Fibonacci Fan

Baca artikel ini di laman web FBS

Fibonacci Fan adalah satu perkakas yang akan membantu anda menganalisa trend.

FIbonacci Fan (Kipas Fibonacci) adalah satu set garisan trend yang dilukis dari paras tertinggi atau terendah carta harga merentasi satu set titik-titik yang ditakrifkan oleh pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracements). Sama seperti pengunduran Fibonacci, anda perlu memilih alat ini dan sambungkan satu swing tinggi dan satu swing rendah dengan satu garisan dasar.

Kemudian satu garisan vertikal yang "halimunan", bersamaan dengan jarak vertikal di antara titik tertinggi dan titik terendah, dilukiskan dari titik ekstrim kedua ke aras harga titik ekstrim pertama. Kemudian tiga garisan trend dilukis dari titik ekstrim pertama supaya ia merentasi garisan vertikal di aras Fibonacci 38.2%, 50.0%, dan 61.8%.

Garisan-garisan Kipas Fibonacci boleh bertindak sebagai sokongan atau rintangan, menunjukkan kawasan di mana harga boleh berpatah balik. Sejurus setelah suatu pembetulan harga bermula, Kipas Fibonacci akan membolehkan anda melihat kawasan di mana anda harus berikan tumpuan khusus.

  1. Pembetulan (pullbacks, corrections) ke aras Fibonacci 38.2% dianggap "cetek" dan menandakan penerusan trend utama.
  2. Pullback ke aras 50% adalah sederhana dan ia muncul agak kerap.
  3. Pembetulan ke aras yang dipanggil "nisbah emas" 61.8% lebih langka, tetapi aras sokongan/rintangan ini akan menjadi yang paling kuat di antara ketiga-tiga garisan ini.

Perhatikan bahawa lantaran dari sifat-sifat "kipas" ini, lebih jauh garisan ini mengunjur ke hadapan (dalam garisan masa), ketepatan lokasi dua titik penanda (marker points) adalah lebih sensitif. Ini bererti perubahan kecil pada lokasi mana-mana titik penanda boleh mengakibatkan perubahan besar di hujung garisan. Kipas biasanya menjadi kurang tepat lebih jauh ia mengunjur ke hadapan. Bila harga tidak lagi bertindak balas kepada sokongan atau rintangan kipas, ia sudah boleh diabaikan (ini boleh terjadi bila ia mengunjur keluar dari kawasan aktif carta).

Adakalanya penganalisis teknikal memplotkan beberapa kipas Fibonacci menggunakan gelombang-gelombang harga yang berbeza. Ini membolehkan kawasan di mana penyongsangan harga berpotensi berlaku disasarkan dengan lebih tepat.

Mula berdagang

2023-11-21 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.