Apakah Yang Menanti Pasaran Selepas Ketiadaan Minyak Russia?

Apakah Yang Menanti Pasaran Selepas Ketiadaan Minyak Russia?

2022-03-28 • Dikemaskini

Sebulan selepas Russian menakluk Ukraine, pasaran minyak semakin meruap daripada sebelum ini, dengan sedikit penjelasan tentang bagaimana sekatan itu akan menjejaskan pengeluaran minyak mentah Rusia serta permintaan minyak global. Ini akan menjadikan para pedagang menyoalkan tentang dua perkara. Adakah kemeruapan ini akan berterusan? Apakah yang akan berlaku kepada minyak selepas ini?

Pakar pasaran tampak tidak bersetuju dengan perjalanan harga minyak ini, oleh disebabkan agensi-agensi tenaga utama telah menyatakan perbezaan pandangan yang signifikan terhadap pengeluaran minyak Russia.

OPEC tidak akan membantu

Pasukan OPEC+ yang diketuai oleh Arab Saudi dan Russia akan terus mengekalkan pelan pengeluaran minyaknya walaupun harga minyak didagangkan pada paras tertinggi sejak tahun 2008. Apabila OPEC dan sekutunya bermesyuarat pada 2 Mac lalu, penaklukan Russia ke atas Ukraine baru sahaja berlaku. Perikatan itu terus meningkatkan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari untuk setiap bulan sejak Ogos untuk membatalkan pemotongan yang dibuat apabila COVID-19 mencecah permintaan. 

Beberapa negara pengguna utama, termasuklah Amerika Syarikat, telah meminta para pengeluar untuk meningkatkan pengeluarannya pada kadar yang lebih pantas untuk mengawal harga minyak yang naik mendadak. Tetapi OPEC+ telah menolak semua permintaan untuk meningkatkan penawaran. Mesyuarat OPEC+ seterusnya akan berlangsung pada 31 Mac.

Rusia adalah komponen penting OPEC+, jadi penyertaannya adalah sangat penting. Semestinya, ini adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian selain peperangan di Ukraine, dan juga sekatan ekonominya. Ketiadaan minyak Russia di dalam pasaran boleh menyebabkan niaga hadapan minyak mentah Brent menjadi lebih daripada $200 setong.  

Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku kepada minyak Russia selepas ini

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran bahawa dunia tidak lama lagi boleh kehilangan tiga juta tong minyak Rusia setiap hari bermula bulan depan selepas beberapa negara Barat mengenakan sekatan keras ke atas Moscow, tenaga dan syarikat-syarikat perkapalan.

Penurunan eksport minyak Russia akan memberikan kesan yang berbeza mengikut wilayah geografi. Sebagai contoh, bagi Amerika Syarikat, impaknya hanya kecil, oleh disebabkan import minyak mentah Russia hanya mewakili 2% daripada penawarannya. Sebaliknya, di Eropah, kebanyakan negara bergantung kepada import minyak Russia, terutamanya gas asli. Adalah sukar bagi EU untuk menukar dengan cepat kepada sumber yang lain. 

Pasaran memerlukan 4 juta tong sehari untuk ia kekal seimbang

Keseimbangan dalam pasaran minyak memerlukan lebih kurang 2 juta tong sehari sebagai tambahan untuk sepanjang tahun 2022, oleh disebabkan paras inventori yang sangat rendah pada hari ini. Selain itu, terdapat keperluan untuk tambahan 2 juta tong sehari lagi pada Q2 untuk mengurangkan gangguan yang disebabkan oleh kehilangan minyak Rusia. Jika pengeluaran OPEC+ berterusan pada kadar semasa, eksport minyak Iran tidak meningkat dan pengeluaran AS tidak berkembang setiap tahun, jumlah yang mereka akan keluarkan hanya 1.5 juta tong sehari.

Jika minyak Iran kembali ke pasaran, ini boleh memberikan tambahan 1.2 juta tong sehari pada separuh kedua 2022, meninggalkan jurang besar yang hanya boleh diisi oleh ahli OPEC dengan kapasiti tambahan, terutamanya Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. 

Harga minyak dijangka akan menunjukkan kemeruapan dalam waktu terdekat, dengan beberapa siri higher high dan low sebelum mesyuarat OPEC minggu ini, dengan petunjuk peningkatan permintaan yang kukuh dan bekalan yang terhad. Minyak mungkin cuba menguji rekod tertingginya ($147) jika organisasi tersebut menunjukkan sedikit minat untuk bertindak balas terhadap perang Rusia-Ukraine. Tinjauan jangka panjang bagi minyak kekal bearish, tetapi bears juga menjangkakan harga minyak akan terus meningkat untuk tahun ini.

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera