-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
Bat (Kelawar)
Pola Bat (Kelawar) adalah variasi pola harmonik Gartley. Garisan bentuk pola ini adalah sama, perbezaannya adalah pada nisbah Fibonacci yang mentakrifkan posisi titik-titik kunci.
Mari kita lihat pada parameter pola Bat/Kelawar:
- Titik B adalah pada 38.2%-50% pengunduran (retracement) XA.
- Titik C berada pada pengunduran 38.2%-88.6% AB.
- Titik D boleh ditemui pada 161.8%-261.8% sambungan (extension) AB atau pada 88.6% pengunduran XA.
Cara berdagang
Titik kemasukan adalah pada titik D. Seperti biasa, pengesahan penyongsangan pasaran adalah penting di sini. Ambilan Untung (Take Profit, TP) boleh berada di 61.8% CD (TP1), 127.2% CD (TP2), dan/atau unjuran (projection) XA dari D (TP3). Letakkan Renti Rugi (Stop Loss, SL) sejajar dengan peraturan pengurusan risiko anda.
Mari kita lihat contoh-contoh pola Bat/Kelawar yang bullish pada carta.
Anda boleh lihat titik B berada pada pengunduran (retracement) 61.8% XA, titik C pada pengunduran 88.6% AB, manakala titik D berada hampir dengan pengunduran 88.6% XA. Nisbah Fibo tidak sama sama seperti yang ada pada skema, tetapi ia cukup hampir. Perhatikan ada candlestick "Harami" yang terbentuk pada titik D, mengesahkan harga akan menyongsang naik ke atas.
2022-05-17 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Struktur Sebuah Robot Perdagangan
- Membina Robot Perdagangan Tanpa Pengaturcaraan
- Bagaimana Cara Menggunakan Robot Perdagangan di MetaTrader 5?
- Perdagangan algoritma: apakah ia?
- Pemangkasan dalam Teori Elliott Wave
- Ichimoku
- Bagaimana cara berdagang dengan senggang (gaps)
- Pola Leading Diagonal
- Pola Gelombang Wolfe (Wolfe Waves)
- Pola Three Drives
- Shark
- Butterfly
- Crab
- Gartley
- ABCD
- Pola Harmonik
- Gelombang motif dan pembetulan. Darjah gelombang
- Pengenalan kepada Teori Elliott Wave
- Cara-cara berdagang dengan breakout
- Berdagang sempena berita Forex
- Bagaimana caranya memasang pesanan Ambilan Untung (Take Profit)?
- Pengurusan risiko
- Bagaimanakah caranya memasang pesanan Renti Rugi (Stop Loss)?
- Indikator Teknikal: Memperdagangkan Capahan (Divergence)