Kekuatan matawang

Bagaimanakah caranya untuk memilih matawang yang hendak didagangkan pada hari ini? Anda boleh menggunakan kalendar perdagangan dan mencari acara-acara berimpak untuk mendapatkan instrumen untuk didagangkan. Selain itu, analisis teknikal mungkin dapat memberi anda beberapa petunjuk tentang aset-aset yang berpotensi. Namun, bukan itu sahaja, dan dalam artikel ini, anda akan mengetahui tentang kekuatan matawang dan cara untuk menjadikan perdagangan anda lebih berlandaskan data (data-driven) dengan indikator mudah ini.

Daripada artikel ini, anda akan mengetahui apa itu kekuatan matawang, Currency Strength Meter (CSM, Meter Kekuatan Matawang), cara mengira kekuatan matawang, dan cara menggunakannya dengan pelbagai jenis analisis. Contoh-contoh yang diberikan akan membantu anda memahami topik ini dengan lebih baik dan terus menggunakan pengetahuan baru tersebut selepas membacanya.

Poin-poin utama

  1. Kekuatan matawang mengukur kuasa relatif suatu matawang berbanding matawang yang lain dan ia mempengaruhi kadar pertukaran.
  2. Currency Strength Meter (CSM, Meter Kekuatan Matawang) ialah alat yang digunakan untuk mengukur kekuatan matawang individu melalui faktor-faktor fundamental atau pergerakan-pergerakan relatif suatu matawang berbanding matawang yang lain.
  3. Kekuatan matawang dikira berdasarkan data fundamental atau data harga.
  4. Kekuatan matawang bertindak sebagai indikator ekonomi yang bernilai yang memberikan gambaran tentang kesihatan kewangan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara. Bank-bank menggunakan data ini untuk membuat keputusan berkenaan dasar monetari.
  5. Para penganalisis teknikal menggunakan indikator-indikator kekuatan matawang untuk mengenal pasti trend dalam pasaran forex.

Apakah itu Kekuatan Matawang?

Kekuatan matawang mengukur kuasa relatif suatu matawang berbanding matawang yang lain dan ia mempengaruhi kadar pertukaran. Matawang yang kuat mempunyai permintaan yang tinggi, nilainya meningkat dan mempunyai ekonomi yang stabil, manakala matawang yang lemah menurun nilainya dan dikaitkan dengan ekonomi yang tidak stabil.

Anda boleh menganggap kekuatan matawang sebagai indikator yang mengambarkan pelbagai faktor yang berkaitan dengan matawang, seperti data fundamental, prestasi ekonomi keseluruhan dan kadar-kadar faedah. Untuk mengiranya, seseorang biasanya membandingkan matawang dengan matawang-matawang yang lain menggunakan bakul yang telah ditetapkan, seperti Indeks Dolar AS (DXY). Anda boleh membaca lebih lanjut tentang Indeks Dolar AS di saluran Telegram kami.

Apakah itu Currency Strength Meter (CSM)

Currency Strength Meter (CSM, Meter Kekuatan Matawang) adalah alat yang digunakan untuk mengukur kekuatan matawang-matawang individu. CSM menunjukkan kekuatan relatif setiap matawang dalam masa-nyata yang membolehkan para pedagang dan para pelabur untuk mengenal pasti matawang mana yang semakin menguat atau semakin melemah.

Ia biasanya menunjukkan kekuatan setiap matawang dalam skala 0 hingga 10, yang mana nombor yang lebih tinggi menunjukkan matawang lebih kuat. CSM boleh digunakan dalam pelbagai cara, seperti menentukan pasangan matawang mana yang hendak didagangkan atau sebagai isyarat untuk masuk dan keluar dari posisi. Dalam bahagian seterusnya, kita akan mengupas bagaimana kekuatan suatu matawang dikira dan digunakan sebagai indikator ekonomi.

1.jpg

Sumber: https://currencystrengthmeter.org/

Bagaimanakah cara untuk Mengira Kekuatan Matawang?

Terdapat dua jenis pengiraan kekuatan matawang: berdasarkan data fundamental atau data harga. Secara amnya, kekuatan matawang berasaskan harga dikira daripada DXY (indeks dolar AS), yang merupakan rujukan bagi indeks matawang yang lain. Jika sesetengah pasangan matawang (contohnya NZDUSD) berada dalam trend menaik, anda dapat menentukan sama ada ini berlaku disebabkan oleh kekuatan NZD atau kelemahan USD. Untuk mengira indikator ini, matawang major biasanya digunakan kerana ia mewakili sehingga 90% daripada keseluruhan volum pasaran Forex.

Pengiraan tersebut adalah berdasarkan fundamental-fundamental yang diukur dengan mengagregatkan pelbagai laporan ekonomi yang terkemuka, seperti KDNK, PMI, CPI, dan kadar-kadar faedah. Anda boleh melihat data ini secara masa-nyata di kalendar ekonomi kami.

Walaupun pedagang mungkin mengira sendiri kekuatan matawang tersebut, para pedagang biasanya tidak menganalisis kekuatan matawang menggunakan tangan, tetapi mereka menggunakan CSM. Meter Kekuatan Matawang (CSM, Currency Strength Meter) membandingkan setiap silang antara matawang-matawang major (USD, GBP, EUR, CHF, JPY, CAD, NZD dan AUD) dan menghasilkan kekuatan matawang yang relatif.

Kaedah pengiraan tersebut berbeza-beza, tetapi selalunya melibatkan pertimbangan beberapa faktor, mencipta indeks dan menormalkan hasilnya kepada skala 0 hingga 10. Walau bagaimanapun, sifat pengiraannya yang subjektif bermakna ia boleh berbeza-beza bergantung pada kaedah dan sumber-sumber data yang digunakan. Namun begitu, meter kekuatan matawang menawarkan perspektif masa-nyata yang dapat membantu para pedagang untuk mencapai prestasi yang lebih baik.

Syarikat-syarikat mencipta meter kekuatan matawang mereka sendiri yang memaparkan kekuatan relatif setiap matawang dalam 24 jam yang terakhir. Adakalanya ia menunjukkan setiap matawang berbanding matawang lain, yang pada asasnya hanya menunjukkan kepada anda prestasi setiap pasangan matawang. Yang lain menggabungkan semua pasangan yang dikaitkan dengan suatu matawang untuk menghasilkan kekuatan keseluruhan suatu matawang. Maklumat tersebut biasanya ditunjukkan dalam format “heat map”, atau kadangkala dalam bentuk graf garisan. Contoh meter seperti itu ditunjukkan di bawah.

2.jpg

Kekuatan matawang dalam bentuk “heat map”

Kekuatan Matawang sebagai Indikator Ekonomi

Kekuatan matawang bertindak sebagai indikator ekonomi yang bernilai yang memberikan gambaran tentang kemantapan kewangan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara. Matawang yang kuat biasanya dikaitkan dengan ekonomi yang stabil, inflasi yang rendah, dan kadar faedah, yang dilihat menarik oleh para pelabur dan para pedagang asing. Sebaliknya, matawang yang lemah sering dikaitkan dengan ketidakstabilan ekonomi, inflasi yang tinggi, dan kadar faedah. Sebagai contoh, jika matawang suatu negara itu lemah, ia mungkin menunjukkan bahawa negara itu menghadapi kegawatan ekonomi yang menghalang pelaburan asing.

Kefahaman tentang kekuatan matawang dapat memberikan maklumat bernilai untuk bank-bank pusat yang menggunakan data ini untuk melaraskan risiko dan kadar pertukaran. Kekuatan matawang adalah faktor yang kritikal bagi siapapun yang terlibat secara aktif dalam pasaran pertukaran asing kerana ia menunjukkan kepada kita apa sebenarnya yang sedang berlaku antara pelbagai matawang.

Kadangkala, kekuatan matawang boleh menunjukkan trend jangka panjang yang akan memberi kesan yang besar kepada ekonomi dunia. Setiap pedagang forex yang mahir menggunakan kekuatan matawang dalam strategi perdagangan mereka, walaupun mereka tidak membuka CSM itu sendiri. Pemahaman intuitif tentang kekuatan matawang masih lagi penting untuk para peserta pasaran.

Indikator-Indikator Kekuatan Matawang dalam Analisis Teknikal

Para penganalisis teknikal menggunakan indikator-indikator kekuatan matawang untuk mengenal pasti trend dalam pasaran forex. Terdapat pelbagai kaedah untuk mengukur kekuatan matawang, termasuk kekuatan matawang mutlak (ACS, absolute currency strength) dan kekuatan matawang relatif (RCS, relative currency strength).

Absolute Currency Strength (ACS)

Absolute Currency Strength (ACS, Kekuatan Matawang Mutlak) memberikan nilai bagi setiap matawang berdasarkan kekuatannya sendiri, tanpa mengambil kira hubungannya dengan matawang-matawang yang lain. Sebagai contoh, nilai yang tinggi untuk dolar AS dalam ukuran ACS akan menunjukkan bahawa dolar AS adalah kuat, tanpa menghiraukan kekuatan relatifnya berbanding matawang-matawang yang lain.

Para pedagang menggunakan pelbagai indikator, seperti data ekonomi, dasar-dasar bank pusat, kestabilan politik dan sentimen pelabur untuk mengira nilai ACS. Semakin tinggi nilainya, semakin kuat matawang tersebut.

Relative Currency Strength (RCS)

Sebaliknya, Relative Currency Strength (RCS, Kekuatan Matawang Relatif) mengukur kekuatan satu matawang berbanding matawang yang lain. Sebagai contoh, jika GBP adalah kuat berbanding AUD, nilai RCS bagi GBP akan lebih tinggi daripada nilai untuk AUD.

Untuk mengira RCS, para pedagang (atau syarikat) memplot kadar pertukaran melalui pelbagai formula dan mengira perbezaannya. Jika kadar pertukaran matawang yang pertama lebih tinggi daripada matawang yang kedua, ia menunjukkan matawang yang pertama lebih kuat. Jika sebaliknya, matawang yang kedua lebih kuat.

Para penganalisis teknikal sering menggunakan indikator-indikator kekuatan matawang dan indikator-indikator teknikal yang lain, seperti garis trend dan purata bergerak, untuk mengenal pasti trend matawang.

Kesimpulannya, indikator-indikator kekuatan matawang dalam analisis teknikal adalah berharga dalam cara yang berbeza. Walaupun kekuatan relatif membantu para pedagang membandingkan dua matawang, kekuatan mutlak menunjukkan keadaan keseluruhan pasaran.

Bagaimana Cara Berdagang Dengan Kekuatan Matawang?

Terdapat beberapa langkah untuk berdagang kekuatan matawang. Pertama, pedagang melihat meter kekuatan matawang untuk mengenal pasti apa yang hendak didagangkan dan ke mana arahnya. Kemudian, pedagang boleh menggunakan beberapa strategi untuk memanfaatkan kekuatan matawang tersebut, contohnya:

1. Perdagangan Pasangan: Ini melibatkan perdagangan pasangan matawang di mana matawang yang lebih kuat dipasangkan dengan matawang yang lebih lemah. Sebagai contoh, jika dolar AS kuat dan euro lemah, seseorang pedagang mungkin menjual pasangan EURUSD.

3.png

2. Perdagangan Korelasi Positif: Dalam strategi ini, seseorang pedagang perlu mencari dua pasangan matawang yang bergerak ke arah yang sama dan memperdagangkan kedua-duanya dalam arah yang sama. Sebagai contoh, jika AUDUSD dan EURUSD berkorelasi positif, pedagang boleh menjual kedua-dua pasangan matawang apabila dolar AS kuat.

4.jpg

3. Perdagangan Korelasi Negatif: Seseorang pedagang mencari dua pasangan yang bergerak dalam arah yang bertentangan dan memperdagangkannya dalam arah yang bertentangan. Sebagai contoh, jika GBPUSD dan EURUSD berkorelasi negatif, seseorang pedagang boleh menjual satu pasangan matawang dan membeli yang lain apabila dolar AS kuat.

5.jpg

Adalah penting untuk ambil maklum bahawa walaupun kekuatan matawang suatu alat yang berguna, ia bukan jaminan kejayaan. Para pedagang harus sentiasa mempertimbangkan pelbagai faktor dan mempunyai pelan pengurusan risiko.

Kenapa Wajar Berdagang Dengan Laporan Kekuatan Matawang Di FBS

Sebagai broker forex yang bereputasi, FBS membolehkan anda memperdagangkan berpuluh-puluh pasangan matawang yang berbeza, termasuk semua matawang utama (USD, GBP, EUR, CHF, JPY, CAD, NZD dan AUD), serta matawang-matawang eksotik seperti TRY, CNH, SGD, dan MXN.

Dengan melihat CSM anda boleh putuskan sama ada untuk membeli atau menjual beberapa pasangan tertentu. Dengan FBS, anda boleh memanfaatkan sepenuhnya keputusan anda, membuat pesanan yang akan dilaksanakan dengan pantas, dan mendapat manfaat daripada spread yang tipis dan pelbagai jenis instrumen perdagangan.

Kekuatan matawang adalah faktor yang kritikal bagi sesiapa yang menyertai pasaran forex dan boleh memberikan maklumat yang berharga tentang kestabilan ekonomi dan kemantapan kewangan sesebuah negara. Para pedagang boleh membuat keputusan berdasarkan data dan meningkatkan prestasi perdagangan mereka dengan alat ini. Para penganalisis teknikal juga boleh menggunakan indikator kekuatan untuk mengenal pasti trend dalam pasaran.

Dahului persaingan dengan menerapkan kekuatan matawang ke dalam strategi perdagangan anda!

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimanakah kekuatan suatu matawang ditentukan?

    Pengiraan tersebut adalah berdasarkan fundamental-fundamental yang diukur dengan mengagregatkan pelbagai laporan ekonomi terkemuka, seperti KDNK, PMI, CPI, kadar faedah, dan lain-lain. Selain itu, anda boleh menentukan kekuatan matawang dengan membandingkan dinamiknya dengan matawang-matawang yang lain. Matawang yang sedang menaik adalah lebih kuat daripada matawang yang sedang jatuh.

  • Apakah yang dimaksudkan apabila suatu matawang adalah lebih kuat?

    Suatu matawang itu lebih kuat apabila ia menaik berbanding matawang yang lain. Sebabnya adalah mungkin ekonomi negara tersebut yang lebih kuat, bacaan ekonomi yang lebih baik, atau kestabilan geopolitik negara yang matawangnya menaik.

  • Adakah ia satu perkara yang baik untuk mempunyai matawang yang kuat?

    Jika anda tinggal di negara yang mempunyai matawang yang kuat anda akan mendapat faedah daripadanya. Sebagai contoh, barangan dari negara-negara lain mungkin lebih murah bagi anda kerana matawang-matawang lain lebih lemah. Para pedagang lebih suka membeli matawang yang lebih kuat dan menjual matawang yang lebih lemah.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera