Pola-pola candlestick penyongsangan

Baca artikel ini di laman web FBS

Di bawah, anda boleh temui gambarajah dan penjelasan bagi pola-pola candlestick penyongsangan yang paling lazim.

Pola-pola bullish

Pola penyongsangan bullish muncul di penghujung suatu downtrend dan memberikan isyarat bahawa harga mungkin akan berpatah balik ke atas.

Hammer (Tukul)

Hammer (Tukul). Pola 1 candlestick. Mengisyaratkan penamat trend bearish, dasar (bottom) atau aras sokongan. Candlestick Hammer mempunyai bayang bawah yang panjang, yang mana ia harus sekurang-kurangnya dua kali panjang tubuh sebenar. Warna hammer tidak penting, namun jika ia bullish, signalnya lebih kuat.

Hammer sering muncul dan mudah dicam. Ia menunjukkan walaupun bear mampu menarik harga ke harga rendah yang baru, mereka gagal untuk bertahan di situ dan di penghujung tempoh perdagangan kalah dalam pertempuran dengan bulls. Signal lebih kuat jika hammer terbentuk selepas penurunan harga yang lama.

Tambahan lagi, signal beli lebih andal jika hammer diikuti oleh candlestick yang tutup di atas harga penutupan candlestick di sebelah kirinya. Beginilah rupa hammer di carta sebenar:

Morning Star (Bintang Pagi)

Morning Star (Bintang Pagi). Pola 3 candlestick. Selepas candlestick bearish yang panjang, ada senggang ke bawah (gap down) yang bearish. Bears sedang berkuasa, tetapi tidak banyak yang dapat dilakukan. Candlestick kedua agak kecil dan warnanya tidak penting, tapi jika ia bullish itu lebih baik. Candlestick bullish ketiga dibuka dengan senggang ke atas (gap up) dan ia tubuhnya menutup gap bearish sebelum ini. Candlestick ini biasanya lebih panjang dari yang pertama.

Senggang (gaps) tidaklah betul-betul mesti ada untuk pola ini, tetapi signal penyongsangan (reversal) lebih kuat jika ia ada.

Morning Doji Star (Bintang Doji Pagi)

Morning Doji Star (Bintang Pagi Doji). Pola 3 candlestick. Hampir sama seperti yang sebelum ini, tetapi candlestick kedua ialah sebatang doji.

Signal pola ini dianggap lebih kuat dari signal pola "Morning Star" yang lebih ringkas.

Inverted Hammer (Tukul Terbalik)

Inverted hammer (Tukul Terbalik). Pola 1 candlestick. Candlestick ini mempunyai tubuh yang kecil dan bayang atas yang panjang, yang sekurang-kurangnya dua kali lebih panjang dari tubuh sebenar.

Warna hammer tidak penting, namun sekiranya ia bullish signalnya lebih kuat. Inverted Hammer perlukan pengesahan bullish.

Piercing Line (Garisan Menusuk)

Piercing Line (Garisan Penembusan). Pola 2 candlestick. Candlestick pertama panjang dan bearish. Candlestick kedua buka dengan senggang ke bawah (gap down), di bawah harga penutupan candlestick pertama. Ia candlestick bullish yang besar, yang tutup di atas 50% tubuh candlestick pertama. Kedua-dua tubuh harus cukup panjang. 

Pola ini menunjukkan walaupun perdagangan bermula dengan impuls yang bearish, para pembeli (bulls) berjaya mengubah situasi dan mengaut keuntungan mereka. Kekuatan signal adalah sederhana. 

Bullish Harami (Harami Bullish)

Bullish Harami (Harami Bullish). Pola 2 candlestick. Tubuh kandil kedua terletak di antara harga buka dan harga tutup kandil pertama, dan warnanya saling bertentangan.

Sila maklum bahawa pola harami sentiasa perlukan pengesahan: candlestick yang menyusul selepasnya haruslah besar dan bullish.

Bulllish Harami Cross (Palang Harami Bullish)

Bullish Harami Cross (Harami Salib Bullish). Pola 2 candlestick, sama seperti Harami. Bezanya kandil kedua adalah sebatang Doji.

Anda boleh lihat bagaimana pola ini nampak seakan-akan pola "Morning Doji Star". Logik dan implikasinya serupa.

Bullish Engulfing Pattern (Pola Mengepung Bullish)

Bullish Engulfing Pattern (Pola Mengepung Bullish). Pola 2 candlestick yang muncul di penghujung downtrend. Candlestick pertama bearish. Candlestick kedua haruslah buka di bawah harga terendah canldestick pertama dan tutup di atas harga penutupan candlestick pertama.

Pola ini menghasilkan signal penyongsangan (reversal) yang kuat kerana aksi harga bullish telah mengepung/menelan candlestick bearish sepenuhnya. Lebih besar perbezaan saiz antara dua candlestick, signal beli lebih kuat.

Three White Soldiers (Tiga Askar Putih)

Three White Soldiers (Tiga Askar Putih). Pola 3 candlestick. 3 kandil bearish berturut-turut dengan tubuh yang panjang-panjang. Harga buka setiap candlestick harus berada di dalam julat tubuh candlestick sebelumnya, dikira lebih afdal jika lebih tinggi dari aras tengah tubuh cnadlestick sebelumnya. Setiap candlestick tutup di harga baru yang lebih tinggi (new high), dan hampir dengan harga maksimum (bayang atas pendek).

Pola ini dianggap sangat boleh diandalkan, tetapi pengesahan berbentuk candlestick putih yang harga tutupnya lebih tinggi lagi, atau pembentukan senggang bullish (gap up) adalah disyorkan.  

Pola-pola penyongsangan bearish

Pola pengunduran bearish muncul di penghujung uptrend dan bermakna harga berkebarangkalian akan turun.

Shooting Star (Tahi Bintang)

Shooting Star (Tahi Bintang). Pola 1 candelstick. Tubuh candlestick kecil. Bayang atas panjang dan melebihi panjang tubuh sekurang-kurangnya 2 kali ganda.

Bayang atas yang panjang menandakan pasaran cuba untuk mencari lokasi terletaknya rintangan dan bekalan, tetapi gerakan ke atas telah ditolak oleh bears. Candlestick boleh berwarna apa pun tetapi jika ia bearish signal dianggap lebih kuat.

Evening Star (Bintang Malam)

Evening Star (Bintang Malam). Pola 3 candlestick. Selepas candlestick bullish yang panjang, ada senggang ke atas (gap up) yang bullish. Bulls sedang menguasai keadaan, tetapi tidak banyak yang dapat dilakukan. Candlestick kedua agak kecil dan warnanya tidak penting. Candlestick bearish ketiga dibuka dengan senggang ke bawah (gap down) dan tubuhnya menutup gap bullish sebelum ini. Candlestick ini biasanya lebih panjang dari yang pertama.

Adalah lebih baik jika pola ini mempunyai gap, tetapi jika tidak ada pun tidak mengapa.

Evening Doji Star (Bintang Doji Malam)

Evening Doji Star (Bintang Doji Malam). Sebuah pola 3 candlestick. Polanya sama dengan "Evening Star" tetapi dianggap sebagai signal yang lebih kuat kerana kandil tengahnya adalah sebuah Doji.

Signal pola ini dianggap lebih kuat berbanding signal dari pola Evening Star yang ringkas/biasa.

Hanging Man (Orang Kena Gantung)

Hanging Man (Orang Kena Gantung). Pola 1 candlestick. Boleh menandakan berakhirnya trend bullish, suatu puncak, atau aras sokongan. Candlestick ini mempunyai bayang bawah yang panjang, yang harus sekurang-kurangnya dua kali panjang tubuh sebenar. Candlestick ini boleh berwarna apa pun, namun jika ia bearish signalnya lebih kuat.

Pola ini memerlukan pengesahan bearish. Signal jual dianggap sahih bila sebuah candlestick bearish tutup di bawah harga buka candlestick di sebelah kiri pola ini.

Dark Cloud Cover (Awan Mendung)

Dark Cloud Cover (Awan Mendung Menyelimut Langit). Pola 2 candlestick. Candlestick pertama bullish dan mempunyai tubuh yang panjang. Candlestick kedua harus buka jauh di atas harga penutupan candlestick pertama dan tutup di bawah dari aras 50% tubuh candlestick pertama. Kekuatan signal jual dianggap sederhana.

Berikut adalah contoh pola ini di carta:

Bearish Engulfing Pattern (Pola Bearish Mengepung)

Bearish Engulfing Pattern (Pola Mengepung Bearish). Pola 2 candlestick. Candlestick pertama bullish. Candlestick kedua bearish dan harus buka di atas harga tinggi candlestick pertama dan tutup di bawah harga terendahnya.

Pola ini menghasilkan signal penyongsangan (reversal) yang kuat kerana aksi harga bearish telah mengepung/menelan candlestick bullish sepenuhnya. Lebih besar perbezaan saiz antara dua candlestick, signal jual dikira lebih kuat.

Bearish Harami (Harami Bearish)

Bearish Harami (Harami Bearish). Pola 2 candlestick. Tubuh kandil kedua terletak di antara harga buka dan harga tutup kandil pertama, dan warnanya saling bertentangan.

Sila ingat bahawa pola harami sentiasa perlukan pengesahan: candlestick yang seterusnya haruslah besar dan bearish.

Bearish Harami Cross (Palang Harami Bearish)

Bearish Harami Cross (Salib Harami Bearish). Sebuah pola 2 candlestick sama seperti Harami. Bezanya, kandil kedua adalah sebatang Doji.

Three Black Crows (Tiga Gagak Hitam)

Three Black Crows (Tiga Gagak Hitam ). Pola 3 candlestick. Jujukan 3 batang candlestick bearish dengan tubuh yang panjang-panjang. Setiap candlestick buka di dalam julat tubuh (antara harga buka dan tutup) candlestick sebelumnya, sebaiknya lebih rendah dari aras tengah tubuh. Setiap candlestick tutup di harga rendah yang baru, menghampiri harga minimumnya (sumbu bawahnya pendek).

Pola ini dianggap sangat boleh diandalkan, tetapi pengesahan berbentuk kandil bearish yang harga tutupnya lebih rendah lagi, atau pembentukan senggang bearish (gap down) adalah disyorkan.

Mula berdagang

2023-07-07 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.