Bagaimana cara berdagang?

'Berdagang Forex' bererti membeli atau menjual pasangan matawang.Sebagai contoh, harga semasa EUR/USD adalah 1.1000. Jika anda menjangkakan euro akan meningkat berbanding dolar AS, anda beli EUR/USD. Ini adalah transaksi Forex yang lazim. Untuk melakukannya, anda perlu membuka program perdagangan (MetaTrader 4 atau MetaTrader 5), klik pada "New order" dan seterusnya pilih 'Buy'.Setelah sekian masa berlalu dan harga EUR/USD meningkat, anda menutup posisi anda dan mendapat keuntungan. Amaun keuntungan bergantung kepada seberapa banyak kadar harga pasangan ini telah meningkat serta saiz posisi anda.Jika unjuran anda salah dan kadar EUR/USD merosot selepas anda membelinya, anda akan menanggung kerugian. Sama seperti keuntungan, saiz kerugian anda akan bergantung kepada seberapa banyak kadar pasangan ini telah jatuh dalam tempoh yang sama dan seberapa besar saiz posisi anda.Para pedagang yang menjangkakan harga akan meningkat dipanggil 'bulls', manakala mereka yang menjangkakan penurunan dipanggil sebagai 'bears'. Dagangan beli juga dipanggil posisi 'long', manakala dagangan jual turut dipanggil posisi 'short'

up.png

Pasangan matawang cenderung bergerak dalam trend, dalam perkataan lain jatuh atau naik berterusan untuk satu tempoh masa yang signifikan. “A trend is your friend” adalah ayat yang selalu disebut para pedagang. Jika anda lihat jujukan puncak yang semakin meninggi (Inggeris: 'higher highs'), ia adalah uptrend dan anda harus fokus untuk membeli. Jika anda melihat deretan lembah yang semakin rendah, ia adalah downtrend dan anda perlu pertimbangkan untuk menjual. Idea di sebalik perdagang trend adalah untuk membuka posisi di permulaan suatu trend dan meraih keuntungan sebesar mungkin bila ia semakin berlanjutan.Memang munasabah untuk membeli di harga yang lebih rendah dan menjual di harga yang lebih tinggi. Sila maklum bahawa suatu matawang itu sentiasa semakin menguat berbanding suatu matawang yang lain. Perkara yang sebaliknya juga benar: suatu matawang sentiasa melemah berbanding suatu matawang lain. Natijahnya, anda mempunyai peluang yang sama besar untuk membeli atau menjual di pasaran Forex. Apa yang anda perlu lakukan adalah menganalisis carta dan potensi ekonomi matawang yang membentuk suatu pasangan dan buat unjuran tentang arah tujuannya yang seterusnya.Kadar tukaran pasangan matawang meruwap dan sentiasa berubah. Apa jua pergerakan yang ada di carta di masa silam, jangan gelisah kononnya anda telah terlepas peluang anda untuk berdagang kerana peluang baru sentiasa akan muncul. Sekarang adalah masanya untuk anda membuat wang di pasaran Forex!

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

Strategi Trading Jangka Pendek Yang Berkesan

Walaupun sesetengah trader berasa selesa berkerja dalam rangka masa yang lebih panjang yang membolehkan mereka memeriksa posisi mereka dengan kurang kerap dan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat keputusan, sebilangan trader lain menikmati deruan adrenalin daripada perdagangan intrahari yang lebih agresif.

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera