Alligator

Baca artikel ini di laman web FBS

Alligator adalah indikator yang telah dibangunkan oleh Bill Williams. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti trend dan arahnya, serta menapis signal yang bagaus dari yang tidak bagus justeru menghindarkan diri dari pasaran yang terkepung dalam julat yang boleh menjerumuskan kita ke kancah kerugian.

Indikator ini terdiri dari 3 purata bergerak yang dianjak ke masa hadapan:

  • Alligator's Jaw (Rahang Alligator, jalur biru) – purata bergerak yang dilicinkan (SMMA, smoothed moving average) 13 tempoh yang digerakkan 8 bar ke masa hadapan.
  • Alligator's Teeth (Gigi Alligator, jalur merah) – SMMA 8 tempoh yang digerakkan 5 bar ke masa hadapan.
  • Alligator's Lips (Bibir Alligator, jalur hijau) – SMMA 5 tempoh yang digerakkan 2 bar ke masa hadapan.

Bill Williams merujuk kepada purata bergerak tiga sekawan ini sebagai "jalur-jalur imbangan". Anda dapat lihat di sini bagaimana beliau juga memberikan nama-nama yang 'kreatif' kepada indikator dan unsur-unsurnya. Idea beliau di sini adalah untuk memberikan satu mimikan tingkah laku pasaran. Dalam konteks ini, beliau menjadikan alligator sebagai analogi, bagaimana tindak-tanduk haiwan ini berselang-seli antara masa tidur dan masa memburu.

Logik indicator Alligator

Bila Jaw (rahang), Teeth (gigi) dan Lips (bibir) saling berselirat, ia bermakna Alligator sedang tidur dan tiada uptrend atau downtrend di pasaran. Bill William mencadangkan untuk menjauhi pasaran pada waktu-waktu begini. Lebih lama Alligator tidur, ia akan lebih lapar bila ia terjaga. Bila ia celik dari tidur yang panjang, ia akan membuka mulutnya (purata bergerak akan mencapah) dan mula bersiap untuk membaham pasaran. Tibalah masa untuk berdagang! Alligator akan membuatkan harga lari jauh untuk menyelamatkan diri, dan ini menawarkan keuntungan besar untuk pedagang. Bila ia sudah kekenyangan, Alligator kembali ke lubuk tempat ia berehat untuk tidur (purata bergerak menumpu), jadi di waktu ini sesuailah untuk mengambil keuntungan.

  • Jika Alligator tidak tidur, pasaran sama ada sedang dalam uptrend atau downtrend.
  • Jika harga berada di atas mulut Alligator, ia adalah uptrend. Jalur-jalur indikator berada dalam susunan bullish (hijau paling atas sekali, kemudian merah, kemudian biru).
  • Jika harga berada di bawah mulut Alligator, ia adalah downtrend. jalur-jalur indikator berada dalam susunan bearish (biru paling atas sekali, kemudian merah, kemudian hijau).

Jalur-jalur imbangan ini boleh menjadi aras sokongan/rintangan ketika fasa trend. Harga boleh pergi melepasi jalur hijau untuk satu tempoh masa yang singkat. Lebih kerap ia cuba untuk menembusi jalur hijau, trend menjadi lebih lemah.

Kita juga boleh menjangkakan apa yang dipanggil "penyilangan palsu" (fake crosses) iaitu situasi di mana jalur hijau menyilang jalur merah tetapi kemudian ia berpatah balik. Jika penyilangan sebegini terjadi ketika suatu uptrend, anda boleh beli bila jalur hijau kembali berada di atas jalur merah.

Menggabungkan Alligator dengan perkakas lain

Ada pelbagai jenis kombinasi antara Alligator dan perkakas analisis teknikal yang lain. Berikut adalah beberapa cadangan.

  1. Cari pola penyongsangan (pola carta atau pola candlestick). Bila sudah jumpa, gunakan Alligator untuk pengesahan (tunggu jalur hijau menyilangi jalur-jalur lain).
  2. Gunakan Alligator bersama-sama dengan Fractals. Tunggu masa di mana Alligator sedang tidur (jalur-jalur imbangan sedang berselirat). Pasang pesanan Buy Stop 1 pip di atas fraktal terakhir yang terletak di atas mulut Alligator.

Kesimpulan

Indikator Alligator mempunyai formula unik yang membezakannya dari sekadar satu set purata bergerak yang biasa. Oleh kerana ia dibina berasaskan kepada purata bergerak, indikator ini bertindak balas dengan harga, dengan sedikit lamban (time lag). Dalam masa yang sama, ia boleh digunakan untuk menentukan permulaan kepada suatu trend yang baru dan masa di mana trend bersambung selepas pembetulan (correction). Alligator adalah satu sistem perdagangan yang sedia siap untuk digunakan (ready-for-use), yang boleh digandingkan dengan perkakas analisis lain untuk ketepatan perdagangan yang lebih baik. Bila anda menggunakan Alligator, jangan lupa untuk periksa beberapa rangka masa (timeframe) berbeza di carta.

Mula berdagang

2022-03-07 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.