Saham-saham FAANG. Analisis fundamental.

Saham-saham FAANG. Analisis fundamental.

2023-04-21 • Dikemaskini

Suku pertama 2023 telah berakhir untuk pasaran saham AS. Hasilnya agak memberangsangkan: Purata Perindustrian Dow Jones naik hanya 0.4% dalam 3 bulan, NASDAQ100 bertambah 19.4%, dan S&P 500 meningkat 6.6%.

Indeks pasaran turun naik dengan agak ketara pada Februari, dan jika bukan kerana masalah dalam sektor perbankan pada bulan Mac, terdapat kemungkinan besar untuk kita melihat perubahan pada trend menjelang akhir suku tahun.

Situasi semasa dengan SVB mempengaruhi trajektori pergerakan kadar utama, yang seterusnya membawa kepada penyongsangan pasaran, dan indeks utama meningkat dengan ketara pada bulan Mac.

Laporan FAANG

Dalam sektor FAANG itu sendiri, peneraju pada suku pertama adalah saham Meta (Facebook). Permodalannya meningkat sebanyak 72.5%. Pertumbuhan paling ketara selepas kejatuhan sekuriti itu adalah dari 2021 hingga 2022 (penyusutan sebanyak 75.5%).

Tempat kedua secara praktikalnya dikongsi antara Apple dan Amazon, yang mengalami peningkatan lebih daripada 20%.

Netflix dan Google meningkat hampir 16%.

Platform Meta

Laporan syarikat untuk 2022 adalah negatif. Pendapatan syarikat menurun sebanyak 1.1% kepada $116.6B.

OPEX syarikat itu meningkat sebanyak 16.7%, sebahagian besarnya disebabkan oleh R&D. Namun, syarikat itu tidak menyembunyikan fakta bahawa OPEX akan terus berkembang:

‘Operasi perniagaan kami memakan kos yang tinggi, dan kami menjangkakan perbelanjaan kami akan terus meningkat pada masa hadapan apabila kami memperluaskan cakupan pengguna kami, apabila pengguna meningkatkan jumlah dan jenis kandungan yang mereka gunakan dan data yang mereka kongsi dengan kami, contohnya, dalam konteks video, tatkala kami membangunkan dan melaksanakan produk baharu, tatkala kami memasarkan produk baharu dan sedia ada serta mempromosikan jenama kami, tatkala kami terus mengembangkan infrastruktur teknikal kami, tatkala kami terus melabur dalam teknologi baharu dan belum terbukti, temasuk kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, dan semasa kami meneruskan usaha kami untuk memfokus pada privasi, keselamatan, keselamatan dan semakan kandungan.’

Kesannya, margin Operasi syarikat menyusut kepada 28.7% daripada 39.6%, dan pendapatan bersih turun sebanyak 41% kepada $23.2B.

ROE syarikat turun hampir separuh kepada 18.52%.

Kemudian timbul satu soalan yang wajar: mengapa kami berkembang?

Jawapannya adalah pembuangan pekerja. Syarikat tersebut merancang untuk memberhentikan 10,000 orang pekerja lagi, dan meningkatkan kecekapan operasi.

Apple

Laporan prestasi tahun 2022 syarikat agak baik. Pertumbuhan hasil berjumlah 7.7%; keuntungan bersih meningkat sebanyak 5.4%.

Margin EBITDA syarikat meningkat kepada 33.76%.

Oleh itu, lantunan semula dalam saham Apple adalah agak wajar, memandangkan ia pernah mengalami kejatuhan paling ketara dalam permodalan sepanjang tahun lalu.

Saham Apple masih dalam trend bullish yang paling kukuh sejak 2009. Jika dilihat daripada ciri-cirinya, tahun 2022 tidak menyongsangkan arah aliran global tetapi memperlahankannya dengan ketara, "meredam" pecutan dari 2020 hingga 2021.

Amazon

Amazon melaporkan pertumbuhan hasil yang kukuh untuk 2022 (+9.3%). Pada masa yang sama, keuntungan bersih syarikat adalah negatif, berjumlah $2.7B.

Seperti dalam kes Meta, keputusan kewangan negatif ialah peningkatan kos R&D, yang memberi kesan ketara kepada OPEX syarikat (+12.76%).

Akibatnya, pendapatan operasi syarikat telah menurun sebanyak dua kali ganda.

Syarikat ini juga terpaksa melalui fasa pengurangan tenaga kerja. Pada Mac, masyarakat umum telah mengetahui bahawa Amazon telah memberhentikan 9,000 pekerja dan menangguhkan pembinaan ibupejabat keduanya di Virginia.

Netflix

Kadar pertumbuhan hasil Netflix untuk tahun 2021 - 2022 telah memperlahan — 6.5% pada 2022 berbanding 18.8% pada 2021 dan 24% pada 2020.

Pendapatan bersih syarikat turun sedikit untuk 2022, pada $4.5B, berbanding $5.1B setahun sebelumnya.

Pada suku pertama tahun ini, Netflix telah mengumumkan pengembangan ke Vietnam (syarikat itu merancang untuk membina ibupejabatnya di sana) dan mengurangkan harga langganan di beberapa negara.

Alphabet (Google)

Kadar pertumbuhan pendapatan bersih Google pada tahun 2022 adalah negatif. Keuntungan bersih jatuh sebanyak 21.1%.

Tahun ini menandakan permulaan "perang" yang sengit dalam penyelidikan AI. Google sekarang ini cuba untuk mengejar pendahulu yang lain.

Terdapat peristiwa memalukan pada Februari tahun ini - enjin sembang Bard yang dilancarkan oleh syarikat itu telah memberikan jawapan yang salah tentang teleskop Webb. Akibatnya, permodalan Google susut 8%.

Analisis perbandingan syarikat (kaedah pengganda)

Mari kita buat sedikit analisis perbandingan antara syarikat-syarikat FAANG.

Mari kita mulakan dengan Nisbah Hutang (Debt Ratio), yang dikira sebagai nisbah jumlah hutang syarikat kepada saiz asetnya.

Debt ratio.png

Seperti yang anda boleh lihat, Meta Incorporated dan Alphabet (Google) mempunyai beban hutang yang paling rendah - jumlah hutang yang paling banyak daripada nilai buku aset syarikat adalah 40%.

Apple mempunyai beban hutang tertinggi - 85.6%, tetapi jumlah ini diimbangi oleh nisbah Hutang/EBITDA yang agak rendah.

Semua gandaan P/E, P/B dan P/S syarikat melebihi nilai median dalam industri (nilai median diberikan dalam kurungan).

Multipliers.png

Pada masa yang sama, Alphabet (Google) nampaknya adalah syarikat yang paling terkurang nilai dalam senarai FAANG. Dengan median P/E sebanyak 20.38, syarikat tidak terlalu terlebih nilai.

Sekarang mari kita lihat Margin kasar dan EV/EBITDA.

Meta, Google dan Netflix kelihatan agak menarik di sini. Walaupun Margin Kasar Google dan Netflix lebih rendah daripada industri, nilainya masih hampir dengan nilai median. Margin Kasar Meta mendahului industri.

Gross Margin.png

Berkenaan EV/EBITDA (lebih rendah, lebih baik), prestasi Netflix adalah lebih menarik, mengatasi prestasi industri dan syarikat FAANG yang lain.

Mengenai Kadar Pulangan, hampir semua syarikat FAANG mendahului nilai median dalam industri. Kecuali Amazon, yang boleh kita abaikan, lantaran kerana pendapatan bersih syarikat itu adalah negatif.

Rate of returns.png

Apple mempunyai kadar yang tertinggi, tetapi ROE Netflix dan Google juga telah memecahkan rekod dan menunjukkan keberkesanan pengurusan syarikat.

Daripada semua syarikat dalam sektor FAANG, hanya Apple yang membayar dividen. Hasil dividen kurang daripada 1%.

Kesimpulan daripada analisis perbandingan

  1. Dari segi beban hutang, Google nampak paling menarik. Apple mempunyai hutang yang agak banyak berbanding asetnya.
  2. Gandaan ini mengesahkan bahawa syarikat tersebut menentukan pasaran. Kita sedang melihat saham pertumbuhan. Sekali lagi, Google kelihatan paling menarik di sini (P/E terendah FAANG). Adalah mustahil untuk menilai Amazon kerana pendapatan bersihnya untuk 2022 bernilai negatif.
  3. Meta dan Google mempunyai Margin Kasar yang tinggi, tetapi syarikat-syarikat tersebut bernilai kira-kira x14 EBITDA. Netflix lebih murah tetapi mempunyai margin di bawah 50% juga. Amazon adalah mahal dan bermargin rendah.
  4. Pengurusan semua syarikat boleh diiktiraf sebagai cekap (dengan pengecualian untuk Amazon setakat ini). Apple mempunyai ROE tertinggi, dan Netflix serta Google juga mempunyai ROE yang tinggi.

Walaupun terdapat kelembapan dalam pendapatan dan pertumbuhan pendapatan bersih, Google dan Netflix adalah saham yang menarik dari perspektif pelaburan. Meta juga patut diberi perhatian. Permodalan Apple nampaknya terlebih nilai. At the same time, Amazon masih kelihatan lebih lemah berbanding syarikat FAANG yang lain.

Platform FBS dan perdagangan saham

Platform FBS mempunyai CFD pada saham bagi seluruh sektor FAANG.

Apabila anda berdagang dengan FBS, anda tidak mendapat hak untuk memiliki saham, tetapi anda boleh memperoleh hasil daripada perubahan harga saham ini.

Salah satu kelebihan perdagangan jenis ini ialah anda tidak perlu menyimpan dokumen di depositori, yang selalunya akan mengenakan yuran berasingan untuk merekod dan memegang saham anda.

Berdagang dengan FBS dan jadilah seorang profesional.

Cuba untuk berdagang dengan FBS

Serupa

Faacebook telah menukar namanya kepada Meta
Faacebook telah menukar namanya kepada Meta

Facebook telah menukar namanya kepada Meta untuk memadam khabar angin lama dan membina jenama baru, membebaskan dirinya dari dipertikaikan dan stigma kebocoran data peribadi.

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera