Penangan CPI AS, EURUSD Mencacak Hampir 200pips!

Penangan CPI AS, EURUSD Mencacak Hampir 200pips!

2023-11-15 • Dikemaskini

Seperti yang dijangka, data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang baru diterbitkan semalam telah memberikan impak yang besar terhadap pergerakan pasaran mata wang.

Bacaan inflasi tahunan AS untuk Oktober memperlahan kepada 3.2%, lebih rendah berbanding ramalan 3.3%, menurun daripada bacaan 3.7% pada September.

Ini telah menguatkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan memperlahan dasar mereka dan kenaikan kadar faedah dijangka tidak akan berlaku pada mesyuarat Disember nanti.

USD ketara melemah pada sesi New York, membuka ruang yang besar untuk mata wang utama lain menguat, terutamanya Euro.

Seperti yang diperhatikan pada carta pasangan mata wang EURUSD semalam, telah melonjak pada sesi New York ketika pasaran bertindakbalas terhadap data inflasi yang diterbitkan.

Analisis Teknikal (EURUSD)

EURUSDDaily.png

Pasangan mata wang EURUSD pada hari ini dilihat dalam perjalanan menuju Rintangan terdekat 1.09650-1.09870. Dan setelah itu ia dijangka akan membuat penurunan secara berperingkat mencari Sokongan terdekat 1.08950. Jika harga berjaya menembusi Sokongan tersebut maka harga akan membuat penurunan lagi untuk menguji Sokongan seterusnya di 1.08210.

                                                         TRADE BERSAMA FBS

Serupa

  Isu Kadar Faedah! ECB Panetta Nyatakan Amaran Kepada ECB
Isu Kadar Faedah! ECB Panetta Nyatakan Amaran Kepada ECB

Fabio Panetta, Gabenor Bank of Italy yang baru, memberi amaran kepada hari Khamis bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) seharusnya tidak melakukan “kerosakan yang tidak perlu” kepada ekonomi dan stabiliti kewangan melalui kadar faedah yang tinggi secara…

GBPUSD Merangkak Perlahan Di ‘Pucuk’ $1.2700
GBPUSD Merangkak Perlahan Di ‘Pucuk’ $1.2700

Menyelamatkan USD daripada terus merosot lebih parah, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) untuk suku ketiga catat angka yang meningkat bagi bacaan kedua kepada 5…

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera