Saham-saham AS telah menunjukkan prestasi setengah tahun pertama yang terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun kesan dari percubaan Fed untuk mengawal inflasi dan kebimbangan tentang kemelesetan.
Novavax Sedang Diserang
2021-10-22 • Dikemaskini
Novavax cuba menyiapkan lebih dari 2 bilion dos vaksin, tetapi kempen ini sekarang tertunda terlalu parah lantaran dari kelewatan pengeluaran. Adakah itu petanda untuk jual bagi para pelabur?
Rancangannya terlalu besar
Novavax (NVAX), pengedar vaksin dunia menggantungkan harapan mereka pada syarikat-syarikat A.S. untuk membekalkan lebih daripada 2 bilion dos kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana sebelum penghujung 2022. Sekiranya berjaya, syarikat ini akan memainkan peranan yang penting dalam perjuangan menentang Covid-19.
Tetapi kempen ini telah tertangguh dengan signifikan lantaran dari kelewatan pengeluaran dan kini berkemungkinan kekurangan lebih dari 1 bilion dos kerana pembekal utama menghadapi rintangan yang besar dalam membuktikan bahawa ia dapat menghasilkan dos yang memenuhi standard kualiti pengawal selia.
Kerajaan A.S. melaburkan $1.6 bilion pada Novavax pada tahun 2020 – amaun terbesar diperuntukkan untuk mana-mana pembuat vaksin pada masa itu – dengan harapan ia akan menawarkan kepada dunia satu lagi pilihan untuk vaksin yang selamat dan berkesan untuk membantu melindungi manusia dari Covid-19. Tetapi syarikat itu terus-menerus menghadapi masalah pengeluaran. Kaedah yang digunakannya untuk menguji tahap ketulenan vaksin tidak memenuhi piawaian pengawal selia dan syarikat itu gagal membuktikan bahawa ia dapat menghasilkan suntikan vaksin yang berkualiti tinggi.
Satu lagi masalah besar lain ialah tahap ketulenan yang telah ditetapkan oleh FDA gagal dicapai oleh Novavax. Syarikat ini hanya mampu mencapai sekitar 70% ketulenan dalam setiap batch vaksin, di mana syaratnya adalah 90%.
Bagaimana dengan sahamnya?
Jatuh lebih dari 50% sejak 24 September, carta harga NVAX masih kelihatan bearish. Memandangkan masalah pengeluaran dan pengedaran vaksin yang dihadapi, kami menganggap syarikat itu akan merudum lebih jauh lagi. Ini bermakna aras sokongan sekarang bukanlah titik yang penting: harganya boleh bertindak balas terhadap aras tersebut tetapi ia mungkin akan meneruskan downtrend sedia ada. Jangan lupa untuk mengaut keuntungan di aras-aras ini.
Carta harian Novavax
Sokongan: 120.0; 103.0; 78.0
Rintangan: 160.0; 190.0; 260.0
Serupa
Menjelang bulan April, para pelabur sedang mencari peluang terbaik dalam pasaran saham. Terdapat dua industri yang berkembang pesat yang kelihatan positif untuk jangka masa terdekat; saham-saham kenderaan elektrik (EV) dan perbankan.
Apa yang akan terjadi? Walmart, sebuah syarikat peruncitan multinasional Amerika, akan membentangkan laporan perolehannya untuk suku keempat pada 17 Februari sebelum pasaran saham dibuka (16:30 GMT+2)…
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…