Adakah ekonomi AS akan membawa dunia ke kancah kemelesetan global?

Adakah ekonomi AS akan membawa dunia ke kancah kemelesetan global?

2022-06-24 • Dikemaskini

Ekonomi AS menambah kira-kira setengah juta pekerjaan pada bulan Mac, manakala kadar pengangguran hanya 3.6%. Indeks Dow Jones menghampiri paras tertinggi di dalam sejarah. Isi rumah telah menjimatkan $2.5 trilion semasa wabak dan membelanjakannya sekarang, membantu ekonomi. Sungguh pun dengan semua berita baik ini, jangkaan akan berlakunya kemelesetan sedang sangat tinggi di Wall Street. Para pegawai Deutsche Bank, Goldman Sachs, dan Fed semuanya menjangkakan ekonomi AS akan memasuki fasa kemelesetan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Apakah yang menyebabkan timbulnya ramalan negatif sedemikian untuk ekonomi AS? 

1. Sejarah pasti berulang kembali

Keadaan ekonomi semasa dilihat mirip seperti suasana di era pra-kemelesetan sepanjang sejarah AS. Sepanjang 75 tahun yang lalu, apabila inflasi lebih tinggi dari 4% dan pengangguran jatuh di bawah 5%, ekonomi AS memasuki fasa kemelesetan dalam masa dua tahun. Hari ini, inflasi AS sudah hampir mencecah 8% dan pengangguran telah jatuh ke paras 3.6% di bulan Mac.

2. Penyongsangan keluk hasil

Lonjakan harga komoditi, keputusan Fed untuk menaikkan kadar faedah, dan perang di Ukraine semuanya telah mendorong keluk hasil mendatar dalam beberapa minggu lalu. Apabila keluk hasil terbalik, kebimbangan kemelesetan berkembang. Penyongsangan keluk berlaku apabila hasil Perbendaharaan 2 tahun lebih tinggi daripada hasil 10 tahun. Ini bermakna pelabur tidak mempercayai kekuatan ekonomi dalam jangka panjang dan lebih suka bertaruh pada jangka pendek kerana mereka percaya bahawa ekonomi akan perlahan.

Penyongsangan lengkung telah meramalkan setiap kemelesetan sejak 1955, dengan hanya satu ramalan yang salah. Kemelesetan berlaku selepas penyongsangan keluk hasil dalam tempoh 6-24 bulan, jadi kita melihat semua ramalan kemelesetan menjelang 2023.

3. Inflasi yang tinggi akan memakan simpanan

Inflasi yang tinggi akan memaksa pengguna mengurangkan perbelanjaan sehingga mendorong ekonomi ke arah kemelesetan. Disebabkan oleh harga yang lebih tinggi, inflasi akan memakan simpanan isi rumah dan perbelanjaan pengguna. Ini akan memaksa mereka untuk mengurangkan perbelanjaan, yang akan semakin memperlahankan permintaan dan pertumbuhan. IMF mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi AS kepada 3.7% tahun ini.

4. Terlalu ketat, terlalu cepat

Rizab Persekutuan telah menafikan ancaman inflasi sejak dari awal, bertindak balas terlalu lewat, dan kini kitaran pengetatan mendadak boleh mendorong ekonomi AS, dan ekonomi global bersamanya, terjerumus ke kancah kemelesetan.

Sesungguhnya, peralihan yang pantas daripada pelonggaran ultra, mengepam wang murah, dan mengabaikan inflasi kepada pengetatan yang agresif, menaikkan kadar, dan mengeluarkan kecairan daripada pasaran akan menyebabkan kejutan yang ganas kepada ekonomi AS. Fed, yang akan menekan brek dengan mengejut untuk melawan inflasi yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun, boleh sahaja, tanpa disedari, meranapkan pemulihan daripada kemelesetan COVID-19 dua tahun lalu, yang sememangnya rapuh.

5. Permintaan melebihi bekalan dan pertumbuhan yang perlahan

Perbelanjaan pengguna meningkat dan permintaan untuk perkhidmatan, barangan, rumah dan kereta meningkat semula. Walau bagaimanapun, justeru kerana inflasi yang pesat, harga minyak yang lebih tinggi dan ketidakstabilan global, masalah rantaian bekalan yang memang sudah terjejas akibat COVID-19 kini semakin meruncing. Itu meluaskan lagi jurang antara permintaan dan penawaran, yang menjurus kepada harga yang semakin tinggi dan tinggi lagi.

Fed memulakan beberapa siri kenaikan kadar pada Mac lalu untuk membendung inflasi dan memperlahankan perbelanjaan pengguna. Ia dijangka akan menaikkan kadar pada setiap mesyuaratnya di tahun 2022 yang masih berbaki enam sidang lagi, untuk mengurangkan perbelanjaan AS supaya permintaan dapat disederhakan agar berpadanan dengan bekalan. Jadi pertumbuhan yang lebih perlahan mungkin berupaya membantu mengurangkan inflasi, tetapi jika terlalu perlahan ia boleh mendorong ekonomi ke arah kemelesetan. Jika berlaku kemelesetan di AS pada tahun ini atau tahun yang seterusnya, kemungkinan besar ia disebabkan oleh usaha agresif Fed untuk memerangi inflasi.

Amerika Syarikat boleh mengelakkan kemelesetan, tetapi jalannya tidak akan lancar dan mudah. Fed harus mengurangkan inflasi sambil mengekalkan pengangguran di tahap yang rendah dan pertumbuhan ekonomi yang stabil. Adakah bank pusat AS itu mampu melakukannya?

BERDAGANG SEKARANG

Serupa

Dolar AS Masih Raja, Tetapi!
Dolar AS Masih Raja, Tetapi!

Walaupun ia susut sedikit daripada paras-paras tertingginya sejak 2002, sekitar julat 109, itu hanyalah satu pembetulan, dan sang raja hijau, dolar AS, akan meneruskan ralinya semula…

Berita terkini

Ini Masa Untuk Emas Meroket
Ini Masa Untuk Emas Meroket

Fundamental : Pelabur emas menyambut baik kenyataan bernada dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell tentang kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan tidak lama lagi…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera