Apakah itu Perdagangan Forex?

Mari kita terokai pasaran kewangan yang paling laju dan cepat, serta menyelami asas perdagangan Forex, ciri-ciri terdesentralisasi dan bagaimana ia beroperasi sepanjang masa. Dalam artikel ini, kami juga akan menyerlahkan pemain-pemain utama dalam pasaran Forex dan menggariskan peranan broker dalam menyediakan akses kepada pasaran.

Apakah itu Forex

Forex, FX atau Pertukaran Matawang Asing adalah pasaran di mana matawang dari pelbagai negara dijualbeli antara satu sama lain. Forex adalah salah satu dari pasaran kewangan terbesar di dunia untuk perdagangan pelbagai matawang.

Beroperasi 24 jam sehari, lima hari seminggu, pasaran Forex membolehkan sesiapa sahaja di seluruh dunia untuk terlibat dalam jualbeli matawang pada bila-bilal masa. Dalam zaman moden pasaran elektronik, kehadiran fizikal bursa tukaran tidak diperlukan lagi. Jual-beli matawang sesebuah negara bertentangan matawang negara lain berlaku dalam talian. Pedagang membuka posisi matawang tertentu dan menjangkakan harga akan naik atau turun bergantung pada situasi pasaran. Pedagang boleh menghasilkan keuntungan daripada pergerakan harga ini.

Tidak ada cara untuk matawang diperdagangkan secara unilateral. Perdagangan adalah satu proses yang relatif – apabila ada yang membeli, pastilah ada juga yang menjual. Disebabkan perbezaan antara transaksi ini, sesetengah pedagang mendapat manfaat, dan yang lain kerugian wang.

Apakah itu Forex.png

Bagaimana FX berfungsi

Ciri utama pasaran Forex ialah sifat terdesentralisasi, ini bermaksud tiada satu lokasi fizikal tunggal untuk pelabur berdagang matawang. Peserta pasaran, merentas seluruh dunia berhubung melalui internet untuk jualbeli matawang. Pusat kewangan utama seperti London, New York, Singapura, Tokyo, Frankfurt, Hong Kong dan Sydney memainkan peranan penting dalam pasaran Tukaran Asing.

Mereka yang ingin berdagang Forex tidak boleh mula memperdagangkan pasangan matawang sebenar dengan begitu sahaja kerana pasaran-pasaran ini adalah untuk pemain-pemain besar: bank, kerajaan, dan institusi kewangan. Untuk mengakses pasaran matawang, pedagang memilih broker Forex yang menghubungkan mereka dengan aliran pasaran antarabangsa.

Pemain utama Forex

Perdagangan Forex melibatkan ramai individu dan organisasi. Sebahagian daripada mereka berdagang untuk mendapatkan keuntungan. Yang lain pula berdagang untuk melindungi risiko mereka. Selain daripada itu, sesetengah daripada mereka menggunakan matawang asing untuk membayar barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Walau bagaimanapun, itu adalah contoh kehidupan sebenar dan bukannya senario perdagangan.

Pemain-pemain FX yang terbesar adalah bank-bank terbesar seperti Citi, UBS, Barclays, Deutsche Bank, Goldman Sachs, dan Bank of America. Bank-bank ini dan bank-bank lain, dikenali secara kolektif sebagai pasaran interbank, menguruskan banyak sekali transaksi kewangan setiap hari.

Gergasi komersial seperti Apple, Facebook dan Microsoft juga mengambil bahagian dalam perdagangan Forex, terlibat dalam aktiviti yang boleh mempengaruhi kadar tukaran matawang. Walau bagaimanapun, kesannya biasanya lemah.

Selain daripada bank-bank dan syarikat komersial besar, antara peserta pasaran Forex yang sentiasa aktif adalah kerajaan-kerajaan dan bank-bank pusat seperti ECB (Bank Pusat Eropah), BoE (Bank of England), dan Rizab Persekutuan AS. Kerajaan-kerajaan negara dan bank pusat memainkan peranan penting dalam menguruskan rizab matawang nasional dan mempengaruhi pasaran Forex menerusi keputusan dasar dan pelarasan kadar faedah.

Kerajaan juga mengambil bahagian dalam pasaran Forex untuk menangani rizab tukaran asing dan melakukan pelbagai operasi perdagangan. Bank-bank pusat mempengaruhi pasaran dengan dasar dan pengumuman mereka. Mereka boleh mengawal inflasi dan menggunakan kadar faedah untuk tujuan ini.

Selain daripada bank, syarikat multinasional, kerajaan serta para pelabur yang mencari risiko sentiasa bersedia untuk berspekulasi.

Adalah lebih baik untuk menumpukan perhatian kepada tujuan sebenar perdagangan pasaran dan mempunyai kefahaman yang jelas mengenai apa yang dimaksudkan dengan spekulasi: pembelian dan penjualan matawang dengan niat untuk membuat keuntungan.

Pedagang runcit yang biasa kita temui adalah golongan yang suka mengambil risiko. Kumpulan ini termasuk individu yang berdagang setiap hari atau setiap minggu untuk mendapatkan wang sebanyak mungkin. Mereka mengkaji berita ekonomi dan politik, penyata bank, siaran statistik, dan pengumuman awam untuk meramalkan potensi pergerakan harga pada masa hadapan.

Pedagang yang lain lebih suka bergantung pada indikator teknikal dan kurang memberikan perhatian kepada berita.

Bagaimana cara operasi Forex

Broker memberikan pedagang akses kepada pasaran Forex. Broker adalah syarikat yang menghubungkan orang ramai dan pasaran interbank di mana semua proses perdagangan berlaku. Sesiapa pun dapat berdagang di pasaran dengan bantuan broker Forex.

Broker menyediakan akses kepada program perisian dan servis yang selamat dan terjamin untuk perdagangan, di mana pedagang boleh melihat sebut harga matawang secara masa nyata dan membuat pesanan untuk membeli atau menjual posisi (matawang) hanya dengan beberapa klik.

Jika anda ingin memulakan kerjaya perdagangan anda, anda hanya perlu membuka akaun dengan broker Forex pilihan anda. FBS adalah pilihan yang sesuai untuk peranan itu.

Cara memilih broker Forex dengan betul

Apabila memilih broker, beri perhatian kepada tiga parameter utama ini:

  • Tahap pengalaman & kepakaran
  • Kawalan selia
  • Reputasi

Mengapa ciri-ciri ini menunjukkan keandalan? Jawapannya mudah – semua faktor-faktor di atas membuktikan bahawa broker ini cukup layak diandalkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan. Pengalaman dalam pasaran bermakna broker cukup berkelayakan untuk mengatur proses perdagangan, mengambil kira pelbagai kerumitan teknikalnya. Tentang kawalan selia, parameter ini menjadikan aliran kerja telus dan selamat untuk syarikat dan pelanggannya. Broker yang berlesen menjamin perlindungan untuk pedagang dan dana mereka. Akhir sekali, reputasi berguna untuk menduga ketulusan (goodwill) sesebuah syarikat dan tanggapan umum mengenainya. Ia menyerlahkan seberapa mesra dan suportif suatu broker itu terhadap pelanggannya.

FBS adalah sebuah broker yang berlesen. Ia menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggannya sejak tahun 2009, dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu peneraju pasaran. Syarikat ini telah menerima banyak pengiktirafan dan anugerah antarabangsa. Setelah berkecimpung selama lebih 15 tahun dalam pasaran, syarikat ini sentiasa berorientasikan pelanggan. Sungguhpun ia sudah mengecapi kejayaan di serata dunia, FBS tetap berusaha untuk memenuhi keperluan setiap pedagang yang menggunakannya. Pasukan FBS sentiasa bersedia untuk membantu – chat khidmat sokongan pelanggan mereka tersedia 24/7.

FBS menawarkan pelbagai bahan pendidikan untuk membimbing anda dalam mempelajari tentang perdagangan Forex. Apakah sebenarnya dagangan Forex? Bagaimana cara menggunakan platform MeteTrader? Apakah nisbah purata risiko-ganjaran? FBS menjawab banyak lagi soalan dalam artikel mereka, panduan video, media sosial dan banyak lagi untuk mendidik pedagang dan membantu mereka membuat keputusan yang termaklum.

Akhir sekali, ketersediaan terma perdagangan adalah salah satu faktor utama yang perlu dipertimbangkan apabila memilih broker. Teliti semua terma pelaksanaan, spread, dan komisen yang ditawarkan oleh broker. Semak sama ada terdapat pilihan bebas swap.

FBS adalah terkenal kerana menyediakan antara pelaksanaan pesanan yang paling laju dari 0.01 saat, spread dari 0.7 pip dan pelbagai instrumen perdagangan. Kami beriltizam untuk memberikan pedagang hanya yang terbaik dalam Forex!

Soalan Lazim

Apakah itu Forex dan bagaimana ia berfungsi?

Maksud Forex yang juga merujuk kepada bursa tukaran asing, melibatkan pedagang yang mengambil bahagian dalam pertukaran satu matawang untuk matawang lain dengan harapan untuk memanfaatkan perubahan harga ini. Berbeza daripada pedagang saham yang berurusan dengan syer, peserta Forex memberi tumpuan untuk memaksimumkan pendapatan mereka melalui rancangan masa yang teliti untuk jualbeli matawang, bertujuan untuk menghasilkan keuntungan daripada kadar tukaran yang berbeza.

Adakah Forex mudah untuk pemula?

Untuk pedagang baru dalam perdagangan Forex, menelusuri pelbagai maklumat yang tersedia mungkin mencabar. Cara yang paling mudah untuk mula berdagang ialah untuk menguasai perkara asas, memahami perisian dan bereksperimen dengan akaun demo. Selain itu, menyelami konteks ekonomi global dan mengikuti perkembangan berita kewangan terkini boleh menyediakan pemahaman yang lebih jelas tentang pergerakan pasaran. Membina rangkaian dengan pedagang lain dan menyertai komuniti Forex juga boleh menawarkan sokongan yang berharga dan perkongsian pengetahuan.

Bagaimana untuk menjelaskan Forex bagi seorang pemula baru?

Pasaran Forex ialah pasaran untuk pertukaran matawang. Capaian global, komen dan kewangan menjadikan FX sebagai pasaran yang terbesar dan paling cair. Matawang didagangkan mengikut pasangan bertentangan satu sama lain.

Apakah peraturan pertama Forex?

Peraturan pertama perdagangan Forex ialah untuk mempunyai pelan perdagangan. Rancang urusniaga anda secara awal, menentukan titik masuk dan keluar dan melaksanakan strategi pengurusan risiko. Semasa merancang dagangan, ia juga penting untuk menetapkan pesanan stop-loss untuk membataskan potensi kerugian dan pesanan take-profit untuk menyingkirkan impak emosi terhadap dagangan anda.

Ringkasan

Secara kesimpulan, perdagangan Forex menyediakan peluang yang unik untuk individu-individu mengambil bahagian dalam dunia dinamik tukaran matawang, daripada memahami asas cara pasaran beroperasi kepada menyelusuri landskap kompleks kewangan antarabangsa.

Menerusi eksplorasi tentang peranan pemain besar dalam pasaran, daripada bank kepada pedagang individu, perdagangan Forex ternyata bukan sekadar tukaran matawang tetapi juga memahami dinamik ekonomi global.

Sama ada anda baru sahaja belajar menguasai alam perdagangan melalui akaun demo atau pedagang berpengalaman yang menganalisis landskap ekonomi global, perjalanan dalam perdagangan Forex melibatkan pembelajaran dan penyesuaian yang berterusan.

Dengan broker yang betul yang menyediakan akses ke platform perdagangan dan pemahaman pasaran, pedagang bersiap sedia untuk menavigasi pasaran Forex. Di FBS, anda boleh mula belajar asas-asas Forex dan bereksperimen dengan akaun demo.

Tutorial ini memberikan anda beberapa poin penting berkenaan Forex dan pertukaran asing. Sila lihat kursus seterusnya dan tingkatkan kemahiran perdagangan anda.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera