Omicron Mengancam Pasaran, Tetapi...

Omicron Mengancam Pasaran, Tetapi...

2021-12-09 • Dikemaskini

Berita tentang mutasi Omicron tiba, membawa bersamanya jualan Black Friday yang terburuk di Wall Street sejak 1931. Bagaimanakah varian baharu boleh menjejaskan pasaran dan ekonomi nanti? Apakah hubungannya dengan inflasi dan kenaikan kadar faedah, dan bagaimanakah ia akan mempengaruhi perkara-perkara tersebut?

Apakah impak Omicron ke atas pasaran?

Buat julung-julung kalinya, pasaran bertindak balas secara rasional dan logik. Ya, penemuan varian baharu, yang mungkin lebih mudah menular, dan pengenaan sekatan perjalanan baharu dengan begitu segera oleh beberapa kerajaan mencetus ketidakpastian yang kuat tentang ekonomi global. Pasaran menyaksikan jualan besar yang tidak pernah dilihat sejak lewat 2020.

Walaupun pelabur sudah menerima normal baharu, di mana coronavirus tidak luput begitu sahaja tetapi masih dapat dikawal, gelombang penjualan untuk berjaga-jaga tetap berlaku dan pengambilan untung tidak dapat dielakkan.

Laporan awal yang mencadangkan bahawa Omicron mungkin kurang membawa maut dengan gejala yang ringan hingga sederhana, biarpun ia sangat mudah berjangkit dan merebak dengan cepat. Jika benarlah begitu, ia positif untuk pasaran. Jika kita boleh memastikan bahawa Omicron bukan satu ancaman yang besar, ini akan menjadi peluang untuk membeli ketika berlaku penurunan di pasaran saham dengan harga yang lebih rendah, terutamanya bagi saham-saham yang terkait dengan pembukaan semula ekonomi.

Bagaimanakah Omicron akan menjejaskan ekonomi?

Impak Omicron akan bergantung pada seberapa parah kesannya kepada manusia. Jika ia seperti varian Delta pada suku ketiga, Goldman Sachs menjangkakan KDNK global akan jatuh sebanyak 0.4% pada tahun 2022.

Penganalisis bank itu mengenal pasti empat senario bagi Omicron dan ekonomi. Senario "semboyan palsu" (false alarm), di mana Omicron merebak lebih perlahan daripada Delta dan kesan ekonominya adalah minimum. Senario "buruk", di mana Omicron merebak dengan lebih pantas daripada Delta tetapi tidak begitu membahayakan kesihatan dan mempunyai kesan ekonomi yang sederhana. Senario "buruk yang parah" , di mana Omicron ternyata lebih menular dan mematikan daripada Delta, yang membawa kepada gelombang lockdown baharu dan kemelesetan ekonomi yang besar. Yang terakhir, senario "baik", di mana Omicron merebak lebih pantas daripada Delta tetapi sangat-sangat kurang membawa maut supaya ekonomi global boleh berkembang, walaupun ia mengalami beberapa hambatan yang kuat.

Adakah Omicron akan memberi kesan kepada proses pengetatan dan kenaikan kadar?

Omicron melanda dunia hanya beberapa minggu sebelum bank pusat utama membuat keputusan tentang kenaikan kadar faedah, keputusan dasar yang terpenting buat mereka. Fed berkemungkinan akan mempercepatkan proses penarikan balik rangsangan dengan mengurangkan pembelian bon pada kadar yang lebih pantas daripada berkuat kuasa pada masa ini. Bank of England berkemungkinan akan menaikkan kadar, manakala Bank Pusat Eropah sedang merancang cara-cara untuk mengurangkan pembelian bon kecemasan di Zon Euro.

Bank pusat berlumba-lumba untuk mengawal inflasi, yang mencapai paras tertinggi selama tiga dekad di AS, yang tertinggi dalam sejarah bagi Zon Euro, dan melonjak ke paras tertinggi 10 tahun di UK.

Namun begitu, Omicron mungkin akan membuatkan bank pusat memikirkan semula masa dan takat kenaikan kadar yang harus mereka pertimbangkan lantaran dari keadaan yang sentiasa berubah. Pasaran telah pun mengambil kira jangkaan bahawa bank pusat akan mula menaikkan kadar pada tahun hadapan ke dalam harga (priced in).

Apakah yang akan dilakukan oleh Fed?

Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, telah menyatakan bahawa "peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini dan kemunculan varian Omicron menimbulkan risiko penurunan ke atas peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi serta meningkatkan ketidakpastian untuk inflasi". Ujar beliau lagi, "kebimbangan yang lebih besar tentang virus itu boleh mengurangkan kesediaan orang ramai untuk bekerja, yang akan memperlahankan kemajuan yang dicapai di pasaran buruh dan memperhebat gangguan rantaian bekalan." Oleh itu, Omicron dijangka akan menghalang Fed daripada membuat sebarang perubahan dasar di mesyuaratnya bulan ini. Kemunculan Omicron merumitkan proses membuat keputusan mengenai pengetatan dan kenaikan kadar.

Bagaimanakah impak Omicron terhadap inflasi dan krisis rantaian bekalan?

Impak Omicron terhadap inflasi setakat ini tidak jelas dan samar-samar. Ada dua naratif yang boleh tercapai, hanya satu daripadanya akan berlaku kerana kedua-duanya saling bertentangan.

Yang pertama ialah Omicron akan menyebabkan inflasi terus meningkat, kerana ia mungkin meningkatkan kebimbangan yang kita hadapi pada masa ini lantaran dari kesesakan rantaian bekalan yang menjejaskan pengeluaran, sekali gus menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Jika kita kembali kepada lockdown dan ekonomi menjadi perlahan, pertumbuhan dan pengeluaran akan jatuh semula dan masalah bekalan akan bertambah teruk, yang akan menyebabkan masalah inflasi tinggi berlarutan lebih lama.

Ekonomi maju mungkin tidak menerima kesan secara langsung daripada Omicron, tetapi mereka mungkin akan menerima bahang kesannya menerusi pihak lain. Kerana pengagihan vaksin yang tidak sama rata di negara membangun, ekonomi-ekonomi ini tidak pulih sebaik ekonomi-ekonomi utama. Negara membangun adalah teras rantaian bekalan yang penting untuk ekonomi global. Oleh itu, kadar vaksinasi yang perlahan di sana berbahaya untuk kestabilan ekonomi dunia kerana ia menghalang pemulihan aktiviti ekonomi di negara membangun, yang menjejaskan rantaian bekalan. Dengan penemuan Omicron dan kadar vaksinasi yang perlahan yang berterusan, komoditi dan bahan mentah akan terus berkurangan, dan ini mungkin mendorong harga komoditi penting di negara Barat semakin tinggi.

Naratif kedua ialah inflasi akan menurun akibat dari peningkatan kebimbangan mengenai Omicron, kerana permintaan akan menurun semula apabila keyakinan pengguna semakin lemah dan mereka tinggal di rumah kerana takut dijangkiti. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas kilang dan penyedia perkhidmatan serta menurunkan harga dan inflasi.

MULA BERDAGANG

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera