Perdagangan Posisi (Position Trading)

Baca artikel ini di laman web FBS

Perdagangan Posisi adalah gaya perdagangan yang jangka masanya paling lama sekali, dan ia memerlukan pemahaman fundamental yang bagus, gerak hati yang tajam, juga wawasan jelas tentang bagaimana harga akan turun-naik dalam jangka masa panjang. Ia adalah gaya perdagangan untuk pedagang yang mempunyai tekad seorang anak jantan dan kesabaran seorang sufi, mereka yang tidak kisah menunggu lama untuk ganjaran yang sewajarnya.

Matlamat utama pedagang posisi adalah untuk meraih manfaat dari trend dominan, berbanding dari turun naik pasaran dalam jangka masa pendek.

Kebiasaannya, pedagang posisi bukan sahaja sangat pintar, tetapi sangat kaya-raya. Untuk kalis dari kesan dari jurang dan gelombang harga yang besar, seseorang pedagang posisi memerlukan saiz akaun yang juga besar.

Pedagang posisi adalah para pemikir yang merdeka dan mandiri. Pendapat mereka sarat dengan keyakinan, lantas mereka cenderung kalis dari dipengaruhi turun naik harga di pasaran yang biasanya menggoyah hati pemain lain yang kurang berkeyakinan.

Contoh pedagang

Warren Buffet adalah orang pertama yang terlintas di minda apabila kita fikirkan tentang pedagang jangka masa panjang yang paling makmur di antara semua pemain pasaran lainnya. Beliau seorang lagenda dan antara manusia paling kaya di dunia. Beliau dikenali sebagai pelabur paling berjaya dan telah menjadi seorang pedagang posisi di dalam pasaran FX sejak 2002. Pada waktu itu, Buffet telah menjual US Dollar dengan hujah bahawa ia akan jatuh kerana defisit dagangan Amerika. Tahun-tahun seterusnya juga adalah tahun kejayaan buat beliau, tetapi pada 2005 matawang AS menguat dan Buffet mengambil keputusan untuk melepaskan posisi short USD beliau. Hasilnya, beliau beroleh $2 billion dari dagangan tersebut. Jika tidak kerana kemajuan USD pada 2005, keuntungan beliau akan menjadi $1 lebih tinggi.

Mula berdagang

2024-03-04 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.