Spread Bid-Ask

Berapa kos yang perlu anda bayar untuk berdagang di Forex? Spread adalah cara yang paling lazim digunakan oleh broker untuk mengenakan fi ke atas para pedagang untuk peluang berdagang di pasaran matawang. Di sini kami akan menerangkan bagaimana spread berfungsi.

Apakah Itu spread?

Spread adalah satu konsep yang konvensional bagi pasaran kewangan. Ia tidak lebih dari sekadar perbezaan antara harga di mana suatu aset pendasar boleh dijual atau dibeli oleh pedagang.

Anda pasti pernah berurusan dengan spread jika anda pernah hadir ke bank atau kiosk pengurup wang untuk mendapatkan matawang asing. Bank sentiasa menunjukkan dua sebut harga matawang – satu harga yang ia tawarkan untuk membelinya daripada anda dan satu harga di mana ia bersedia untuk menjualnya kepada anda. Spread antara kedua-dua harga ini memberikan bank laba daripada operasi pertukaran asing yang ia lakukan untuk anda.

Setiap aset mempunyai harga Bid dan Ask dan kita akan membincangkan dua unsur ini dalam perenggan seterusnya. Apabila anda membeli suatu aset, FBS membuka pesanan anda pada harga Ask, dan begitulah juga sebaliknya; apabila anda menjual aset tersebut, FBS membuka pesanan anda pada harga Bid. Anda boleh tanggapi spread Bid-Ask forex sebagai suatu bentuk fi untuk melakukan urusniaga perdagangan. Spread yang lebih kecil bererti pedagang menikmati terma perdagangan yang lebih baik.

Bagaimana Spread Bid-Ask Berfungsi?

Ada dua pihak di pasaran kewangan, pembeli dan penjual. Pembeli mahu membeli aset pada harga serendah yang mungkin. Penjual, sebaliknya, mahu menjual aset pada harga yang tertinggi. Dua pihak ini mewujudkan harga belian yang dipanggil Bid dan harga jualan yang dipanggil Ask.

Spread adalah perbezaan antara harga Bid dan Ask, jadi formula spread Bid-Ask kelihatan seperti ini: Ask – Bid = Spread.

Kesimpulannya:

  • Harga yang kita bayar untuk membeli suatu pasangan dipanggil Ask. Ia sentiasa lebih tinggi sedikit daripada harga pasaran.
  • Harga di mana kita menjual suatu pasangan di Forex dipanggil Bid. Ia sentiasa lebih rendah sedikit daripada harga pasaran.
  • Harga yang kita lihat pada carta adalah harga Bid.
  • Harga Ask sentiasa lebih tinggi daripada harga Bid sebanyak beberapa poin.
  • Spread adalah perbezaan antara kedua-dua harga ini.

SPREAD = ASK – BID

Sebagai contoh, harga Bid/Ask matawang EUR/USD adalah 1.12502/1.12506. Anda akan membeli pasangan ini pada harga Ask yang lebih tinggi iaitu 1.12506 dan menjualnya pada harga Bid yang lebih rendah iaitu 1.12502. Ini adalah spread sebanyak 4 poin.

Jenis-jenis spread

Jenis-jenis spread yang ada bergantung pada polisi suatu broker. Spread boleh bersifat malar atau terapung.

Spread malar

Spread malar (tetap) kekal sama tidak kira apa jua keadaan pasaran, pada bila-bila masa. Dengan cara ini, anda tahu dengan pasti berapa banyak yang akan anda bayar untuk urusniaga perdagangan anda. Satu lagi yang bagus mengenainya adalah betapa broker tidak boleh melebarkan spread walaupun keadaan pasaran berubah.

Spread terapung

Spread terapung atau boleh ubah, sebaliknya, sentiasa berubah-ubah. Ia akan melebar atau menguncup berdasarkan bekalan dan permintaan matawang dan ketidaktentuan pasaran secara keseluruhan. Spread terapung biasanya meningkat ketika pengumuman ekonomi penting disiarkan dan cuti bank bila mana kecairan di pasaran menurun. Walau bagaimanapun, apabila pasaran tenang, ia boleh turun menjadi lebih rendah daripada spread yang malar.

Cara memilih spread yang optimum

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan bagi perdagangan anda adalah untuk mencari broker dengan spread yang rendah, kerana ia adalah kayu ukur yang utama bagi semua fi yang akan anda bayar untuk aktiviti perdagangan anda. FBS menyediakan spread yang amat bagus sekali untuk pasangan-pasangan perdagangan paling popular, memudahkan anda berdagang tanpa berasa bimbang.

Jenis spread yang optimum bergantung pada kecenderungan anda sebagai pedagang. Secara umumnya, pedagang dengan akaun yang lebih kecil dan tidak begitu kerap berdagang akan mendapat lebih banyak manfaat daripada spread yang malar/tetap. Pedagang dengan akaun yang lebih besar yang berdagang dengan kerap pada waktu puncak pasaran (bila mana spread adalah yang paling tipis) dan mahu pelaksanaan urusniaga yang pantas akan mendapat manfaat daripada spread terapung yang berubah-ubah.

Sila maklum bahawa FBS menawarkan akaun perdagangan dengan spread yang malar dan terapung, jadi anda boleh memilih pilihan yang paling anda sukai atau membuka beberapa akaun dari pelbagai jenis.

Mengira kos

Perhatikan bahawa kos spread di Forex biasanya amat kecil berbanding dengan kos di pasaran saham atau opsyen. Oleh kerana spread disebut dalam bentuk poin, pedagang boleh mengira kos setiap urusniaga dengan mudah iaitu dengan mendarabkan spread dalam sebutan poin dengan nilai 1 poin. Bagaimana cara mengira keuntungan?

Spread adalah parameter yang penting untuk dipertimbangkan apabila anda memilih broker. Pastikan anda selesa dengan spread yang ditawarkan. Ketahuilah bahawa anda sentiasa boleh mencuba terma/syarat perdagangan broker tanpa perlu melaburkan wang anda iaitu dengan membuka akaun demo.

Semakin pendek tempoh urusniaga anda, saiz spread semakin penting. Sebagai contoh, jika posisi anda berlangsung selama beberapa minit dan keuntungan anda adalah 10 poin, spread sebanyak 3 poin bermakna anda membayar 30% daripada keuntungan anda untuk urusniaga ini. Jika anda mengekalkan urusniaga anda aktif selama sehari, besar kemungkinan akan ada perubahan yang lebih besar pada harga, katakanlah anda untung sebanyak 100 poin. Dalam kes ini, anda akan membayar hanya 3% daripada keuntungan anda sebagai spread.

Pasangan matawang yang lebih popular mempunyai spread yang lebih kecil. Sebagai contoh, spread untuk urusniaga EUR/USD biasanya sangat kecil, atau dalam slanga pedagang disebut 'tight' (ketat/tipis).

Cara menyemak spread dalam MetaTrader

Apabila anda mengklik butang “New Order”, satu tetingkap akan muncul di mana anda boleh melaras butiran urusniaga anda. Tetingkap ini juga akan menunjukkan harga Bid dan Ask semasa.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, secara lalai, MT hanya menunjukkan harga Bid. Untuk menambah garisan Ask pada carta anda, klik kanan pada mana-mana bahagian di carta anda dan pilih “Properties”. Kemudian klik pada tab “Common” dan tandakan kotak “Show Ask line”. Klik pada butang “OK” dan garisan Ask akan muncul pada rangka masa yang lebih kecil (pada rangka masa yang lebih tinggi garisan Bid akan melitupi garisan Ask).

Spread Bid dan Ask dalam MetaTrader

Jika anda masih tidak dapat melihat garisan Ask, semak jika warnanya betul. Pergi kembali ke Properties dan semak untuk memastikan grid (iaitu garisan Bid) dan garisan Ask diberikan warna yang betul.

Menyemak spread Bid dan Ask dalam MetaTrader

Anda juga boleh melihat harga Bid/Ask masa nyata untuk semua instrumen perdagangan yang ada jika anda klik “View” dan kemudian pilih “Market Watch”. Jika anda ingin melihat spread untuk simbol tertentu, klik kanan pada mana-mana simbol dalam tetingkap Market Watch dan pilih “Spread”. Perhatikan bahawa MT4 memberikan sebut harga spread dalam sebutan poin MetaTrader4. Untuk mendapatkan saiz spread dalam poin, anda perlu membahagikan nombor yang anda lihat dengan 10.

Apa Yang Menyebabkan Spread Bid-Ask Menjadi Tinggi?

Adakalanya, spread terapung boleh menjadi sangat besar akibat turun naik pasaran seperti pengumuman ekonomi yang penting, berita, atau apa yang dipanggil Black Swans (peristiwa yang tidak dijangka dan sangat kuat impaknya sehingga boleh menyebabkan pergerakan yang besar). Seiring berjalannya waktu, spread cenderung untuk kembali normal.

Perhatikan bahawa instrumen eksotik juga cenderung untuk mempunyai spread yang tinggi. Sebagai contoh, USDTRY (dolar AS melawan lira Turki) adalah instrumen eksotik, dengan itu ia mempunyai spread yang lebih besar daripada biasa.

Akhir sekali, spread akan melebar apabila kecairan di pasaran berkurangan kerana cuti bank (cuti umum).

Kesimpulan

Spread adalah fi yang dibayar oleh pedagang kepada broker mereka untuk peluang berdagang di pasaran matawang. Ia menyatakan perbezaan antara harga di mana suatu aset pendasar boleh dijual atau dibeli oleh pedagang.

Spread boleh bersifat malar atau terapung, dan jenis spread yang terbaik bergantung pada kecenderungan pedagang. Jika anda berdagang dengan lebih kerap, anda akan menyukai spread yang tipis/ketat. Memilih broker dengan spread yang rendah adalah disyorkan untuk meminimumkan kos yang berkaitan dengan perdagangan dan memaksimumkan pulangan.

Di samping itu, adalah penting untuk maklum bahawa spread sering disebut dalam sebutan poin, iaitu unit pergerakan harga yang terkecil dalam forex. Pedagang harus memahami konsep spread dan jenis-jenis spread yang ditawarkan oleh broker untuk membuat keputusan perdagangan secara bermaklumat dan mengurus kos mereka dengan berkesan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

Strategi Trading Jangka Pendek Yang Berkesan

Walaupun sesetengah trader berasa selesa berkerja dalam rangka masa yang lebih panjang yang membolehkan mereka memeriksa posisi mereka dengan kurang kerap dan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat keputusan, sebilangan trader lain menikmati deruan adrenalin daripada perdagangan intrahari yang lebih agresif.

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera