Koin Shiba Inu: lebih daripada sekadar hype, bukan?

Koin Shiba Inu: lebih daripada sekadar hype, bukan?

2022-12-15 • Dikemaskini

Sesetengah matawang kripto, seperti Bitcoin atau Ethereum, sangat berguna dan memberikan nilai sebenar kepada dunia. Selain daripada itu, seperti Litecoin atau koin Binance, digunakan untuk pembangunan teknologi yang lebih pantas atau digunakan sebagai token pertukaran natif. Tetapi kami tidak akan bercakap tentangnya pada hari ini. Terdapat pelbagai matawang kripto, yang dicipta sebagai satu jenaka dan subjek kita pada kali ini adalah salah satu daripadanya. Memperkenalkan Shiba Inu, atau SHIB!

Kisah Shiba

Ia bermula pada tahun 2013. Selepas Bitcoin dicipta, terdapat berdozen-dozen projek lain mencuba untuk turut serta dan menawarkan pelbagai teknologi dan penyelesaian dalam percubaan jangka panjang untuk menjadi terkenal. Dan diantaranya, terdapat Dogecoin. Anda semestinya tahu berkenaan DOGE. Koin meme ini dicipta sebagai satu jenaka, hanya untuk mengusik peminat matawang kripto dan Bitcoin. Tetapi hari untuk DOGE telah tiba apabila Elon Musk mula mengiklannya tanpa henti. Dalam kurang daripada setahun permodalan pasaran Dogecoin telah mencapai $81 bilion.

Dogecoin telah memulakan trend yang aneh tetapi sangat menarik terhadap koin-koin bernama haiwan.

Pertama, terdapat Nyancoin, yang mewakili meme terkenal dunia kucing Nyan.

Nyan cat.jpg

Kedua, Pandacoin, yang dicipta di China dan dilancarkan pada Hari Valentine - 14 Februari.

Panda.jpg

 Dan hero kita pada hari ini: koin Shiba Inu.

Shib.jpg

Apakah itu koin Shiba?

Dilancarkan pada Ogos tahun 2020 oleh individu tanpa nama yang hanya dikenali sebagai Ryoshi, Shiba Inu merupakan pencabar kepada Dogecoin sejak dari mula lagi. Maskot mereka — nama koin tersebut berasal daripada anjing daripada baka Jepun — yang juga maskot untuk Dogecoin, yang mana bermula sebagai jenaka berdasarkan meme Internet yang viral.

imgonline-com-ua-Resize-XQlY0HWUuuGsmk.jpg

Shiba Inu (SHIB), juga dikenali secara tidak rasmi dengan nama Token Shiba, satu matawang kripto tidak berpusat yang dicipta pada Ogos 2020 oleh individu tanpa nama yang hanya dikenali sebagai "Ryoshi". Koin Shiba Inu telah dilancarkan kurang daripada satu tahun dan telah dinamakan bersempena baka anjing dan menganggap mereka sebagai “Pembunuh Dogecoin.”

Seperti matawang kripto yang lain, Shiba Inu adalah berasaskan blockchain Ethereum. Ryoshi memulakannya dengan membekalkan 1 quadrillion token — ia adalah 1,000 kuasa lima. Kemudian Ryoshi mengunci separuh daripada token tersebut di dalam protokol kewangan tidak berpusat yang dikenali sebagai Uniswap dan “membakar” separuh lagi, bernilai $1 bilion, kepada pengasas bersama Ethereum Vitalik Buterin untuk keselamatan. Kemudian Buterin mendermakan trilion koin Shiba Inu ke India untuk membantu membendung penularan COVID-19 — ia merupakan sumbangan terbesar matawang kripto dalam sejarah — sebelum “ 40% daripada jumlah bekalan kepada “dead wallet.”

Tidak seperti Bitcoin, yang mana sedang didagangkan pada paras sekitar $46 000 untuk satu koin (setakat 10 September 2021), Shiba Inu adalah lebih murah — lebih kurang $0.00000671 untuk setiap token. Logiknya adalah koin yang lebih murah akan menarik minat kumpulan sasar yang lebih besar. Sebagai perbandingan, Dogecoin, didagangkan lebih mahal iaitu 26 sen.

Terdapat beberapa lagi koin di dalam ekosistem Shiba: LEASH, yang mana terhad kepada 107 646 token, dan BONE, yang mempunyai 250,000,000 token, dan “direka untuk memenuhi bekalan pengedaran antara dua token sebelumnya ” (seperti yang dinyatakan oleh Ryoshi).

Apa yang boleh dijangkakan daripada Shiba?

Sekarang, kita dapat melihat SHIB bergerak di dalam saluran dengan sempadan pada $0.00000935 dan $0.00000550. Baru-baru ini, SHIB telah disenaraikan sebagai salah satu pertukaran matawang kripto paling berpengaruh – Coinbase. Kebiasaannya, pasaran menjangkakan ia adalah petunjuk bullish oleh disebabkan kenaikan populariti. Saya tidak akan terlalu yakin. Menjadi perkara biasa bagi kripto untuk menjunam dengan mendadak selepas muncul di Coinbase.

Carta harian SHIB/USDT

Sokongan: 0.00000550, 0.00000400

Rintangan: 0.00000935, 0.000001200

imgonline-com-ua-Resize-hV6emK25JyY8x.jpg

Lagipun, mengapa tidak? Shiba berpeluang mempunyai nasib sama seperti dogecoin. Dikenali seluruh dunia dan pasaran kripto yang sangat bullish (dari semasa ke semasa), SHIB boleh menjadi calon berikutnya untuk membuat pergerakan “to the moon”. Dan sentiasa berwaspada, SHIB ialah koin meme! Ia tidak melakukan apa-apa yang berguna atau bertindak seperti mempunyai pertimbangan akal. Sila fahami risiko dan sentiasa berhati-hati dengan pelaburan begini. Tetapi ganjarannya boleh menjadi sangat menakjubkan. Dogecoin telah meningkat sebanyak 110 000% dalam kurang daripada setahun, mengapa tidak Shiba?

Tidak tahu bagaimana caranya untuk berdagang kripto? Berikut ada beberapa langkah mudah.

  1. Pertama sekali, pastikan anda memuat turun aplikasi FBS Trader atau  Metatrader 5. FBS membolehkan anda berdagang saham hanya melalui perisian ini.
  2. Buka  akaun di FBS Trader atau akaun MT5 di  laman peribadi anda.
  3. Mula berdagang!

Serupa

Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan
Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan

Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda sesuatu strategi perdagangan yang tidak memerlukan volum, indikator teknikal dan pola harga. Segala-galanya yang anda perlukan ialah kepekaan terhadap aksi harga. Selamat datang ke tutorial tentang Imbalance (Ketidakseimbangan).

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera