Pemneli
Akhirnya! Silicon Valley Bank Ada Pemneli

Menjelang masuk ke sesi Eropah, pasaran mata wang dilihat kekal bergerak perlahan dengan kebanyakan mata wang utama terus berlegar pada sekitar harga yang sama…

Pasaran 'Slow', Macam Mana Nak Trade?
Pasaran 'Slow', Macam Mana Nak Trade?

First Citizens BancShares sedang dalam perbincangan untuk mengambil alih Silicon Valley Bank (SVB), lapor Reuters yang memetik kenyataan orang yang mengetahui perkara ini…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera