Strategi Perdagangan Indikator Aroon

Pengalaman bekerja dengan trend adalah penting bagi setiap pedagang. Jika anda tidak tahu bagaimana cara untuk menentukan trend, anda tidak akan berjaya. Artikel ini akan memperkenalkan anda dengan satu osilator zaman milenium yang akan membantu anda menjadi seorang yang genius dalam penganalisisan trend. Siap sedia untuk mengetahui lebih lanjut tentang indikator osilator Aroon!

Apakah Itu Indikator Aroon?

Indikator Aroon telah dibangunkan oleh penganalisis teknikal pasaran terkemuka Tushar Chande pada tahun 1995. "Aroon" berasal dari bahasa Sanskrit dan bermaksud "Cahaya Awal Fajar." Ia indikator teknikal yang membantu pedagang mengenal pasti perubahan arah trend dan kekuatan trend semasa. Selain itu, ia boleh membantu kita melihat penghujung pengukuhan pasaran dan permulaan suatu trend baharu. 

Aroon terdiri daripada dua bahagian yang berasingan: AroonUp dan AroonDown.

AroonUp mengukur masa yang telah berlalu sejak harga membentuk paras tertinggi dalam satu tempoh tertentu. Jika harga tinggi bar semasa adalah yang tertinggi dalam tempoh yang dipertimbangkan, nilai AroonUp ialah 100. Jika tidak, ia memberikan nilai peratus yang menunjukkan masa yang telah berlalu sejak paras tertinggi baharu dalam tempoh itu terbentuk.

AroonDown mengukur masa yang telah berlalu sejak harga membentuk paras terendah dalam satu tempoh tertentu. Sebagai alternatif kepada AroonUp, jika paras terendah bar semasa adalah yang paling rendah dalam tempoh yang dipertimbangkan, nilai AroonDown ialah 100.

Garisan AroonUp dan AroonDown diletakkan di atas satu sama lain dan menunjukkan pergerakan antara nilai 0 dan 100. Secara standard, indikator digunakan dengan tetapan 25 tempoh. Dengan cara ini, ia menunjukkan berapa lama masa telah berlalu sejak harga mencatatkan paras tertinggi atau terendah dalam tempoh 25 hari.

1.png

Bagaimana cara menambahkan Indikator Aroon ke carta di MetaTrader?

Anda tidak akan menemui osilator Aroon di dalam set standard instrumen MetaTrader. Walau bagaimanapun, indikator ini tersedia untuk dimuat turun secara percuma dari laman web rasmi MetaTrader. Jika anda seorang pedagang FBS, anda boleh memuat turun versi kami untuk indikator ini.

Kata laluan untuk folder ini ialah FBSAroon1234.

Untuk menambahkan Indikator Aroon ke MetaTrader, klik File – Data Folder dan letakkan fail yang dimuat turun ke dalam folder. Selepas itu, anda perlu menutup dan membuka semula perisian. Osilator tersebut akan boleh ditemui di dalam program. Anda boleh menambahkannya ke carta dengan mengklik Insert – Indicators – Custom – – Nama indikator.

2.png

Bagaimana cara untuk mengira Indikator Aroon?

Jika anda lihat pada formula Indikator Aroon buat kali yang pertama, anda mungkin menyangka ia agak rumit. Ia sebenarnya jauh lebih mudah daripada yang terlihat. Dalam persamaan di bawah, kami membentangkan pengiraan piawai Indikator Aroon dengan 25 tempoh.

table.png

Untuk membuat pengiraan dengan formula di atas, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Jejaki paras tertinggi dan terendah aset untuk 25 tempoh yang terakhir.
  2. Ingat bilangan tempoh yang sudah berlalu sejak paras tertinggi dan terendah sebelum ini.
  3. Masukkan nombor ke dalam formula di atas.

Mujurlah anda tidak perlu mengiranya sendiri, kerana perisian MetaTrader sudah mengiranya untuk anda.

Perbezaan antara indikator Aroon dan AroonUp/AroonDown

Selain daripada Indikator Aroon klasik yang dibangunkan oleh Tushar Chande, ada teradapat adaptasi bagi indikator ini juga. Anda boleh menemuinya di laman web rasmi MetaTrader 5. Anda boleh mengiranya dengan menolak Aroon Down daripada Aroon Up. Ia divisualkan sebagai satu garisan yang berbolak balik di antara nilai -100 dan 100. Secara umumnya, indikator Aroon satu garisan menggunakan taktik pengecaman trend yang sama. Ia memberikan isyarat uptrend jika ia bergerak ke arah sempadan atasnya dan downtrend apabila ia bergerak ke sempadan bawah. 

3.png

Bagaimana Cara Mentafsir Indikator Aroon?

Jika anda lihat pada Indikator Aroon di MetaTrader, anda dapat melihat bahawa selain daripada sifar dan 100, ia ada tiga lagi tahap yang lain: 30, 50, dan 70. Warna-warna yang standard pada indikator ini adalah hijau (untuk AroonUp) dan merah (untuk AroonDown). Bagaimana cara menggunakan Indikator Aroon?

Pertama, anda boleh menggunakannya untuk melihat trend utama

Bentuk tafsiran yang paling asas bagi osilator ini ialah pengecaman trend umum. Jika AroonUp berada di atas 50, dan AroonDown di bawah 50, pasaran adalah bullish. Sebaliknya, jika AroonDown bergerak di atas 50, dan AroonUp di bawah 50, ia mengisyaratkan downtrend.

4.png

Kedua, anda boleh mengenal pasti permulaan suatu trend baharu.

Apabila AroonUp menyilang ke atas AroonDown, ia menandakan permulaan suatu uptrend. Isyaratnya dianggap lebih kuat apabila AroonUp menembus melepasi 50 dan AroonDown bergerak di bawah 50. Akhir sekali, jika AroonUp berada hampir dengan 100 dan AroonDown sedang berada di 0, ini adalah isyarat yang baik bahawa uptrend akan bertahan lama.

5.png

Untuk downtrend, kita perlu melihat AroonDown menyilang AroonUp dari bawah ke atas. Jika Aroon menembus ke atas 50 dan/atau mencapai tahap 100, manakala AroonUp turun ke bawah 50 dan/atau mencapai paras sifar, ini memberikan petanda downtrend.

6.png

Ketiga, anda boleh mengesan pengukuhan harga

Jika kedua-dua AroonUp dan AroonDown berada di bawah 50 atau kedua-dua garisan ini bergerak lebih rendah secara selari, ini adalah tanda pengukuhan mulai membentuk. Jika kedua-dua AroonUp dan AroonDown berada di bawah 50, tiada tahap tinggi atau rendah baharu telah direkodkan.

7.png

Jika kedua-dua garisan bergerak lebih rendah secara selari, ia menandakan permulaan pasaran yang mendatar atau menjulat, tanpa rekod tinggi atau rendah baharu. 

8.png

Keempat, anda boleh mengenal pasti isyarat kemasukan

Sesetengah pedagang menggunakan Indikator Aroon untuk mengenal pasti calon titik kemasukan. Contohnya, jika AroonUp melintasi AroonDown dari bawah ke atas, ia mungkin isyarat untuk membeli. Begitu juga sebaliknya, penyilangan AroonDown ke bawah AroonUp ialah isyarat "jual". Adalah penting untuk menggunakan signal pengesahan tambahan (contohnya, daripada osilator lain) sebelum membuka urusniaga. Jika pasaran bergigi-gigi, indikator akan menghasilkan isyarat yang tidak berkualiti disebabkan oleh perubahan harga yang pantas. Selain itu, disebabkan kelambanan (lagging), indikator mungkin akan lewat memberikan isyarat. Justeru, penelitian dan analisis yang menyeluruh amat disyorkan.

Strategi-Strategi Indikator Aroon

Terdapat dua strategi utama yang boleh anda terapkan menggunakan indikator Aroon. Ia adalah strategi penembusan dan kekuatan trend.

Strategi Penembusan (Breakout)

Strategi penembusan berdasarkan kaedah mencari pengukuhan dan menunggu sehingga sempadan julat ditembusi. Mari kita lihat langkah-langkah utamanya.

  1. Cari pengukuhan.
  2. Tunggu isyarat penembusan pada Indikator Aroon (persilangan dua garisan diikuti dengan penyilangan aras 50).
  3. Nantikan penembusan sempadan julat pengukuhan untuk mengelakkan isyarat palsu.
  4. Buka urusniaga sejajar dengan arah gerakan penembusan. Jangan lupa untuk meletakkan renti rugi berhampiran garisan sokongan/rintangan yang signifikan.
  5. Tutup urusniaga apabila ia mencapai aras signifikan yang seterusnya.

Mari kita pertimbangkan satu contoh.

9.png

Pada carta harian USDJPY, harga telah mengukuh di antara 109.3 dan 111.00. Ia mengesahkan pengukuhan. Garisan-garisan Aroon berada di bawah paras 30. Selepas AroonUp melintasi AroonDown dari bawah ke atas, kami menunggu isyarat tambahan untuk membuka urusniaga long. Isyarat-isyarat ini adalah penembusan garisan 50 oleh AroonUp dan penembusan kuat sempadan atas julat pengukuhan di 111.00. Kami masuk di 111.20 dengan Renti Rugi ditetapkan di 109.30. Ambilan Untung diletakkan di paras rintangan signifikan sebelum ini iaitu di 113.15.

Strategi kekuatan trend

Strategi kedua adalah berkaitan mengikut gerakan trend yang kuat. Anda sudah tahu dari perenggan sebelumnya bahawa suatu uptrend dianggap kuat apabila AroonUp berada pada tahap tertinggi (hampir 100) dan AroonDown bergerak di bawah 50. Untuk downtrend pula, AroonDown harus berada berhampiran dengan 100, dan AroonUp harus berada di bawah 50.

Untuk entri long, anda perlu melengkapkan langkah-langkah berikut.

  1. Tunggu sehingga AroonUp melintas melepasi garisan 70 dan AroonDown di bawah 50.
  2. Buka entri long pada candlestick seterusnya selepas penyilangan berlaku.
  3. Letakkan Renti Rugi pada aras sokongan penting sebelum itu.
  4. Tutup pesanan anda secara manual apabila isyarat penyongsangan, persilangan garisan Aroon dengan cara yang bertentangan, muncul.

Mari kita lihat satu contoh. Pada carta harian USDJPY, kami menunggu sehingga AroonUp menyilang melepasi garisan 70 dan sehingga AroonDown jatuh di bawah 50. Kami membuka urusniaga long pada 110.90 dan meletakkan Renti Rugi beberapa poin di bawah aras ini iaitu di 109.70. Kami menutup urusniaga itu di 113.90 apabila AroonUp jatuh lebih rendah dari 30.

10.png

Untuk entri short, anda perlu melaksanakan algoritma berikut:

  1. Cari persilangan. AroonDown harus menyilang garisan 70. AroonUp harus jatuh lebih rendah dari 50.
  2. Letakkan Renti Rugi beberapa poin di atas titik kemasukan atau berhampiran dengan rintangan yang terdekat.
  3. Tutup urusniaga anda apabila AroonDown jatuh di bawah garisan 30.

Indikator Aroon dan ADX

Sesetengah peniaga mungkin mendapati Indikator Aroon serupa dengan ADX. Kedua-duanya menunjukkan trend dan membantu kita melihat kekuatan trend. Walau bagaimanapun, pengiraan kedua-dua indikator ini berbeza sama sekali. Garisan Aroon memfokuskan pada masa antara tinggi dan rendah, manakala formula ADX lebih kompleks. Anda boleh bandingkan kedua-dua indikator di dalam gambar di bawah.

11.png

Indikator Aroon dan RSI

Jika anda ingin mengetahui apakah osilator yang paling berkesan digandingkan dengan Aroon, kami amat mengesyorkan agar anda menggabungkannya dengan RSI. Anda boleh menggunakan RSI sebagai isyarat penyongsangan tambahan apabila ia membentuk capahan bearish/bullish, dan AroonDown/AroonUp melintasi garisan 50 ke arah atas. 

Kelebihan dan keburukan Indikator Aroon

Seperti mana-mana osilator lain yang digunakan dalam analisis teknikal, Aroon mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Di antara kelebihannya, boleh kami katakan adalah ketepatannya dalam menentukan trend, kecekapan, isyarat yang sangat baik dan jelas tentang penyongsangan trend.

Kelemahan utamanya adalah kelambanan (lagging), isyarat palsu semasa pasaran mendatar, dan keperluan untuk mengesahkan isyarat.

Kesimpulan

Jika anda ingin berdagang dengan trend atau menghadapi masalah mengenal pasti trend, Indikator Aroon pilihan yang hebat. Ia sangat mudah difahami dan berfungsi sebagai pemberi isyarat yang baik. Pastikan anda menggunakan pengesahan tambahan. Jangan jadikan indikator sebagai cawan suci, dan kejayaan akan berpihak kepada anda!

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera