Bank Pusat: polisi dan akibat

Bank pusat adalah unsur penting di dalam sistem kewangan suatu negara. Ia mengawal bekalan wang, kadar faedah, dan matawang nasional. Tambahan lagi, suatu bank pusat biasanya mengawal sistem perbankan komersil negaranya.Bank pusat mempunyai banyak fungsi penting. Satu yang utama adalah untuk menjaga kestabilan harga dengan mengawal inflasi. Sebuah bank pusat bertanggungjawab untuk memastikan kemantapan ekonomi negara.Bank pusat mempunyai impak yang besar ke atas ekonomi. Campur tangan bank pusat adalah suatu yang lazim kita dengar. Bank pusat masuk ke pasaran tukaran asing untuk membeli atau menjual matawang untuk mempengaruhi kadar tukaran. Satu cara lain untuk campur tangan adalah dengan menyiarkan maklumat yang perlu kepada pasaran. Ini dipanggil sebagai campur tangan verbal.Untuk mendapat pemahaman yang baik tentang polisi mana-mana bank pusat, anda perlu mengetahui objektif utamanya, tugas-tugas asas, jadual dan agenda mesyuaratnya. Tambahan lagi, anda perlu meramal impak yang mungkin terhasil dari kegiatannya ke atas nilai matawang yang terlibat di masa hadapan.

Rizab Persekutuan (Fed, Inggeris: Federal Reserve) adalah bank pusat Amerika Syarikat. Fed terdiri daripada 12 cawangan Bank Rizab Persekutuan yang terletak di kota-kota besar di seluruh negara. Mereka mengumpulkan maklumat ekonomi untuk membolehkan Fed menentukan pendirian monetari yang bersesuaian. Keputusan dasar monetari Fed dibuat oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC, Inggeris: Federal Open Market Committee) yang terdiri dari 7 ahli Lembaga Gabenor dan 5 presiden Bank Rizab.Mesyuarat FOMC adalah salah satu acara yang paling dinantikan dan mempunyai impak besar terhadap pasaran Forex. Fed mengumumkan kadar faedah (kadar dana persekutuan), memberikan wawasan ekonomi yang mempengaruhi keputusan kadarnya dan menawarkan petunjuk-pentunjuk kepada perubahan dalam pernyataan mereka di masa hadapan.Mesyuarat-mesyuarat yang diikuti dengan sidang akhbar (biasanya pada bulan Mac, Jun, September dan Disember) adalah yang paling penting kerana perubahan kadar faedah berlaku di waktu itu.Tambahan lagi, sila maklum bahawa 3 minggu selepas setiap mesyuarat bank pusat akan menyiarkan minitnya. Dokumen ini mengandungi maklumat tentang keputusan sebelum-sebelum ini dan boleh mengandungi niat dan iltizam Fed tentang dasar monetarinya di masa hadapan.Dalam merumuskan keputusan dasarnya, Rizab Persekutuan mengambil kira indikator-indikator ekonomi seperti pertumbuhan KDNK, CPI teras, indeks harga PCE teras, purata pendapatan per jam, daftar penggajian bukan perladangan.Para pedagang cuba untuk meramal tindakan Fed dan jangkaan mereka membuatkan dolar AS turun dan naik.

Bank Pusat Eropah (ECB, Inggeris: European Central Bank) adalah bank pusat untuk 19 buah negara anggota Kesatuan Eropah yang sepakat menggunakan matawang bersama - euro - pada 2002.Tugas utamanya adalah untuk mentakrif dan menerapkan polisi monetari untuk zon euro; mentadbir bank-bank nasional anggota-anggota zon euro; menjalankan operasi tukaran asing; memastikan operasi sistem pembayaran berjalan lancar dan menjaga rizab matawang asing zon euro.ECB membuat keputusan dasar monetari setiap 6 minggu. Keputusan ini diikuti dengan sidang akhbar dan mempunyai impak besar terhadap dinamik euro. Minit mesyuarat ECB biasanya tidak memberikan banyak kesan terhadap pasaran.

Bank Inggeris (BoE, Inggeris: Bank of England) adalah bank pusat bagi United Kingdom yang sejarahnya bermula sejak 1694. Tugas utamanya BoE tidak banyak berbeza dari tugas bank pusat lain. Bank pusat ini mendukung pertumbuhan ekonomi UK, mengawal inflasi dan menetapkan kadar faedah.Jawatankuasa dasar monetari bank ini (MPC) bersidang sekali setiap bulan untuk menetapkan dasar monetari. Bank pusat menyiarkan minit mesyuarat sebaik selepas mesyuarat. Tambahan lagi, mesyuarat sering diikuti dengan sidang akhbar oleh Gabenor BoE.Sekali setiap suku tahun, BoE akan menerbitkan laporan inflasinya yang mengandungi unjuran untuk KDNK dan inflasi.Selain dari itu, bank pusat ini menerbitkan maklumat tentang program pencetakan wang (nilai total wang yang BoE akan hasilkan dan gunakan untuk membeli aset di pasaran terbuka).

Objektif utama Bank Jepun (BoJ, Inggeris: Bank of Japan) hampir sama seperti lain-lain regulator: "untuk melaksanakan kawalan matawang dan monetari demi mencapai kestabilan harga".

Bank Kanada (BoC, Inggeris: Bank of Canada) wujud "untuk mengawal selia kredit dan matawang demi kemaslahatan ekonomi bangsa". Salah satu ciri pada kerja BoC adalah tinjauan wawasan bisnes. Sekitar 100 bisnes yang membentuk sebahagian besar KDNK memberikan markah bagi suasana perniagaan. Ini memberikan petunjuk yang baik bagi dasar monetari.Sasaran utama Bank Rizab Australia (RBA, Inggeris: Reserve Bank of Australia) adalah untuk "menyumbang kepada kestabilan matawang, penggajian sepenuhnya, dan kemakmuran ekonomi serta kebajikan rakyat Australia". Bank pusat ini memberikan servisnya kepada Kerajaan dan agensi-agensinya, dan bank-bank pusat negara luar serta institusi-institusi rasmi. Ia juga bertanggungjawab ke atas rizab emas dan tukaran asing Australia.

Bank Rizab New Zealand (RBNZ, Inggeris: Reserve Bank of New Zealand) "menguruskan dasar monetari untuk menjaga kestabilan harga, menggalakkan kelangsungan sistem kewangan yang efisien dan kukuh, dan membekalkan not serta koin New Zealand."Perhatian: perlu dinyatakan di sini bahawa ucapan-ucapan anggota-anggota bank pusat mempengaruhi ekonomi juga, kerana tiada manusia lain yang lebih terkait dengan dasar monetari berbanding mereka. Kata-kata ketua bank-bank pusat memberikan impak paling kuat kepada pasaran.Apa yang perlu dipantau di kalendar ekonomi:

Таблица-для-сайта-(1).jpg

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

Strategi Trading Jangka Pendek Yang Berkesan

Walaupun sesetengah trader berasa selesa berkerja dalam rangka masa yang lebih panjang yang membolehkan mereka memeriksa posisi mereka dengan kurang kerap dan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat keputusan, sebilangan trader lain menikmati deruan adrenalin daripada perdagangan intrahari yang lebih agresif.

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera