
USD kekal didagangkan stabil pada paras tertinggi 10 bulan pada sesi Eropah walaupun kenaikan yang dicatatkan sudah terhenti…
2021-10-04 • Dikemaskini
Gabenor Bank Jepun, Encik Kuroda, mengatakan bahawa ekonomi Jepun akan terus memulih dan mungkin mencapai tahap pra-pandemi pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Tetapi kurang dari seminggu yang lalu kita telah mendengarkan banyak penyataan yang bertentangan dari beliau. Apa yang sedang berlaku dengan ekonomi Jepun dan adakah zaman gelap JPY sudah bermula? Sudah tiba masanya untuk kita selidik!
Setahun setengah yang lalu, pada tahun 2020, ketika darurat pertama diisytiharkan, KDNK sebenar Jepun turun sekitar 10% dibandingkan dengan tahap pra-pandemik, dan pelbagai aktiviti ekonomi telah terjejas. Sejak itu ekonomi Jepun cuba untuk pulih - dalam masa enam bulan setelah pandemik bermula, KDNK sebenar telah pulih kembali sebanyak 60% dari kemerosotannya – namun setelah itu, rentak pemulihan secara beransur-ansur telah memperlahan. Bahkan sekarang aktiviti ekonomi di Jepun berada di bawah tahap pra-pandemik, tanpa tanda-tanda keadaan akan bertambah baik.
Sekalipun kita melihat data yang lebih positif (PMI, eksport, dan pengeluaran), Jepun sukar menyaingi kejayaan Eropah dan Amerika Syarikat. Penutupan kilang Asia lantaran dari pandemik mungkin hanya sementara dan dapat diperbaiki dalam beberapa bulan mendatang, tetapi perbelanjaan modal meningkat di sektor korporat.
Langkah pemulihan yang perlahan adalah sebab mengapa BOJ mengekalkan kadar faedah pada tahap semasa dan melakukan lebih banyak langkah tindak balas terhadap Covid-19. Sebagai contoh, pembelian surat perdagangan dan bon korporat akan ditetapkan sekitar 20 trilion yen ($180 bilion), maksimum (jumlah sebelumnya sekitar 5 trilion yen ($45 bilion)). BOJ melanjutkan tempoh program sokongan sehingga akhir Mac 2022. Kuroda mengatakan bahawa ekonomi Jepun akan terus memulih dan dapat mencapai tahap pra-pandemik pada akhir tahun ini atau awal tahun 2022.
Dengan penggunaan yang lemah dan inflasi jauh di bawah sasaran 2%, BOJ akan mengekalkan program rangsangannya gergasinya walau apa pun dasar kerajaan baru. Selain itu, untuk mencapai dan mengekalkan sasaran inflasi, BOJ akan memandu kadar faedah jangka pendek ke -0.1% dan kadar jangka panjang ke sekitar sifar. Itu memberikan lebih banyak tekanan ke atas yen.
Dari aspek teknikal, tidak ada yang perlu dibimbangkan: downtrend JPY tidak akan berhenti dalam masa terdekat ini. USD bertenaga dan kini sedang cuba menamatkan pengukuhan selama setengah tahun. Tidak kira ada atau tiada pullback, yen akan jatuh.
Carta harian USD/JPY
Rintangan: 112.2; 113.2; 116.2
Sokongan: 111.7; 111.0
USD kekal didagangkan stabil pada paras tertinggi 10 bulan pada sesi Eropah walaupun kenaikan yang dicatatkan sudah terhenti…
Emas didagangkan sedikit berubah pada pembukaan dagangan awal minggu ketika USD meneruskan pengukuhan susulan Federal Reserve (Fed) yang hawkish…
Kedua-dua mata wang Pound dan Yen yang terkesan dengan keputusan mesyuarat bank pusat pada minggu lepas memaparkan arah yang jelas pada pergerakan harga di carta pasangan GBPJPY…
Pada sesi New York semalam diterbitkan bacaan akhir pertumbuhan ekonomi AS untuk suku kedua…
Harga emas terus mengalami kejatuhan sehingga mencecah paras terendah enam bulan pada hari Jumaat…
Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde, dalam ucapan beliau yang terbaru memberi penekanan bahawa kadar pinjaman akan kekal tinggi selama yang diperlukan untuk mengawal harga walaupun ekonomi menghadapi kesulitan…
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!