Apakah Itu Rollover Dan Swap Serta Bagaimana Cara Menggunakannya Bila Berdagang?

Baca artikel ini di laman web FBS

Bergantung pada gaya perdagangan, pedagang intrahari Forex mungkin akan meraih keuntungan atau menanggung kos tambahan bila mereka mengekalkan posisi terbuka semalaman.

Sekiranya anda merancang untuk membuka dan menutup urusniaga anda dalam hari yang sama, anda tidak perlu risau, tetapi lebih elok jika ia dipelajari kerana kelak anda mungkin perlu mengubah strategi atau ingin bereksperimen dengan pesanan yang dibiarkan terus aktif lebih lanjut.

Apabila seseorang membuka dan menutup posisi dalam satu hari yang sama, mereka tidak perlu membayar faedah tambahan. Bagaimana pun, sekiranya mereka memilih untuk mengekalkan posisi semalaman (membawa ke hari seterusnya), mereka perlu mengambil kira rollover Forex.

Apakah itu rollover dalam perdagangan Forex?

Rollover adalah proses di mana posisi dikekalkan aktif semalaman. Apabila itu berlaku, kadar faedah matawang-matawang dalam pasangan FX yang berkenaan akan dikira. Pedagang tersebut boleh dikreditkan atau dicaj suatu amaun tertentu bergantung pada kadar faedah.

Apakah itu swap dalam perdagangan?

Jumlah yang diterima oleh atau dikenakan ke atas pedagang akibat rollover dipanggil swap. Rollover boleh memberikan faedah swap atau mengakibatkan caj swap dikenakan bergantung pada perbezaan kadar faedah. Bank pusat sesebuah negara menetapkan kadar faedah bagi setiap matawang. Lazimnya, kadar faedah dipengaruhi oleh perisitwa-peristiwa ekonomi utama di negara berkenaan, yang boleh anda pantau di kalendar ekonomi.

Pengiraan rollover

Untuk mengira faedah atau bayaran rollover, anda boleh menggunakan formula kadar swap, yang kelihatan berbeza bagi urusniaga long dan short.

Pengiraan Swap Short

Urusniaga short (or urusniaga bearish) ialah apabila anda menjual pasangan matawang dengan jangkaan untuk mendapat keuntungan daripada kemerosotan harganya (atau kadar tukarannya).

Katakan EURUSD didagangkan pada kadar tukaran 1.1000, kadar dana persekutuan USD ialah 3% dan kadar faedah Bank Pusat Eropah ialah 3.5%. Jika anda membuka posisi short (jual) untuk 1 lot EURUSD, anda secara dasarnya menjual €100 000, meminjamnya pada kadar faedah 3.5%. Dengan menjual EURUSD, anda membeli USD, yang memperolehi kadar faedah pada 3%. Perbezaan kadar faedahnya ialah 0.5.

Sekarang katakan broker anda mengenakan markup 0.25% untuk swap. Oleh kerana kadar faedah matawang yang anda jual (EUR) adalah lebih tinggi daripada matawang yang anda beli (USD), anda menambah markup pada formula tersebut.

Kami menggunakan tahun dengan 365 hari untuk contoh ini, tetapi sesetengah broker biasanya menggunakan 360 hari. Yang lain akan menggunakan 365 hari dan 360 hari, bergantung pada instrumen yang mereka dagangkan.

Dalam kes ini, formulanya ialah:

  • Kadar swap = (Kontrak x [Perbezaan kadar faedah + Markup Broker] /100) x (Harga/Jumlah hari setahun)
  • Swap Short = (100 000 x [0.5 + 0.25] /100) x (1.1000/365)
  • Swap Short = USD 2.26 atau 2.26 poin

Dalam kes ini, anda menjual EUR, dan kadar faedahnya lebih tinggi daripada USD; oleh itu, 2.26 USD ditolak daripada akaun anda apabila posisi EURUSD anda beralih ke hari yang berikutnya.

Pengiraan Swap Long

Urusniaga long (atau urusniaga bullish) adalah apabila anda membeli dengan jangkaan bahawa matawang yang anda beli akan naik nilainya dan anda akan mendapat keuntungan daripadanya. 

Dengan membuka posisi long pada EURUSD, anda akan membeli EUR dan menjual USD. Ini bermakna anda pada dasarnya akan membeli €100 000, yang memperolehi faedah sebanyak 3.5% dengan menggunakan kadar faedah USD 3%. Jika broker mengenakan markup 0.25%, anda akan menolaknya daripada formula tersebut kerana kadar faedah matawang yang anda jual adalah lebih rendah daripada matawang yang anda beli.

Dalam kes ini, formulanya ialah:

  • Kadar swap = (Kontrak x [Perbezaan kadar faedah - Markup Broker] /100) x (Harga/Jumlah hari setahun)
  • Swap Long = (100 000 x [0.5 – 0.25] /100) x (1.1000/365)
  • Swap Long = USD 0.75 atau 0.75 poin

Di sini anda membeli EUR, dan kadar faedahnya lebih tinggi daripada USD. Oleh itu, 0.75 USD dikreditkan ke akaun anda apabila posisi EURUSD anda beralih ke hari yang berikutnya.

Nota: Jika perbezaan antara kadar faedah adalah sama atau lebih kecil daripada markup broker, anda masih akan dikenakan bayaran untuk posisi beli.

Mujurlah, anda tidak perlu mengira swap secara manual setiap kali anda terlibat dalam perdagangan swap kerana terdapat peralatan khas yang disediakan untuk melakukan perkara tersebut. Anda boleh membuka halaman Spesifikasi Kontrak untuk menyemak jadual kadar Swap Forex: jadual kami mengandungi kadar untuk Swap Long dan Swap Short.

Mari kita lihat satu contoh: pertimbangkan pasangan AUDCAD Forex.

Swap Long (dalam kes ini, 3.99) adalah kadar faedah yang terpakai untuk urusniaga anda jika anda membeli AUDCAD dan mengekalkan posisi semalaman (bermakna anda akan rugi sebanyak 3.99 poin pada pesanan anda). Pada masa yang sama, Swap Short (-4.21) adalah kadar faedah yang akan dikenakan pada pesanan jual anda jika anda mengekalkannya semalaman (bermaksud anda akan rugi 4.21 poin pada pesanan anda). Angka-angka ditunjukkan dalam sebutan poin, yang mengukur pergerakan harga terkecil, jadi ia tidak mewakili mana-mana matawang tertentu. Ia berubah-ubah bergantung pada kemeruapan pasangan Forex, jadi anda perlu selalu memantau kalendar acara kewangan dan berita Forex.

Anda juga boleh dapatkan angka Swap Long dan Swap Short yang terkini di platform perdagangan anda. Contohnya, dalam MetaTrader 4 (atau MetaTrader 5), klik butang kanan tetikus pada pasangan matawang dan pilih “Specification.” Anda mungkin perlu menatal ke bawah pada tetingkap yang terbuka.

Swap 3 hari

Rollover biasanya berlaku pada pukul 5 p.m. Eastern Standard Time (GMT-5) setiap Isnin hingga Jumaat iaitu pada akhir sesi New York. Namun, ada satu hari yang istimewa untuk rollover – hari Rabu.

Katakanlah anda mengekalkan posisi buka agar terus aktif semalaman setelah sesi Rabu selesai. Dalam kes seperti ini, swap akan dikali dengan tiga untuk mengambil kira rollover pada hujung minggu di mana pasaran Forex tidak dibuka.

Swap tiga kali ganda, atau Swap 3 hari, berlaku pada hari Rabu kerana kebanyakan instrumen memerlukan dua hari bekerja untuk diselesaikan (untuk semua transaksi kewangan dapat diselesaikan). Jadi, jika anda membuka posisi pada hari Rabu, ia akan diselesaikan pada hari Jumaat. Sekiranya anda melanjutkan posisi Rabu ke hari Khamis, kadar swap juga akan mengambil kira pelanjutan posisi sepanjang hujung minggu, meningkatkan kadarnya tiga kali ganda.

Pilihan Bebas-Swap

Perdagangan forex sangat terbuka dan mengalu-alukan orang-orang dari pelbagai latarbelakang agama. Sesetengah broker menyedari bahawa agama Islam melarang penganutnya menerima atau membayar faedah dan mewujudkan syarat-syarat yang unik untuk mereka. Sebagai contoh, FBS menawarkan pilihan bebas swap untuk pelanggan-pelanggan Muslim yang juga ingin menikmati perdagangan dan mengekalkan posisi semalaman tetapi tidak boleh membayar atau menerima faedah swap bagi posisi-posisi mereka.

Mula berdagang

2024-01-10 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.