Pelaburan Terhebat dalam 100 tahun yang lepas

Pelaburan Terhebat dalam 100 tahun yang lepas

2023-01-16 • Dikemaskini

Tempoh 100 tahun yang lepas telah menyaksikan banyak kemajuan dan perubahan yang ketara dalam dunia pelaburan. Daripada peningkatan teknologi dan Internet kepada penciptaan produk dan strategi pelaburan baharu, pelabur mempunyai banyak kesempatan untuk memanfaatkan peluang yang pasaran tawarkan kepada mereka. Pakar FBS ingin menunjukkan kepada anda trend yang paling hebat serta meluaskan pemahaman pasaran anda melalui artikel ini. Anda akan menjumpai banyak rujukan dan pola yang serupa apabila pasaran dirungkai dengan selanjutnya.

1960-an dan Nifty Fifty

Nifty Fifty ialah sekumpulan 50 saham cip biru dengan rekod pertumbuhan yang tinggi dan popular dalam kalangan pelabur pada tahun 1960-an. Kebanyakan saham ini dikaitkan dengan industri baharu dan inovatif seperti teknologi dan penjagaan kesihatan yang telah berkembang dengan begitu pesat. IBM, Xerox dan McDonald’s adalah syarikat-syarikat yang mewakili pelbagai jenis industri yang dianggap menakjubkan pada tahun 1960-an.

Ia dikenali sebagai saham “one-decision” kerana pelabur telah diberitahu oleh individu seperti profesor Universiti Pennsylvania iaitu Jeremy Siegel bahawa pelabur boleh membeli dan memegang saham ini untuk selama-lamanya. Walau bagaimanapun, pedagang yang bijak akan sentiasa mengetahui bahawa setiap aset cenderung untuk mengalami pembetulan selepas rali.

Hasil daripada pertumbuhan besar dalam saham-saham “cip biru tahun 60-an” adalah lebih tinggi berbanding nisbah P/E biasa. Nisbah ini menunjukkan hubungan antara nilai pasaran semasa syarikat dan pendapatan syarikat tersebut. Jika nisbah P/E terlalu tinggi, seperti yang dialami oleh Tesla pada awal 2021 (1102), maka pelabur sudah tentu akan terlebih menilai harga saham syarikat itu juga. Dibandingkan dengan situasi ini, P/E yang neutral dalam industri teknologi hanyalah sekitar 25-30 sahaja.

1.png

Nisbah P/E Tesla

1970-an, komoditi dan stagflasi

Uptrend Nifty Fifty telah berakhir pada awal 1970-an, suatu tempoh bila mana inflasi mencapai tahap yang tertinggi, konflik minyak, dan era di mana Rizab Persekutuan telah mengumumkan dua mandatnya.

2.jpg

Sumber: YCharts

Selepas itu, tibalah masa untuk pasaran baharu muncul melangkah masuk menyertai permainan. Banyak negara membangun, seperti India, mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun 1970-an, ini telah membolehkan pelabur untuk memanfaatkan pasaran yang sedang bertumbuh ini. Sebagai contoh, India menunjukkan purata pertumbuhan KDNK sebanyak 6-7% pada tahun 1970-an, menjadikan negara itu antara negara yang mempunyai prestasi terbaik.

3.png

Sumber: tradingeconomics

Bukan itu sahaja yang berlaku pada tahun 1970-an. Sebelum era itu, Perjanjian Bretton Woods telah menambat USD kepada emas dan memainkan peranan yang penting dalam pemulihan ekonomi pasca Perang Dunia II. Walau bagaimanapun, sistem itu mula gagal pada akhir tahun 1960-an disebabkan oleh ketidakseimbangan ekonomi global yang semakin meningkat dan ketidakupayaan AS untuk mengekalkan kadar pertukaran tetap antara dolar dan emas. Pada tahun 1971, AS telah memansuhkan piawai emas dan sistem Bretton Woods runtuh dengan efektif berikutan tindakan itu. Penamatan perjanjian tersebut telah menyebabkan harga minyak meroket naik justeru menjadikannya pelaburan yang terbaik dalam dekad tersebut.

4.png

Sumber: Bloomberg, data setakat 31 Oktober 2021

Salah satu idea pelaburan terhebat pada abad yang lepas ialah kemunculan industri teknologi. Banyak syarikat teknologi, seperti Apple, Microsoft dan Amazon, telah berkembang menjadi beberapa syarikat yang terbesar dan paling menguntungkan di dunia. Melabur dalam syarikat-syarikat ini dari awal, iaitu semasa fasa pertumbuhan syarikat, boleh menghasilkan pulangan yang bukan kepalang kepada para pelabur.

Tahun 1980-an, kebangkitan dan kejatuhan Jepun

Pasaran saham Jepun mengalami kenaikan dan kejatuhan yang ketara pada 1980-an, dengan peristiwa yang paling dramatik berlaku pada penghujung dekad tersebut. Pada akhir 1980-an, pasaran saham Jepun mengalami perkembangan pesat yang dikenali sebagai “ekonomi gelembung atau bubble economy,” yang didorong oleh spekulasi dan pertumbuhan ekonomi. Pada masa ini, harga saham melonjak ke paras tertinggi dan nilai hartanah serta aset lain juga meningkat secara mendadak.

Walau bagaimanapun, gelembung ini akhirnya pecah dan membawa kepada penurunan mendadak dalam harga saham dan kemelesetan dalam ekonomi Jepun. Kejatuhan pasaran saham pada tahun 1990 telah menghapuskan kekayaan bernilai berbilion dolar dan menyebabkan banyak syarikat muflis. Walaupun banyak usaha untuk merangsang ekonomi telah dilakukan, pasaran saham masih tidak pulih, dan indeks Nikkei 225 (JP225) kekal lebih rendah berbanding tahun-tahun 1980-an.

5.png

Sumber: FRED

Tahun 1990-an, era sebelum gelembung dot-com

Kemunculan Internet telah mencipta hype dan melahirkan syarikat-syarikat Internet yang lazim dipanggil oleh orang ramai sebagai syarikat dot-com. Pelabur mula menilai semua syarikat yang berkaitan dengan Internet dengan nilaian yang terlalu tinggi dan dunia mula berfikir bahawa syarikat-syarikat Internet ini akan terus berkembang dengan sangat pantas dan tanpa berhenti. Gelembung terbentuk pada akhir tahun 1990-an. Ketika ini, pasaran didorong oleh beberapa faktor lain termasuk ekonomi yang teguh dan kadar faedah yang rendah.

Walau bagaimanapun, gelembung ini akhirnya pecah dan membawa kepada penurunan mendadak harga saham dan kemelesetan ekonomi. Beberapa syarikat seperti AT&T, masih belum pulih sepenuhnya. Yang lain, contohnya Amazon, mengambil masa hampir 10 tahun untuk mencapai tahap tertinggi sepanjang masanya. Secara purata, indeks US100 (NASDAQ) telah kehilangan 83% daripada nilai pasarannya. Walau bagaimanapun, indeks tersebut kemudiannya tumbuh hampir 3000% di sepanjang dekad tersebut.

6.png

Sumber: tradingview

Pasaran baharu pada dekad 2000-an

Seperti yang anda boleh lihat, terlebih nilai adalah masalah biasa yang sentiasa mengekori pasaran hampir pada setiap dekad, yang membawa kepada risiko yang tinggi dan kerugian yang besar. Sejarah telah berulang dan pada tahun 2000-an, kita menyaksikan satu lagi era terlebih nilai. Kali ini, pasaran baharu muncul menjadi tumpuan.

Aliran besar pelaburan asing mengalir ke negara-negara membangun dengan risiko dan ganjaran yang lebih tinggi. Sebagai contoh, Rusia mendapat manfaat daripada harga minyak yang melambung tinggi, dan paras saham utamanya telah mencatatkan kenaikan sebanyak 880% di sepanjang dekad berkenaan, walaupun terdapat kejatuhan pasaran pada tahun 2008.

Satu lagi pasaran berkeberhasilan tinggi ialah Brazil dan dengan pertumbuhan melebihi 300% ialah pasaran India and China. Sementara itu, indeks US500 telah menamatkan dekad tersebut dengan penyusutan sebanyak beberapa peratus.

7.jpg

Sumber: Seeking Alpha

FAANG pada tahun 2010-an

Salah satu dekad terbaik untuk gergasi teknologi bermula pada tahun 2010. FAANG bermaksud Meta (dahulunya Facebook), Apple, Amazon, Netflix, dan Alphabet (“G” merujuk kepada Google). Walaupun akronim itu pertama kali dicipta dalam dunia kewangan, ia biasanya digunakan dalam bahasa sehari-hari untuk menggambarkan pemain utama dalam dunia teknologi Amerika.

Saham FAANG menguasai pasaran, dengan penerajunya, Netflix, tumbuh lebih 4100% dalam satu dekad. Pada masa yang sama, Apple telah menjadi syarikat pertama yang mencapai nilai pasaran $1 trilion pada tahun 2018. Kemudian, Apple telah menjadi syarikat pertama yang mencecah $3 trilion.

8.png

Syarikat-syarikat ini menunjukkan prestasi yang sangat baik sehingga pedagang runcit kini berpendapat pertumbuhan dalam FAANG akan kekal pantas pada tahun 2020-an. Walaupun begitu, pasaran mempunyai pendapat yang lain.

Kesimpulan dan tahun 2020-an

Dekad ini mempunyai banyak kisah yang akan terkuak satu persatu. Idea-idea pelaburan muncul bertalu-talu dengan krisis kewangan, stagflasi, ketegangan geopolitik dan konflik. Masa FAANG telah berlalu dan syarikat serta industri hebat yang lain akan bangkit serta berkembang maju.

Antara idea pelaburan terbaik dalam dekad ini yang boleh difikirkan ialah industri tenaga hijau, perlombongan uranium, teknologi blockchain dan pasaran Asia yang sedang pesat membangun seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.

Secara keseluruhannya, abad lepas telah menyaksikan banyak idea pelaburan hebat yang membolehkan pelabur mengembangkan kekayaan mereka dan mencapai matlamat kewangan mereka. Banyak yang boleh kita pelajari daripada sejarah. Paling penting, anda mestilah sentiasa beringat untuk mengawal risiko anda. Ia perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan pada setiap masa dan zaman.

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera