Musim Sejuk Seterusnya dan Harga Tenaga Yang Membara. Apa yang Eropah akan lakukan?

Musim Sejuk Seterusnya dan Harga Tenaga Yang Membara. Apa yang Eropah akan lakukan?

2022-09-06 • Dikemaskini

Gas asli adalah tiang seri ekonomi Eropah. Jika kebanyakan negara di dunia sedang bergelut dengan kenaikan harga tenaga, Eropah sedang menerima serangan yang paling sengit di kalangan kita. Harga gas asli dan elektrik telah meningkat ke tahap "mengarut", meningkatkan tekanan kepada pengguna dan perniagaan di seluruh EU. Apabila krisis tenaga semakin memburuk, inflasi melonjak pada bulan Ogos kepada 9.1% di Zon Euro, memaksa pemimpin Eropah untuk meningkatkan rancangan menyelamat dan langkah-langkah kecemasan untuk menyelamatkan pengguna daripada keperitan ekonomi yang dahsyat pada musim sejuk yang akan datang.

Bagaimana Kesatuan Eropah akan campur tangan untuk menenangkan harga gas?

EU merancang untuk campur tangan dalam pasaran secara langsung dalam jangka pendek untuk membendung peningkatan kos tenaga isi rumah dan perniagaan, mengancam untuk mendorong ekonomi kawasan Euro ke dalam kemelesetan yang mendalam.

Suruhanjaya Eropah sedang mengusahakan usul tergempar yang tidak dinyatakan untuk menurunkan kos tenaga pada musim sejuk ini, menjelang mesyuarat menteri-menteri tenaga EU pada 9 September. Sementara itu, usaha untuk mengisi loji-loji penyimpanan berjalan lebih cepat daripada yang dirancang, memberikan sedikit kelegaan dan meningkatkan peluang Eropah untuk mengharungi musim sejuk dengan bekalan yang mencukupi.

gdp.png

Apakah tindakan yang dicadangkan?

  1. EU bersetuju pada akhir Julai untuk mengurangkan penggunaan gas sebanyak 15% pada musim sejuk ini berbanding paras purata 2017-2021. Penggunaan gas di Eropah pada separuh pertama Ogos adalah 11% lebih rendah. Penggunaan gas di Jerman jatuh 21% pada bulan Julai berbanding purata 2018-2021.
  2. Jerman telah memperkenalkan beberapa langkah untuk menjimatkan tenaga. Ia berkuat kuasa bulan ini, termasuk larangan ke atas kolam renang persendirian yang dipanaskan dengan gas, pengurangan pencahayaan untuk mercu tanda awam, dan larangan ke atas kedai yang dipanaskan sepanjang hari. Untuk terus hidup, Jerman perlu mengurangkan penggunaan gas sebanyak 20 hingga 25% pada musim sejuk ini.
  3. Sebaliknya, Jerman bersedia untuk mempertimbangkan had harga Eropah untuk gas, langkah yang sebelum ini dibantah oleh Eropah, tetapi kini ia berbeza.
  4. Britain sedang berusaha untuk membuka semula prasarana penyimpanan gas terbesar di UK.

europe.png

Adakah mengisi simpanan gas asli mencukupi untuk menjamin ketersediaan bahan api pada musim sejuk?

EU sedang berada di landasan yang betul dalam memenuhi sasaran prasarana penyimpanan gasnya. Negara-negara anggota akan melepasi sasaran mereka untuk mempunyai storan yang 80% penuh menjelang November, dengan prasarana simpanan Eropah secara purata terisi 79.9%.

Tetapi penganalisis memberi amaran bahawa faktor terbesar dalam mendapatkan tenaga pada musim sejuk ini adalah dengan memotong penggunaan untuk memastikan bahan api yang disimpan dapat bertahan untuk menempuh bulan-bulan yang lebih sejuk. Mengurangkan permintaan akan menjadi lebih penting daripada penyimpanan. Jika negara-negara tersebut gagal, prasarana gas Eropah akan kosong pada bulan Mac, sebelum musim sejuk berakhir.

Untuk mengelakkan krisis pada musim sejuk, negara-negara perlu memotong penggunaan gas setiap bulan sebanyak 15% di bawah purata lima tahun. Itu akan membuatkan simpanan pasca musim sejuk 45% penuh jika Rusia terus menghantar gas dan 26% penuh jika Rusia memotong penghantaran mulai dari Oktober.

chart.png

Berapa banyak gas Rusia yang sampai ke Eropah sekarang?

Rusia membekalkan Eropah lebih daripada 40% keperluan gas aslinya, tetapi selepas perang di Ukraine, aliran gas dari Rusia telah jatuh dengan mendadak.

Moscow mengurangkan bekalan melalui Nord Stream 1, saluran paip utama Eropah, kepada 40% kapasiti pada bulan Jun dan kepada 20% pada bulan Julai. Alasan yang diberi adalah masalah penyelenggaraan dan sekatan, yang menurut Rusia telah menghalang pemulangan dan pemasangan peralatan.

Jumlah gas yang dihantar Rusia melalui Nord Stream 1 kini hanya 20%, jadi penyimpanan sahaja tidak akan cukup untuk mengimbangi semula pasaran. Apatah lagi dengan penutupan saluran paip Rusia berulang-ulang kali atas pelbagai sebab. Ia ditutup selama sepuluh hari pada bulan Julai. Ia ditutup semula minggu lepas selama tiga hari kerana penyelenggaraan.

nord.png

Rekod Harga Gas Yang Gila!

Dengan krisis tenaga yang memporak-porandakan Eropah, ketidakpastian terhadap aliran gas asli telah melambung harga ke tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini.

1. Jika kita gunakan minyak sebagai skala, harga gas asli telah mencapai paras yang bersamaan dengan $500 per tong, sepuluh kali harga minyak purata semasa ($100).

2. Berbanding dengan AS, gas di Eropah telah meningkat kepada lebih 10 kali ganda harga di AS, dengan gas AS didagangkan sekitar $10/MMBtu.

3. Manakala harga gas Eropah mencapai paras rekod lebih dari 340 euro per megawatt-jam, atau $100 per juta Unit Terma British.

Angka-angka ini meningkatkan kerisauan tentang musim sejuk yang akan datang dan rumah-rumah yang sejuk tanpa gas untuk pemanasan, di samping ancaman yang jelas terhadap industri intensif tenaga.

gas.png

Penurunan harga gas yang jarang-jarang berlaku dan kelegaan sementara

Dengan kemungkinan campur tangan secara langsung EU dalam pasaran tenaga untuk meredakan krisis tenaga, harga gas telah turun, menyaksikan kelegaan daripada kenaikan baru-baru ini dan ini suatu yang jarang-jarang berlaku.

Harga gas asli di Eropah turun mendadak kepada €220 per megawatt jam, susut lebih 30% daripada paras rekod hampir 340 euro.

Menteri Ekonomi Jerman menjangkakan harga gas akan turun lebih banyak tidak lama lagi. Jerman, pengguna gas yang terbesar di Eropah, berkata prasarana penyimpanan gasnya dijangka akan 85% penuh menjelang bulan depan.

LOG MASUK

Serupa

Mengapa rali harga minyak di dalam bahaya?
Mengapa rali harga minyak di dalam bahaya?

Ya, harga minyak sedang terbakar menyala-nyala sekarang, dan, akibatnya, inflasi semakin memanas di seluruh dunia. Namun begitu, momentum kenaikan harga minyak sedang terancam.

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera