Top 3 saham untuk dibeli di bulan September

Top 3 saham untuk dibeli di bulan September

2022-12-16 • Dikemaskini

Anda mahu tahu syarikat mana yang boleh meroket di bulan September? Terimalah senarai ini dari kami! Top 3 saham yang paling berpotensi!

Walt Disney

The House of Mouse telah naik sedikit demi sedikit sepanjang tiga bulan terakhir ini. Bulan ini seharusnya menjadi bulan yang paling berjaya kerana pada minggu ini Disney mula menjual pas tahunan ke Disney World untuk pertama kali dalam masa lebih dari setahun. Syarikat ini telah menaikkan harganya dan mempunyai lebih banyak opsyen berharga premium berbanding sebelum ini. Anda masih ingat bagaimana Disney menggalakkan pelabur dengan seberapa pantas ia kembali mencatatkan keuntungan untuk segmen taman tema mereka di suku kedua? Suku kali ini akan menjadi lebih baik lagi!

Jika kita lihat pada carta, anda akan perasan bahawa harga saham Disney telah tembus ke atas aras pengunduran (retracement) 50% Fibonacci, di $185.00. Jika ia berjaya kekal di atas aras rintangan yang kuat ini, ia berpeluang untuk melonjak ke aras Fibo seterusnya di sekitar $190.00. Aras sokongan terletak di $180.00 dan $178.00.

DISNEYDaily.png

NVIDIA

NVIDIA terus menunjukkan kekuatan bagi semua segmen produk syarikat ini: dari AI ke analisis data dan permainan video, dan malah matawang kripto! Keputusan perolehan suku kedua Nvidia memberangsangkan. Pendapatan berkembang sebanyak 68% tahun ke tahun. Pada akhir bulan Ogos, NVIDIA telah melancarkan NVIDIA AI Enterprise, perisian yang menawarkan lebih banyak perkakasan AI dari sebelum ini. Kedudukan hadapan NVIDIA dalam segmen AI bagi pasaran perkomputeran awan yang pesat berkembang mampu menggandakan harga semasa sahamnya.

Jangan terkeliru bila anda lihat pada carta. NVIDIA baru-baru ini telah membuat pecahan saham (stock split). Peluang yang besar bagi para pelabur untuk membeli saham syarikat ini pada harga yang lebih rendah. Jika NVIDIA menerobos aras tertinggi baru-baru ini di $230.00, ia akan melonjak ke angka bulat seterusnya di $250.00. Aras sokongan terletak di $210.00 dan $190.00.

* Pecahan saham adalah apabila syarikat membahagikan setiap unit saham yang sedia ada menjadi beberapa unit saham baru untuk menjadikan harga setiap unit lebih rendah. 

NVIDIADaily.png

Apple

Bulan September boleh menjadi bulan yang penting bagi Apple kerana biasanya ia akan melancarkan versi terbaru iPhone sekitar masa ini. Acara ini akan mencetus satu lagi gelombang pertumbuhan jualan bagi syarikat ini. Ekosistem iPhone merangkumi aplikasi, peranti tambahan, dan perkhidmatan lain yang turut meningkatkan lagi pertumbuhan keseluruhan Apple. Ketersediaan rangkaian berkelajuan tinggi 5G yang lebih meluas terus meningkatkan permintaan untuk iPhone baru. 

Mari kita tinjau cartanya! Apple kini berada di paras tertinggi sepanjang masa. Jalan menuju ke aras psikologi $160.00 kini terbuka. Jika harga melonjak melepasinya, ia boleh terus berarak naik ke nombor bulat seterusnya $165.00. Aras sokongan berada di $155.00 dan $150.00.

APPLEDaily.png

Tidak tahu cara untuk berdagang saham? Berikut ada beberapa langkah mudah.

  1. Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun  app FBS Trader  atau  Metatrader 5.  FBS membolehkan anda berdagang saham hanya menerusi perisian-perisian ini.
  2. Buka  akaun di  FBS Trader  atau   akaun MT5 di dalam  laman peribadi anda.
  3. Mula berdagang!

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera