FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut

19 Mac 2025

Analisis teknikal

Perluasan Fibonacci

Perluasan Fibonacci

Perkakas Perluasan Fibonacci akan membantu anda memilih sasaran keuntungan anda bila berdagang dengan trend.

Sewaktu memplotkan Perluasan Fibonacci, anda harus mengambil kira 2 gelombang harga.

Gelombang pertama (AB) mewakili pergerakan harga yang searah dengan trend utama. Jarak di antara titik A dan B dilihat sebagai 100% dan berguna untuk kira-kira selanjutnya.

Gelombang kedua (BC) adalah pembetulan bagi pergerakan harga sebelumnya. Hujungnya, iaitu titik C, adalah titik permulaan bagi memplotkan aras-aras perluasan sejajar dengan pekali Fibonacci 0.618 atau 61.8%, 1.618 atau 161.8%. Terdapat juga pilihan untuk perluasan menggunakan aras-aras 2.618 dan 4.236.

Perkakas Perluasan Fibonacci digunakan untuk mencari lokasi gelombang ketiga (lihat Teori Gelombang Elliott).

Image 1.jpg

Dalam perkataan yang mudah, anda akan perlukan 3 titik di carta untuk menggunakan perkakas ini. Cari permulaan untuk satu trend baru: pembentukan harga terendah yang lebih tinggi selepas downtrend (harga terendah pertama, harga tertinggi di tengah-tengah, dan harga rendah yang lebh rendah akan digunakan untuk mengunjurkan perluasan ke sebelah atas) atau harga tertinggi yang lebih rendah selepas uptrend (harga tertinggi pertama, harga terendah di tengah-tengah, dan harga tertinggi yang lebih rendah akan digunakan untuk mengunjurkan perluasan ke sebelah bawah).

Pilih perkakas "Fibonacci Expansion" di MetaTrader dan sambungkan 2 titik pertama dengan garis (titik A dan B di carta di bawah). Kemudian pilih instrumen sekali lagi dengan mengklik ganda (double click) garis asas yang anda lihat pada carta dan seret bucu ketiga garis asas ke titik ketiga (titik C) di atas atau bawah tanpa melepaskan tetikus. Rapikan garisan supaya ketiga-tiga titik dihubungkan dengan betul (pastikan anda meletakkan garisan pada sumbu kandil).

Image 2.jpg

Cara-cara berdagang menggunakan perluasan Fibonacci

Ada 2 titik yang logik di mana anda boleh masuk ke pasaran:

1. Anda boleh membuka posisi perdagangan berdasarkan aras-aras pengunduran Fibonacci (38.2%, 50%, atau 61.8%) gelombang pertama, iaitu pada titik C.

2. Anda boleh masuk bila harga bergerak melepasi penghujung gelombang pertama, i.e. di atas titik B.

Titik D adalah tempat di mana anda harus letakkan Ambilan Untung anda. Ia terletak di perluasan 161.8%. Sekiranya trend kuat, harga mungkin bergerak lebih jauh ke atas, jadi perluasan 261.8% juga sasaran yang berpotensi.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.