
Inflasi kesatuan Eropah telah menurun, dan laporan dalam bulan November itu membawa suatu berita baik…
2023-11-20 • Dikemaskini
Menutup dagangan dengan prestasi lemah pada sesi terakhir minggu lalu, USD kekal berlegar di paras terendah 2 bulan berikutan petunjuk terbaru berkenaan dasar monetari yang mempengaruhi reaksi pemain pasaran.
Berikutan reaksi data inflasi yang diterbitkan pada minggu lalu, USD telah mengalami kejatuhan mingguan terbesar sejak bulan Mei.
Indeks dolar (DXY) telah susut sekitar 1.65% minggu lalu, mencatat rekod prestasi terburuk sejak Julai.
Manakala hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) pula telah jatuh ke sekitar 4.38% pada minggu lalu, terendah dalam tempoh 2 bulan.
Dengan data-data ekonomi AS terbaru khususnya pekerjaan dan inflasi, majoriti pasaran kini melihat hala tuju dasar Federal Reserve (Fed) sedang menuju ke arah pelonggaran dasar.
Tiada jangkaan untuk kenaikan kadar faedah pada mesyuarat FOMC yang terakhir untuk 2023, Disember ini. Minit mesyuarat FOMC minggu ini akan diteliti.
Sentimen pasaran yang dilihat pulih juga turut memberi kesan penyusutan kepada USD sementara pasaran Wall Street mencatat peningkatan untuk 3 minggu berturut-turut, mencapai paras tertinggi tempoh 8 minggu.
Analisis Teknikal (XAUUSD)
Pasangan mata wang XAUUSD pada hari ini di lihat dalam perjalanan menuju Rintangan terdekat 1987.80-1989.50. Dan setelah itu ia dijangka akan membuat penurunan untuk mencari Sokongan terdekat 1982.60. Jika harga berjaya menembusi Sokongan tersebut maka harga akan membuat penurunan lagi untuk menguji Sokongan seterusnya berada di 1977.70.
Inflasi kesatuan Eropah telah menurun, dan laporan dalam bulan November itu membawa suatu berita baik…
Fabio Panetta, Gabenor Bank of Italy yang baru, memberi amaran kepada hari Khamis bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) seharusnya tidak melakukan “kerosakan yang tidak perlu” kepada ekonomi dan stabiliti kewangan melalui kadar faedah yang tinggi secara…
Menyelamatkan USD daripada terus merosot lebih parah, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) untuk suku ketiga catat angka yang meningkat bagi bacaan kedua kepada 5…
Harga yang meneruskan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut telah menembusi paras sokongan 1…
Walaupun data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan semalam dengan angka yang menurun, namun USD dilihat berjaya mengekalkan pengukuhannya…
Walaupun tekanan masih membelenggu, namun USD tetap berjaya meneruskan pengukuhannya pada dagangan awal minggu semalam…
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!