UK: Bukan Lagi Ekonomi Terkemuka

UK: Bukan Lagi Ekonomi Terkemuka

2022-08-17 • Dikemaskini

Keadaan semasa sangat teruk, namun masa depan lebih buruk lagi untuk United Kingdom. Adakah pound British mampu menghadapi cabaran yang menanti ekonomi UK, atau adakah ia akan runtuh?

Ada berbagai-bagai masalah di UK: krisis inflasi, ketidakstabilan politik selepas pemergian Perdana Menteri Boris Johnson, kegawatan perdagangan akibat Brexit dan pandemik COVID-19, dan kenaikan harga tenaga yang tidak dapat diramalkan akibat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Menurut penganalisis Saxo Bank, faktor-faktor negatif yang disenaraikan di atas menjadikan ekonomi British kelihatan seperti ekonomi dunia membangun dan bukannya ekonomi yang keenam terbesar di dunia.

Faktor-faktor negatif untuk ekonomi UK

1. Britain berada di ambang kemelesetan yang parah

Bank of England telah memberi amaran bahawa ekonomi Britain akan memasuki kemelesetan yang paling berpanjangan sejak krisis kewangan global 2008 pada suku keempat 2022, dengan KDNK jatuh 2.1%. Inflasi juga akan memuncak dan melepasi 13% di bulan Oktober.

Lebih teruk lagi, bank pusat itu tidak menjangkakan pemulihan yang pantas daripada kemelesetan dan menjangkakan pertumbuhan KDNK di bawah 1.75% sehingga pertengahan 2025.

2. Inflasi melakukan kepada UK apa yang tidak dilakukan oleh Brexit

BoE melihat bahawa inflasi UK akan memuncak di kadar 13.3% pada bulan Oktober, jauh melepasi 11% yang dijangkakan sebelum ini. Inflasi akan kekal tinggi hampir sepanjang tahun 2023 sebelum kembali ke aras sasaran 2% pada tahun 2025.

Setakat ini, BoE telah menaikkan kadar enam kali berturut-turut dalam percubaan yang terdesak untuk mengawal inflasi. Kenaikan terkini sebanyak 50 mata adalah kenaikan paling ketara sejak bank itu bebas daripada kerajaan British pada 1997.

3. Ketidakstabilan politik menghantui Britain

Perdana Menteri Britain yang baharu akan diumumkan pada 5 September, selepas Boris Johnson meletakkan jawatan lantaran beberapa siri skandal dan peletakan jawatan besar-besaran dalam kerajaannya. Calon konservatif Liz Truss dan Rishi Sunak kini bersaing untuk mendapatkan jawatan tersebut.

4. Harga tenaga melonjak akibat perang di Ukraine

Had harga tenaga UK akan dinaikkan lagi sebanyak 70% di bulan Oktober, meningkatkan bil tenaga kepada lebih daripada £3,400 ($4,118) setahun.

Kenaikan harga minyak dan gas adalah pendorong utama krisis inflasi di Britain. Harga gas telah mencapai paras rekod berikutan gangguan bekalan yang disebabkan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan Rusia memotong bekalan gas ke Eropah.

5. Kegawatan perdagangan

Terdapat risiko perang perdagangan antara Britain dan EU berhubung Protokol Ireland Utara. Jika rang undang-undang Protokol Ireland Utara menjadi undang-undang di UK, Eropah akan melawan balik. Akibatnya, ini akan memburukkan lagi kesan negatif Brexit.

Sterling menyelamatkan Britain walaupun ia lemah

Satu-satunya perkara yang menghalang ekonomi British daripada berubah sepenuhnya menjadi ekonomi membangun ialah ketiadaan krisis matawang.

Krisis matawang ialah sejenis krisis kewangan yang diikuti dengan penurunan nilai matawang negara secara mendadak. Walau bagaimanapun, matawang sterling kekal stabil walaupun dengan pelbagai peristiwa ekonomi yang telah terjadi kebelakangan ini, terutamanya Brexit dan pandemik koronavirus.

GBPUSDWeekly.png

Namun, pound mungkin akan kembali ke paras terendah berbanding dolar AS sejak Mac 2020, jatuh di bawah $1.20 tidak lama lagi. Sterling akan bergelut berbanding dolar apabila prospek ekonomi untuk UK semakin suram, manakala AS menikmati pasaran buruh yang kukuh dan inflasi yang semakin mereda.

LOG MASUK

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera