Pola Three Drives

Baca artikel ini di laman web FBS

Pola "Three Drives" terbentuk dari satu siri higher highs atau higher lows yang berturutan. Ia sama seperti pola ABCD. Bezanya, pola Three Drives terbentuk dari 5 kaki, sementara pola ABCD terbentuk dari 4 kaku. Three Drives adalah pola penyongsangan (reversal pattern), jadi ia mengisyaratkan akan berlakunya perubahan pada suatu trend.

Berikut adalah parameter-parameter kunci untuk pola Three Drives:

  • Titik A berada pada pengunduran (retracement) 61.8% Drive 1.
  • Titik B berada pada pengunduran (retracement) 61.8% Drive 2.
  • Drive 2 berada pada sambungan (extension) 127.2%-161.8% titik A.
  • Drive 3 berada pada sambungan (extension) 127.2%-161.8% titik B.

Sila maklum bahawa harga harus menghabiskan jumlah masa yang sama membentuk Drive 2 dan Drive 3. Pembetulan (Correction) A dan Pembetulan B juga harus mengambil jumlah masa yang sama lama.

Cara berdagang

Ada 2 cara untuk berdagang dengan pola Three Drives:

  1. Anda boleh dagangkan Drive 3. Masuk pasaran bila anda pasti pasaran telah membentuk Titik B (beli di Three Drives bearish dan jual di Three Drives bullish). Ambilan Untung (Tp, Take Profit) harus berada di sekitar 127.2-161.8% sambungan B (extension of B).
  2. Anda boleh berdagang bila keseluruhan pola sudah lengkap. Masuk pasaran di sambungan 127.2%-161.8% B (jual di Three Drives bearish, dan beli di Three Drives bullish). Ambilan Untung boleh dipasang di pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracement) 61.8% bagi keseluruhan pola.

Mula berdagang

2023-05-08 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.